(Sinopsis) Epilog Syurga Cinta – Slot Akasia TV3 | QIMIE BLOG

You are here: » (Sinopsis) Epilog Syurga Cinta – Slot Akasia TV3

(Sinopsis) Epilog Syurga Cinta – Slot Akasia TV3

Sebenarnya sinopsis untuk cerita ini tak dapat lagi, walaupun jenuh dok cari, google sana sini.. tapi apa yang dapat hanya mengenai cerita atau filem syurga Cinta lakonan Awal dan Heliza af dulu.. ingat tak lagi cerita tu?

Drama epilog syurga ini juga dikatakan di adaptasikan dari filem tersebut, tak tahu le teman betul ke tak? apa – apa hal kena tengok sinopsis rasmi drama ni dulu le.. drama epilog syurga ini kesemuanya ada 28 episode! Lakonan Zizan Nin, fida (cantik macam siti nurhaliza) dan adik Mia sara. Drama ini ada dalam slot Akasia TV3 di tayangkan pada 2 ogos 2010 hari isnin hingga khamis jam 6.30 pm.

So. untuk bayangan drama ini apa kata kita tengok sinopsis filem syurga cinta tu..

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Amacam?! manalah tahu kot lain pulak cerita nya nanti.. hahaha.. aku pun tak tahu sebenarnya.. kita tunggu sama – sama… drama melayu sekarang makin seronok di tonton… tak gitu……….

Jom tengok gambar fida, zizan dan adik mia sara dalam Epilog Syurga Cinta..

Photobucket

Photobucket

Posted by 16 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

16 Comments to “(Sinopsis) Epilog Syurga Cinta – Slot Akasia TV3”

  1. [...] Chinta ni dok kat dalam slot akasia TV3, drama chinta ni menggantikan drama sebelumnya iaitu epilog syurga cinta . Bagi penggemar drama melayu ni ada sikit [...]

  2. siti norhana bt arfani says:

    saya suka baca laman awak .banyak cerita best lagi_lagi cerita epilog syurga cinta&janji kekasih

  3. Azuan says:

    Suka tgk adik mia yg comel tu.. pandai lak berlakon tu..

  4. Azuan says:

    aku baru gak start tengok citer ni.. suka tgk adik mia yg comel tu…

  5. fasyamimi says:

    agaknya si qimie ni suka sngat perah santan…………..
    sbab 2lah dye nie prasan!!!!!!!!!!!!!!

  6. eyriqazz says:

    cerita ni memang best…anyway,thanks qimie for the link….

  7. Qimie says:

    mee too.. comel.. cute macam saya..

  8. ann says:

    suka dak mia ni..cute sgt :)

Leave your comment here:

Jul
28
2010
 
Facebook
Online