(Sinopsis) Drama Duyung Aridinata
SEBELUM ini kita pernah menonton filem Splash lakonan Daryl Hannah, Duyung (Maya Karin) serta siri popular Filipina, Dyesebel di saluran Astro.

Seringkali kisah sebegitu memaparkan percintaan antara makhluk ikan separuh manusia (perempuan) dengan lelaki normal. Namun, dalam siri terbaru Duyung Aridinata arahan Adam Hamid, kisah percintaan antara duyung lelaki dan gadis biasa pula ditonjolkan.
a antara lain mengisahkan perjalanan seekor duyung lelaki, Aridinata yang dikurniakan kaki untuk hidup di daratan dan mencari pasangan cintanya.
Aridinata yang bertukar menjadi manusia biasa akhirnya berjaya menemui cintanya selepas bekerja di sebuah pusat peranginan, Hening Beach Resort. Namun tidak semudah itu dia menempuh kehidupan baru yang sangat mencabar kerana pelbagai konflik timbul.
Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Productions itu bakal menemui anda menerusi slot Lagenda di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang bermula 12 Julai nanti. Ia dibintangi tiga teraju utamanya iaitu Zack X-Factor (Putera Aridinata) Natasha Hudson (Puteri Antartinka) dan Fasha Sandha (Cleo). Pelakon lain adalah Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin. Drama ini menjalani penggambaran di lokasi utama sekitar Pulau Lang Tengah, Terengganu dan Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur. Kisah bermula dengan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair
Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription












39 Comments to “(Sinopsis) Drama Duyung Aridinata”
harap-harap duyung aridinata ada lagi,amin
best kan…
cantik clieo & ari cut
cantik.. hehehe
hebat
memang hebat
hello kak.bukan sotong kurita but mat(bumatra,memanda putera aridinata)cik kak oiiiii…………..
hello,kak.bukan sotong kurita lah.mat lah(bumatra).aper la x tw……….
ulang balik episod akhir kerana saya sembahyang tarawih!
hahaha
hehehehe
cerita duyong memag bes
layan..
saya suka menonton duyung aridinata ia sungguh bes
memang best…
citer nie agak best la…tmbh2 ade plakon kacak mcm mbr zack 2 (kurita)…tp xsuke sngt pelakon2 utama xpecially fasha n zack…hahaha
tak suka tapi minat.. hehehe
citer duyung aridinata nie mmg best gilerrrr…..rugi klo x tngk…
memang best..
cute zack.xsukalah fasya sandha blakon
macamana lakonan diaorang? okay ke?
best cme x brape ske kt fasha
apa tajuk lagu duyung tu ha aku nak ciplok
tak pasti le pulak.. apa dia ost duyung aridinata ni ye…
best ke??? pelakon jer best. org nak tengok citer bukan plakon! reality la skit citer tu.siap duyung tau logo chemical. bekper dia tak citer jadual kimia form 4? idiot
siap nyanyi dangdut lagi…
tapi bes ape cite duyung aridinata hansom pulak tu watak utama diaorang.
memang hensem…..
5 star untuk kebodohan drama nie. memalukan..bahasa di gunakan pun mcm ^$#^%#$… skrip tah aper…ikan duyung siap naik kete sorong!! malu kat PAUL!!
hey tolong sikit yek lakonan diaorang bes ape.
semua ada pendapat masing – masing..
wahh mcm best je jalan cite…tp dah tak leh nak tgk huhu
kenapa xboleh tengok cikgu?
mcm best je!!!!!
comellllll
tp i xde tv3..
wuaaaaa T______T
takde tv3?
hohoho…apa punya citer daa…ekeke
cerita dugong bro.. hahaha
cite ni duyung ke dugong
dua – dua kot?!! hehehe