Telefon Awam Berhantu?!!!! | QIMIE BLOG

You are here: » Telefon Awam Berhantu?!!!!

Telefon Awam Berhantu?!!!!

Bukan nak diada – adakan cerita ni.. mesti ada sesetengah antara kita yang pernah mengalami dan mendengar cerita ni.. telefon awam yang berhantu.. Dapat aku rasakan yang sekarang ni hantu jenis ni dah berkurangan ataupun dah berhijrah terus, maklumlah sekarang ni dah ramai yang pakai handphone..

Aku ingat lagi, lebih kurang zaman muda – muda aku, memang banyak telefon awam ni yang berpenunggu, mana taknya, penunggu yang aku maksudkan ni start je malam dia dah ada dah.. kemana je pergi ada je budak – budak muda yang tengah pakai telefon awam… termasuk dengan aku le sekali.. ( masa tu le).. yang tak bestnya nak tunggu diaorang abih cakap ngan awek diaorang tu kadang – kadang mengambil masa yang agak lama.. emmm jenuh tunggu oooo…

Ada masanya sampai pergi menjajah telefon di kampung – kampung bersebelahan.. lain macam penunggu nya… hehehe.. tapi tu cerita dulu.. sekarang ni aku tengok dah kurang dah.. dah tak ada sangat yang bergayut lagi kat tiang telefon ni… mungkin masing – masing dah ada handphone..

Lain Ceritanya Pasal Telefon Rumah
Kejadian berlaku sewaktu aku pergi ke pahang ikut jalan nak pergi genting tu.. aku baru balik dari Lanchang menuju ke kampung kat teluk intan. Masa kejadian lebih kurang pukul 9 p.m. Salah seorang yang mengikut pergi ke lanchang tu Pak sedara aku dia bawak kete galant buruk je masa tu, hati kering je.. hehehe..

Nak jadikan cerita ditakdirkan bateri kereta pak sedara aku terjatuh dari tempat bateri tu.. maklumlah kereta lama ikat pakai dawai je.. betul – betul tengah naik bukit tu.. bayangkan keadaan yang gelap tu.. tapi bukannya aku nak cerita pasal tu tapi pasal pada masa yang sama mak sedara aku telefon ke rumah opah aku, mak sedara aku kata yang mengangkat telefon pada masa tu aku.. cuma sewaktu dia bagi salam, salam tu tak berjawap, yang lain semua sama.. gaya suara, gurau senda.. selepas tu mak sedara aku cakap dia suruh aku ambik dia, sebab dia nak balik jumpa opah aku.. dia naik bas.. suruh aku pergi ambik dia kat stesen bas le tu..

Keesokan harinya mak sedara aku tunggu lah kedatangan anak sedare dia ni,, tunggu punya tunggu tak sampai2.. punyalah marah dia kat aku.. kata nak ambik tapi tak ambik pun…. dipendekan cerita.. macam mana aku nak ambik.. masa dia telefon tu aku ada kat tengah jalan nak naik ke genting tu…. mak sedara aku pun terkejut sama… siapa sebenarnya yang bersembang dengan beliau sebelum tu?…….

P/s: Bila aku dengar cerita tu, aku pun sereeeeemmmmmm…..

Posted by 6 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

6 Comments to “Telefon Awam Berhantu?!!!!”

  1. x-po says:

    hehe tu operator celcom or maxis kot yg jwb..sbb time tu xda line..haha

  2. eykameow says:

    hushh. siapekah ea..so scaryyyy`~

  3. 'aqilah says:

    memang seram. aish.

Leave your comment here:

Dec
20
2009
 
Facebook
Online