(Sinopsis) Drama Da Bomba – Slot Senda Pagi TV3

Kita seringkali dipertontonkan dengan kisah  drama yang mengketengahkan aksi pasukan polis dan tentera. Tapi  kisah hidup dan rutin harian yang dilalui dan diharungi oleh pasukan bomba dan penyelamat di Malaysia  kurang didokumentasikan  untuk tatapan peminat drama Melayu tempatan.

Dengan itu sebagai pengarah Malik Rahman mengambil inisiatif mengarahkan sebuah drama yang berkonsepkan pasukan bomba  untuk disiarkan menerusi slot Senda Pagi di TV3 yang menggantikan drama Ejen 008. Drama bersiri terbitan terbaru SRS Production, Da Bomba ini bersiaran setiap hari Khamis bermula 6 Mei lalu sebanyak 13 episod.

Selain dihidangkan  dengan pelbagai rutin harian yang perlu dihadapi sebagai seorang ahli bomba, drama ini  turut memaparkan beberapa adegan menarik berkisar tentang kehidupan di kejiranan kuarters pasukan beruniform itu.

Kisah-kisah lucu dan gelagat isteri-isteri para pegawai bomba dikembangkan menjadi plot menarik sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya suri rumah tangga.Drama menarik ini dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Rozie Othman, Elly Suriati, Anita Baharom, Sharifah Shahora, Ezani Nizariff, Wan Sharmila, Priya, Rem, Razak Ahmad, Khairil Anwar serta ramai lagi.

Filed Under: Drama

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.