(Sinopsis) Filem Kecoh Betul | QIMIE BLOG

You are here: » (Sinopsis) Filem Kecoh Betul

(Sinopsis) Filem Kecoh Betul

KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Montel dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

kecoh betul

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor.

Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria.Walaupun begitu ada sesuatu yang menyebabkan Aiman tidak mahu berlumba lagi. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya sebelum ini. Sandra seorang gadis yang hilang kasih sayang setelah kematian ibunya. Bapanya yang mempunyai masalah dalam perniagaan juga berhutang pada jumlah yang banyak dengan Ah Long sehingga dirinya terjual .

Aiman yang bertemu semula dengan Sandra semasa dia menjadi mangsa pertaruhan lumba haram, berusaha membantu Sandra. Montel yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Nisha yang agak kasar perwatakannya. Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Sandra telah diculik kerana bapanya seorang ahli perniagaan yang bermasalah juga telah berhutang dengan Ah Long.

Aiman secara tiba –tiba berlumba semula walaupun sebelum ini dia pernah berjanji untuk tidak berlumba lagi. Yang pasti, Aiman berlumba bukan untuk mendapatkan wang untuk melunaskan hutang. Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini dan kenapa Aiman kembali berlumba? Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda dapat merasai kekecohannya dengan menonton KECOH BETUL. DI PAWAGAM JUN 2010

Posted by 6 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

6 Comments to “(Sinopsis) Filem Kecoh Betul”

  1. zulkbo says:

    Aduii..
    cakitnya..la la la..
    salam ziarah hari jumaat..
    penghulu segala hari..
    moga kita mendapat hikmahnya
    dan di kurniakan kesihatan
    yang baik..

  2. NiZaM Limited says:

    wakaka..ade lg org nak amik nabil blakon yek. ade hati nak saman dia lagi la tu. kehkehh..
    .-= NiZaM Limited´s last blog ..Akhirnya Soalan “Kenapa Awek Pengkid Cun” Terjawab. =-.

  3. etam grecek says:

    saiful apek memang mantap……..
    .-= etam grecek´s last blog ..TAHI LALAT =-.

Leave your comment here:

May
21
2010
 
Facebook
Online