(Sinopsis) Dendam orang Minyak – Slot Lagenda

Jom tengok cerita Dendam orang minyak lakonan Aqasha. Macamana saya boleh menontonnya?! hari ini dah masuk 3 hari saya demam, kepala pening. Nak buka blog pun tak berapa larat. Jadi seharian duduk dalam bilik sambil menonton telivisyen dan tiba – tiba termenonton drama Dendam Orang Minyak. Lega sikit sakit kepala bila menonton drama ni.
Okay kat bawah ni ada sikit promo dari youtube mengenai drama Dendam Orang Minyak ni.. Jom layan..
httpv://www.youtube.com/watch?v=QRwknfhXS1Q
Isnin hingga khamis jam 4.30ptg.. layan… sambil makan panadol 650..
update:-
Dendam Orang Minyak yang telah memasuki episod ketujuh menyaksikan kebingungan Fendi (Aqasha), seorang wartawan jenayah yang terlibat dalam siri pembunuhan gadis-gadis tanpa kerelaan diri. Kehidupannya berubah setelah menjumpai dan menyarungkan sebuah cincin permata hitam dalam laci arwah ayahnya.
Setelah diberikan amaran oleh ibunya, Fendi cuba menanggalkan cincin tersebut tetapi gagal. Malah dia langsung tidak sedar apa yang telah berlaku. Fendi telah dipergunakan oleh Wak Man untuk mencapai tujuannya dan dirasuk oleh Orang Minyak iaitu Lamin (Azhan Rani) yang mahu membalas dendam terhadap generasi musuh-musuhnya.
Aina (Melissa Maureen Rizal) selaku pegawai penyiasat kes tersebut gagal menemui apa-apa maklumat dalam penyiasatan kes pembunuhan tersebut. Melissa Maureen Rizal dan Aqasha adalah pelakon utama drama Dendam Orang Minyak.Fendi mula mengesyaki tujuan sebenar Wak Man yang memandikannya dengan minyak hitam dan mahukan penjelasan daripadanya.
Wak Man cuma mentertawakan Fendi dan menyatakan bahawa dia tidak mampu melarikan diri daripada keturunannya. Dalam mimpi aneh yang dialami oleh Fendi, dia sebenarnya mengimbas kembali kehidupan Lamin sebelum bergurukan Joyo.Setelah isteri Lamin, Melati diperkosa dan dibunuh dengan kejam, Lamin mahu menuntut bela daripada Semandan rakan-rakannya namun dihalang oleh Pak Guru Anding.
Seman telah bersumpah bahawa dia tidak membunuh Melati tetapi mengesyaki bayang gelap yang sering merayau di kampung pada waktu malam. Lamin meninggalkan kampung dengan dendam dan bergurukan Joyo. Demi mencapai kekebalan dan kesaktian seperti Joyo, Lamin perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.
Lantas, adik-adik perempuan musuhnya menjadi mangsa Lamin. Meskipun Lamin berjaya dibunuh oleh Bakar dengan buluh kuning tetapi malangnya, dendam Lamin tidak berakhir di situ. Walaupun tidak berdaya untuk melawan Lamin yang kini berjaya menguasai dirinya, Fendi tekad melepaskan diri daripada rasukan tersebut termasuk sanggup memotong jarinya.
Aina pula berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar di samping mengambil berat tentang perubahan yang berlaku pada Fendi.Dapatkah Fendi menyelamatkan diri daripada rasukan orang minyak tersebut? Apakah Aina berjaya membongkarkan rahsia Fendi dan apakah tindakan yang akan diambil kemudian
Sinopsis Dendam Orang Minyak
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














3 Comments to “(Sinopsis) Dendam orang Minyak – Slot Lagenda”
best je citer ni?
sape hero sebenarnya?
aqasha ke orang minyak?
ke aqasha yang jadi orang minyak tu?
tajuk pon owg minyak..mesti lah hero dy owg minyak gak..huhu~
terjawap sudah.. hehehe