Rahsia! Kejadian Seram Di Asrama | QIMIE BLOG

You are here: » Rahsia! Kejadian Seram Di Asrama

Rahsia! Kejadian Seram Di Asrama

Nak letak gambar hantu.. nanti aku pun takut nak tengok

Ada satu perkara yang tak pernah aku ceritakan semasa aku dibangku sekolah dulu.. Aku bersekolah di salah satu sekolah berasrama yang terletak di utara tanah air. Cerita aku simpan sampai sudah, maksudnya aku rahsiakan daripada kawan – kawan aku gar mereka tidak terasa takut dan terhindar dari gejala yang menyeramkan ketika berada di asrama.

Semuanya bermula pada satu malam, malam yang mengajar aku erti ketakutan, mengajar aku apa itu keseraman, mengajar aku berdikari apabila tiba waktu tengah malam. Kenapa aku katakan macam tu?. Selepas peritiwa tu hidup aku di asrama tak serupa seperti sewaktu aku mula – mula duduk di asrama. Macam – macam yang aku baca sebelum tidur, tetapi pasti setiap malam aku akan terjaga dalam lingkungan 3 pagi.

Bila dah terjaga pula, pasti mata ni tak mahu tidur semula, pusinglah kekiri dan kekanan mata tak mahu mengantuk juga, lepas tu yang agak menyeramkan bila terbangun tu macam – macam suara yang aku dengar, kadang – kadang suara budak menangis, suara perempuan, suara orang yang berjalan dan macam – macam lagi.

Dorm aku terletak di bahagian tepi sekali, dan kebatulan katil aku pula berada ditepi juga, disandarkan ke dinding dan aku pula tidur di katil bawah, sahabat aku dibahagian atas.

Malam yang bersejarah tu bermula lebih kurang dalam pukul 2 hingga 3 pagi, tempoh sejam yang menakutkan bagi aku, mula – mula aku pun tak pasti pasti kenapa aku boleh terjaga dari tidur, perkara pertama yang aku perasan ada bunyi orang bertepuk tangan. Dari pintu masuk dorm sampai ke hujung katil.. di sertakan dengan angin yang agak kuat, maklumlah kadang – kadang ada tingkap yang berkarat tak dapat ditutup. Dan tingkap tersebut juga ada di kepala aku. Tingkap tu memang tak boleh ditutup.

Aku pun terkejut bila dengar orang bertepuk tangan, aku bangun dari katil.. peliknya 24 orang yang ada dalam dorm tu aku sorang sahaja yang terbangun dengar bunyi bertepuk tangan tu.. Hati aku mula dah tak sedap.. aku baring di atas katil semula.. Kemudian datang pula angin yang kuat.. meniup – niup dalam bilik tu.. bunyi tepuk tangan bercampur dengan bunyi angin yang kuat… Aku mula panik… Sahabat aku di atas tidak menunjukan tanda – tanda akan sedar dari dibuai mimpi.. Aku yang berada dibawah pula yang semakin kalut..

Satu – satu surah aku baca untuk menghindar daripada gangguan, tapi semakin banyak yang aku baca, semakin kuat pula bunyian – bunyian tadi.. aku hilang arah lagi.. aku mula takut.. nasib baik aku mempunyai sebuah walkman yang aku seludup bawa masuk kedalam asrama, Memang aku letakan disebelah sahaja.. sebelum tidur memang aku layan dengar radio..

Oleh kerana tak tahan lagi mendengar bunyi – bunyi bising tadi aku pasang radio dan sumbat ke telinga aku.. “ahhhh!!!! masalah pulak”.. Letih aku menekan punat – punat yang terdapat pada walkman tersebut..  satu siaran pun tak jumpa.. dari siaran nasional sampailah ke era f.m satu pun tak ada..  Disebabkan panik aku layan je bunyi radio yang tak bersiaran tu.. “kerrrrrrrrrrrrr”… bunyinya macam tu.

Lama – lama telinga pun tak tahan mendengar .. aku buka aja headfon.. rupa – rupanya masih terdapat lagi bunyi – bunyian tadi.. Wahh… bilalah nak berakhir derita ni, takutnya…. aku pun mengambil bantal .. lalu aku letakan berselindung disebalik bantal.. agar tak dengar lagi bunyi – bunyi tadi. Ingatkan berakhir disitu.. rupa – rupanya…..

Ye… rupa – rupanya katil aku pulak yang bergegar seperti digoncang… kuat sangat digegarnya katil.. lagi kuat aku tekapkan bantal dikepala, aku dah tak terdaya.. bila katil dah bergegar kini tiba pulak bantal aku ditarik – tarik… kecut perut aku dibuatnya.. bunyi tepuk tangan, angin yang kuat, katil yang bergegar dan juga sekarang bantal aku ditarik – tarik.. takutnya masa tu…

Kali ni bantal yang ditarik agak kuat, terlepas dari tangan aku.. dan apa yang aku nampak amat menakutkan.. Ya Allah.. itu je yang mampu aku lafazkan…. Sebatang jari yang amat besar, menarik bantal aku melalui celah celah tingkap.. Besarnya jari… bila aku melihat jari tersebut hilang sebentar ketakutan aku… Aku lantas berlari keluar.. takut – takut ada kawan yang cuba menakutkan aku… sebelum terlupa dorm aku berada di tingkat 3… atas sekali.

