Pontianak Di LebuhRaya

Jam pun dah menunjukkan pukul 1.00pg, rasanya memang agak sesuai untuk entri kali ni, post entri kali ni bukanlah cerita tentang cinta yang tak lapuk ditelan zaman. Cuma nak kongsi cerita seram yang telah atau ramai yang mengetahuinya melalui Facebook.
Mesti dah ramai yang melihat klip video Pontianak merayau di km 42 arah bukit tinggi ke kuantan, ada yang mengatakan benda ni ‘fake’ saja dibuat – buat. Semuanya terpulang kepada penilaian masing – masing. Bagi yang belum atau tak pernah melihat Klip ni.. Aku paparkan sekali untuk tatapan korang semua.
httpv://www.youtube.com/watch?v=NlXUnUGcaH4
Amacam?! Seram tak.. bagi yang melihat klip ni cuba degar masa saat 0.48 ke apa!..ada dengar suara orang cakap bring it down! terus je benda tu turun. Ke aku yang salah dengar, semua orang boleh buat andaian dan analisis masing – masing ye!
Setakat yang boleh aku cerita, sebab benda ni terjadi pada abang ipar dan member dia sewaktu dia orang pergi memancing, memancing pun biasalah dalam – dalam hutan mana ntah!.. Yang aku tau diaorang ni memang hati kering, tak macam aku.. lembab – lembab je..
Nanti aku tanya pada abang ipar aku tu ada tak lagi rakaman yang diaorang rakam tu, sebab aku malas nak bluetooth masuk dalam hanphone, seram tengok siot!.. masa dalam rakaman yang diaorang rakam tu, Cik Pon ni dapat dilihat daripada seberang sungai.
Dari jauh benda ni datang, kemudian lama semakin menghampiri diaorang, kalau aku.. dah lama aku blah dari situ, tak kuasa aku nak tunggu. Benda ni macam terapung je menghampiri kawasan diaorang memancing tu, melihat dari gerakkannya benda ni tak sedar pun ada orang memancing di kawasan berhampiran..
Yang membuat rakaman member abang ipar aku tu, member ni rakam benda ni tak berganjak siap Zoom lagi, diaorang tak lari.. tunggu je benda tu datang kat diaorang. Bila betul – betul benda ni ada setentang dengan diaorang!.. benda ni berhenti.. member ni pun apa lagi Zoom tepat le… tiba – tiba benda tu perasan yang kawan ni dok rakam aksi dia tadi.. nampak macam terkejut tu.. terus berdesup terbang ke atas.. hilang..
Walaumacamana Pun nanti aku try tanya balik abang ipar aku, maklumlah kejadian ni pun dah dalam 1tahun setengah macam tu.. kalau ada aku pun nak sumbatkan dalam Youtube jugak. Tapi yang pasti tak boleh lawan macam kes kat bawah ni, ni real punya cik pon.. siap tumpang masuk dalam kereta lagi.. korang tengok je… seram.. yang ni paling seram….
httpv://www.youtube.com/watch?v=mpsh2H0cMN8
Filed Under: seram













ni semua tahyul la.. korang semua percaye ke??
mcm tipu je video 1st tu..wakaka..
yg no 2 tu mmg seram..wakakaka
yang nombor 2 tu paling seram… hahaha
nampak fake.. dari cara dia mengapungkan diri tu. tengok betul2..
itulah fasal, nampak macam main – main je!
femes plak cik pon ni..
itulah fasal… hehehe
aah…yg video kat atas tu..mcm buat pun ada…sy pun dgr bnyik tu
tipu je kot…