(Sinopsis) Drama Asmara – Slot Lestary Tv3

Korang dah tentu tengok episod akhir Drama Hotel Mania tempoh hari betul tak?.. Hotel Mania pun sempoi juga, tapi korang semua tahu tak drama yang menggantikan Hotel Mania?.. Asmara adalah drama terbaru yang akan menemui kita pada 31 Ogos ini mengantikan drama muzikal iaitu Hotel Mania. So apa kata kita tengok sikit sinopsis drama ni daripada press release TV3.
Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.
Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.
Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.
Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.
Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? Saksikan konfik cinta mereka di Lestary: Asmara mulai 31 Ogos 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.
Tengok daripada sinopsis ni boleh dikategorikan cerita ni sebagai jiwang – jiwang juga ni, tapi macam best pula bila Asmara mula ‘caring’ dan menjaga Zaliya.Walaumacamana pun kita tunggu episod pertama cerita ni..
P/s: Hero boleh tahan Hensem.. tapi qimie lebih kacak.. hehehe
Sumber: Cari
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














5 Comments to “(Sinopsis) Drama Asmara – Slot Lestary Tv3”
saya suka cerita asmara ni tapi saya ingin sekali tahu tajuk2 lagu yg dimain kan di dalam cerita asmara
akan diusahakan.. saya pun minat tengok cerita asmara ni.. tak pernah mis lagi..
best tgk asmara..tp faezah mcm kurang cantik dlm citer ni…make up ke apa..anyway.wataknya ok..mjadi gak… rasa admire tgk watak asmara…..keseluruhan cerita ni syok…
syok gile gmbr ny
pertama tgok syok….smpai kan tgok dlam lman web
tv3 ooo