Tapi bila aku keluar dan menjenguk dari pintu dorm.. sorang pun aku tak nampak.. aku pun cepat – cepat menutup pintu, balik kekatil… baru je aku nak meletakan kepala ke bantal baru aku perasan… Tiada lagi bunyi yang bising, angin yang kuat, katil yang bergegar.. semuanya tiada… semuanya kembali seperti sediakala…

Sampai ke pagi aku tak boleh lelapkan mata… sejak peristiwa tu pasti aku akan terjaga dari tidur  dalam pukul 2 atau 3 pagi setiap hari… berlanjutan sampai aku ke tingkatan 5.. Sudahnya akibat dari peristiwa tu aku mengambil keputusan keluar asrama.. tak tahan lagi dengan gangguan… Maklumlah nak SPM..  Selepas aku duduk di rumah sewa.. tidur aku kembali seperti sediakala.. Walaupun belakang rumah ada kubur lama.. tapi langsung tak ada apa – apa yang terjadi..

Inilah kisah yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa.. kejadian seram semasa aku duduk di asrama…

Posted by 53 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

53 Comments to “Rahsia! Kejadian Seram Di Asrama”

  1. aish says:

    bapak cuakk.. hurm tajudd bhaii !

  2. mysterious man says:

    mak aii seramnye….meremang bulu ketiak aq…XD

  3. akmal adiba says:

    tkot lha aq nk blik asrama nti..

  4. 2PMistheHottestidol says:

    Sumpah ar aq xkn msuk asrama!! seram siot!!

  5. amira says:

    seram tul.takut nak baca.menyesal pulak aku baca.nasib baik la siang aku baca.

  6. ridzwan says:

    haha….sme lak ngn ak..ak duk kt asrama gak skang nim stiap kul 4 pg msti ak trjge sorng2…..tp stakat ni nsib baek xde pe2 lg jdi

  7. khairul says:

    betul wei,,,seram giler…
    aq bace bukan bulu rome aq je meremang
    sampai tegak rambut aq….dasyat gilerrr….

  8. saiful says:

    seram giler cerite ni…meremang bulu rome ag nyih….

  9. miss.azym says:

    seram k0wt bile imagine.,
    skunk ni aq handal laa bce h0rror story,.
    tp,,nty bile aq terigt,,kompem rase seram akn terase.,
    da la lg 2 minggu skola nk bkk.,
    mknenye lg 2 mggu blek ke ostel.,!
    h0pe x kene kacau cam kisah diatas,.
    seram si0tt.,!

  10. hanan samsul says:

    hehe lwk la sngt……huhu :D

  11. hanan samsul says:

    cuti….2 minggu tapi nnt teringt ngan cite ni pulak…..x bleh nk tido :8

  12. hanan samsul says:

    wow! nasib baik bc mase siang .he..he seram nye….takut pulk nk blk asrama.

  13. fza jamaludin says:

    btul ker wei aper yg ko alami tu…????
    sib baik ar kt aspuri xcmtu…..

  14. snf says:

    wooh. takut tu. aku pun penah nampak jugak masa dok asrama dulu. tapi tak la sampai kene kacau macam tu sebab aku susah nak bangun tidur.. bile bace cerita kau ni rasa bersyukur pulak aku jenis yang kene maki hamun baru bangun tidur. :p
    .-= snf´s last blog ..kamu tak layak! =-.

  15. roslan says:

    woitt.. bukan ko duduk bwh katil aku ker..

    • adikqimie says:

      ko pindah katil le lan.. adib ganti ko.. aku rasa le.. memang seram lan masa tu.. sekarang pun meremang tengkuk aku kalau di ingatkan..

  16. Nadia Havez says:

    xkire rr.. tapi tetap takmo baca.. errkk~

  17. Nadia Havez says:

    kaba baekk~ takmo baca entri ni sebab tengah malam ni.. errkk~
    .-= Nadia Havez´s last blog ..Alkohol? Arak? =-.

  18. khairul says:

    wa..memang seram la…takut jer aku..

    • adikqimie says:

      memang seram bang… yang tak tahan bila terjaga tiap – tiap malam dengar bunyi macam – macam.. seram oooo

  19. ann says:

    nasib baik xpena tinggal hostel berhantu camni… eeeee
    .-= ann´s last blog ..CINTA ANN??! =-.

    • adikqimie says:

      sebelum tu pun ada orang nampak benda terjun dari tingkat yang sama… huhuhu… masa tu kecoh.. tapi teman buat – buat rilek je…

  20. dalila says:

    takutnya baca cerita ni..huhu..aku pun duk asrama kejap je..form 5 duk luar… ahli-ahli dorm ramai yang bila bangun tidur,sedar2 baju yang diorang pakai tu terbalik…
    .-= dalila´s last blog ..Yeaa…che Bob pulang hari ini =-.

  21. sukur says:

    pernah duduk asrama..tp xpernah nampak hantu..
    .-= sukur´s last blog ..aku pengundi HULU SELANGOR pilihanraya =-.

  22. wany says:

    fuyoo lg extreme lah cerita hantu dia..huhu
    .-= wany´s last blog ..sekarang, perempuan pun nak jadi superman =-.

  23. huhu..slame ku hidup ney..
    alhamdullillah ta pena jd ape2 ag..

    sbo je lah wahai adik qimie..
    syaitan mmg mcm tu.
    ade2 je mende na uji anak adam ney.
    (:

  24. mj says:

    ish..nasibbaek bace siang..hhaha

  25. mgirona says:

    wahh..skolah mn dulu? i pon boarding school kt utara gk..

    • adikqimie says:

      sekolahnya biarlah rahsia.. nanti karang kalau tulis nama sekolah, takde pulak orang nak belajo kat sekolah tu.. kacau oooo… hehehe

  26. bett says:

    wahhh!!baca separuh je..xsanggup baca habis >.<

  27. isza says:

    ishhh.. kisah misteri ni memang minta simpang ler drp berulang.. eee

  28. x-po says:

    nmpk ke hantu tu?
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.

Leave your comment here:

Apr
23
2010
 
Facebook
Online