(Sinopsis) Drama Laila Asyikin – Slot Samarinda tv3

Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak bekerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Namun Laila tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holdings Berhad.
Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, dan United Holdings berkembang maju di bawah pentadbirannya.
Perkahwinan Laila dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila dan anak-anak berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut. Sarah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.
Tanpa pengetahuan Laila, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia tiga bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila mengambil tindakan segera. Dia mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah.
Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail, Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.
Dia menyangka orang yang diberi ‘kehidupan’ setia dengannya tetapi rupa-rupanya mereka sedang merancang untuk meruntuhkan hidupnya dan mengambil alih syarikat warisan keluarganya. Apabila semua terbongkar, dia perlu bangun dan keluar daripada lena bagi mempertahankan haknya. Drama menarik ini disiarkan di TV3
DRAMA: LAILA ASYIKIN
TERBITAN: MIG Production Sdn Bhd
PENGARAH: Mohd Heykal Mohd Hanifah
PENOLONG PENGARAH: Eoon Shuhaini
PENGURUS PRODUKSI: Veronica Khoo
PROPMASTER: Mohd Azhari Abu Bakar
SKRIP: Zarihah Hassan
MEKAP ARTIS: Hisyam Maulan & Irwanshah Amdan (Sha)
WARDROBE: Nur Azyyati Azizan
PEMBANTU WARDROBE: Yuni Tommy
RUNNER: Mohamad Adzmir Mohd Salim
DOP: Mohd Jufri Ayob
PENGURUS LOKASI: Zalle Jainan
KESINAMBUNGAN: Mohd Hafiz Abdul Rajab
PROPMAN: Mohd Rosdi Razak
PENGARAH VIDEOGRAFI: Ahmad Tarmizi Abdullah (Rambo) & Mat Fazli Kamaruddin
PENATA AUDIO: Mohd Sany A. Samah (Sun)
PENATA CAHAYA: Fazli Kamaruddin (Che Mat)
PENOLONG JURUKAMERA: Irwan Shaiful Hisham Che Soda
HANDYMAN: Samsul Bahari Sanusi
PELATIH UiTM: Nordalila Diyana Mohd Suhaimi & Dinnur Qayyimah
PELATIH UNIMAS: Nazurah Rifin & Mohd Izwan Yunos
PELAKON: Nur Fathia Abd Latiff , Fahrin Ahmad, Irfan Roslan, Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, Zain Ruffedge, Fadhil Dani, Hamidah Wahab, Hisham Ahmad Tajuddin dan ramai lagi
UNTUK SIARAN: Slot Samarinda TV3
TARIKH SIARAN: 1 Julai 201
Filed Under: Drama











