Seram – Aku ingin tidur bersamamu
Hari tu aku ada bercerita mengenai sebuah asrama perempuan. Pada kali ini aku ingin menceritakan mengenai kesinambungan dan rentetan daripada peristiwa tersebut, dimana kejadian ini berlaku tidak lama selepas peritiwa yang di alami tempoh lalu. Bagi yang masih terpinga – pinga ataupun belum pernah membaca kisah ni boleh lah menjenguk disini.
Kejadian kali ini berlaku ditempat yang sama, cuma bilik yang berbeza, sesetengah pelajar di asrama perempuan ini pada hujung minggu ada yang pulang ke kampung halaman ataupun melawat sanak saudara yang berdekatan. Selalunya hanya tinggal beberapa kerat atau pun beberapa orang sahaja yang masih berada di asrama. Kemungkinan kerana kampung yang jauh ataupun ingin berjimat. Kita akui pelajar – pelajar kita bukanlah semuanya daripada golongan yng berada.
Oleh kerana kata sepakat telah dicapai, maka 2 orang sahabat ini telah berjanji untuk tidur didalam bilik bersama – sama walaupun sebelum ini mereka berdua berlainan bilik. Apabila tiba masanya.. kedua – dua sahabat ini duduklah didalam bilik bersama. Jadi kerana adanya masa terluang mereka pun mengambil peluang mengulangkaji pelajaran.
Tiba – tiba tanpa disedari, khusyuknya mengulangkaji, salah seorang daripada mereka tidak menyedari yang sahabatnya tadi telah pergi ke bilik air untuk melepaskan hajat. Sedar- sedar sahaja apabila menoleh kekiri dan kekanan, sahabat yang bersama – sama tadi telah tiada.. Tanpa membuang masa sahabat ini tadi pergi menjenguk rakannya di tandas, jam pun dah menghampiri tengah malam.
Tetapi apabila dipanggil tiada sahutan yang dijawap.. hanya terdengar bunyi paip air yang dipasang. Mengandaikan sahabatnya tadi masih didalam bilik air dianya pulang ke bilik. Menyambung ulangkaji yang tergendala sebentar tadi. Sedang asyik mentelaah kedengaran bunyi langkah yang agak kalut, tiba – tiba terpampang wajah sahabatnya dalam keadaan yang pucat lesi, kalau boleh diandaikan ” ditoreh dengan pisau pun belum tentu keluar darah”. Pucat sepucatnya.. tiada kata – kata yang kelauar kecuali menyuruh menutup pintu bilik dengan segera.
“tutup pintu.. tutup pintu.. cepat… cepat”.. begitulah arahan spesifikasi yang diberi.. ” engkau ni kenapa?!” tanya sahabat itu tadi.. “tutup.. tutup.. tutup”.. sambil mengambil bantal menutup muka.. melihat keadaan tersebut si rakan tadi mulai risau, pintu masih belum ditutup.. ini kerana melihat keadaan fizikal sahabatnya yang lebih menyeramkan.. “baik kau cerita apa yang terjadi?”.. tanya beliau kepada sahabatnya tadi.. “tutuplah pintu tu.. aku takut..” hanya itu yang kedengaran tiada jawapan yang pasti lagi..
Pintu masih dalam keadaan separuh terbuka.. ” aku tutup pintu ni.. tapi sebelum tu kau ikut aku baca”.. setelah sahabatnya membaca surah – surah tertentu pintu bilik ditutup rapat.. tapi rakanya tadi pun agak takut melihat sahabatnya yang dalam keadaan tak stabil.. “cuba kau cerita.. apa yang terjadi”.. “tak nak.. aku takut.. marilah kau dekat dengan aku”.. aku takut ni… huhuhu..”.. menangis pula.. menambah tekanan dalam situasi yang serba kalut…
“kau duduk saja disitu.. jangan kemana – kemana”.. tegas sahabatnya tadi.. ” tapi aaaa aaa aaku takuttt”.. jam menunjukan pukul 2pg.. perjalanan masa untuk ke waktu subuh masih panjang.. “marilah tidur dekat aku”.. “tak nak aku,, aku tengok kau pun aku takut.. macamni.. kau bawa turun tilam kau.. kau tidur di bawah.. aku tidur di atas katil ni.. “.. malam itu malam yang panjang bagi mereka”.. sahabatnya yang ketakutan telah lena tidur cuma dirinya yang tak tidur – tidur diganggu seribu persoalan mengenai peristiwa yang terjadi..
selepas solat subuh.. matahari telah terbit menyinari dan memberi harapan kepada alam.. sahabatnya yang ketakutan mengajak keluar dari bilik dan bersarapan di luar.. ” nanti masa aku sarapan nanti aku cerita”.. menjawap pertanyaan sahabatnya yang dibelengu persoalan. Sewaktu mereka sedang makan bersarapan segala persoalan telah terjawap..”
“aku dengar kau panggil aku,.. mula – mula aku ingat nak buang air kecil je.. lepas tu sakit perut pulak.. tak kan aku nak menyahut kau panggil aku tu.. , lepas tu aku keluar bilik air.. kau tahulah.. bilik air kat blok kau ni terletak di hujung.. aku pun senang hati lah nak balik dorm kau.. sampai satu bilik aku macam terlihat sesuatu.. yang aku tahu blok kau ni tinggal kita berdua je.. aku dah terlepas.. aku patah balik nak tengok apa benda yang aku nampak tadi.. bila aku lihat.. dari cermin tu.. benda tu dengan rambut yang panjang.. mengerbang seolah – olah ingin menerkam aku dengan bunyi bisikan grrrrrrrrr… mana aku tak takut… “.
Selepas kejadian tersebut mereka berdua dah tak stayback lagi pada hujung minggu.. masing – masing balik kerumah sanak saudara ataupun pulang ke kampung..
Filed Under: seram













klu jmpe hantu rambut panjang lagi seram drpd hantu lain.hu..hu :8
Seram doe