Kisah Paling Seram – GengBlogger.com | QIMIE BLOG

You are here: » Kisah Paling Seram – GengBlogger.com

Kisah Paling Seram – GengBlogger.com

Sedang aku melayari Gengblogger ini tiba – tiba aku terpandang akan ‘banner’ tentang kisah seram – gengblogger, dengan kopi secawan yang masih panas, aku hirup perlahan – perlahan sambil termenung mengimbau kenangan masa lalu, baru hendak memulakan penulisan terasa seperti seolah – olah belakang tengkuk aku ditiup lembut, sejuk.. meremang dan senyap suasana tanpa sebarang gangguan atau kicauan burung. “tenang malam ni” detik hati aku.. lantas aku mengambil keputusan untuk meneruskan penceritaan kisah seram aku ini, bila sudah bersedia dan berbekalkan hati yang cekal aku pun memulakan kisah ini, tiba – tiba kedengaran bunyi lolongan anjing… “ah.. apa pulak yang cuba menggangu ni” rungut aku, tanpa memperdulikan lolongan anjing yang bersahutan aku memulakan juga kisah seram aku demi GengBlogger dan kisah pun bermula…………

“Haaa.. black jack, hahahaha.. aku menang!!! Zaidi menjerit keriangan, begitulah keadaan kami dulu semasa sedang ‘study’ mengisi masa kosong dengan permainan ‘black jack’ walau tahu main ni salah dan termasuk salah satu daripada dosa besar tapi kebelakangan ini kami selalu main sesama ahli rumah.. kadang – kadang bermain sehingga pukul 3 atau 4 pagi dengan penuh riang..

Malam bersejarah tu memang ‘luck’ Zaidi menjadi.. dapat kad je kalau tak ‘black jack’ mesti 21, ‘tokeh’ pun pening kepala dibuat dek Zaidi, macam – macam gaya ‘potong’ kad.. tapi beliau tetap menjadi juga.. dalam duk rancak tengah main tu.. tiba – tiba Naim (salah seorang rakan) menjawap salam dengan nada yang agak tinggi, Waalaikumsalam!!!! Apa lagi kami pun terkedu lah, sorok semua kad dan duit syiling.. (main pakai duit syiling je) bukan apa takut – takut lecturer datang ke rumah sewa.. kedengaran Naim ketawa dengan nada yang agak tinggi.. Hahahaha… Sambil tu Zaidi telah lari masuk terus kedalam bilik.. buka buku dan buat – buat macam tengah study..

” Rilek le Geng ” Naim bercakap dengan sengih yang besar, “aku main – main je”.. Hahahaha sambung ketawa lagi.. dan secara spontan kami memandang ke arah Zaidi yang kononya tengah study.. “woi!!.. Hang wat pa tu Di?!!” tanya aku.. “study!” jawap Zaidi.. Apa lagi.. satu rumah ketawa dengan telatah Zaidi.. ” apa la hang ni itu pun takut.. Sampai terus study”.. memang keadaannya masa tu nampak ketakutannya.. apa lagi.. kami tertawakan beliau dengan kata – kata cemuhan.. Zaidi pun terbakar.. lepas tu sambung game macam biasa..

Dalam rumah kami ni terdapat 3 bilik, bilik belakang didiami oleh Usop kecoh, Sam, dengan Naim, Bilik ke dua warganya terdiri daripada Wan, Usop Solo dan Rill, bilik ke3 bilik utama didiami oleh aku , bard dan Zaidi.. tapi kami tidur dekat ruang tamu ada kipas.. bilik kami jadikan bilik solat.

ASSALAMUALAIKUM!!!!!! aku tersedar dari lena.. terdengar ucapan salam yang agak kasar dan nafas yang mendengus berhampiran aku, aku menenyeh mata yang agak ngantuk lagi.. apa lagi aku nampak zaidi tengah duduk bersila sambil tapak tangan bertemu didada seolah – olah seseorang yang sedang mengadap Sultan.. Aku pun mengejutkan Bard.. sebab lain macam je aku tengok..

ASSALAMUALAIKUM!!!!! dengan nada yang lebih keras, Lain macam je aku tengok budak ni.. aku suruh bard mengejutkan geng yang duduk kat dalam bilik nombor 2, Diaorang semua keluar dan memerhatikan keadaan Zaidi…

ASSAlAMUALAIKUM!!!!! Nada yang lagi tinggi kedengaran dan geng di bilik No.3 semua dah bangun.. jadi sekarang semua orang dah bangun.. kami memerhatikan keadaan Zaidi yang mendengus di atas toto.. dan apa yang berlaku selanjutnya amat mengejut Zaidi berdiri dan terus bersilat.. lagaknya seperti seorang panglima.. Silat yang penuh gaya yang cantik.. tiba – tiba Zaidi mendiamkan diri Seketika.. aku pun berjumpa dengan Usop solo.. ‘Lo.. hang tak boleh buat apa ke lo?.. ” Solo pun sengih kat aku.. “aku tak boleh le yop”.. Aku baru lepas mimpi ni.. dia tersengih tersipu2 malu..  “cis!!!.. kau lo”.. aku pun berfikir apa yang patut kami lakukan..

Zaidi pula mulakan kembali silatnya.. apa yang pasti dan kami tau Zaidi tidak sedarkan diri.. tapi dia tetap bersilat.. “aku pun menyuruh Usop Kecoh dengan Sam mengambil Selimut dan bersedia di pintu.. takut – takut si Zaidi melarikan diri.. karang dibuatanya terjun sungai tak ke naya.. Dan Bard aku arahkan untuk memanggil Lecturer yang duk selang 2 rumah dari rumah sewa kami.. Masa kejadian dalam pukul 4 @ 5 pg.. Lecturer tu pun sampai kerumah kami.. dan beliau menyaksikan Zaidi tengah bersilat lagi”… “Emmm! “seolah – olah lecturer aku sedang berfikir.. “ini bukan bidang saya ni”.. Hah!  rupanya itu yang nak dikatakannya.. “tapi takpe.. nanti saya hubungi orang yang pandai dalam bab ni ye”… Lega kami mendengar penjelasan lecturer kami tu…

Sementara Lecturer sedang memanggil orang yang bijak pandai tu, Zaidi berhenti seketika… aku dan Naim memberanikan diri cuba untuk berinteraksi..  “tok , tok.. kami membahasakan Zaidi.. “tok datang dari mana?”.. “Aku datang dari jauhhhhh.. Aku datang dari Gunung Jerai”…… bunyi suara langsung tak sama dengan Zaidi, Garau dan loghat nya pulak bertukar kepada loghat utara siam – siam sikit gitu.. Naim pulak mengambil ruang untuk bertanya ” tok, tok.. esok nombor ekor apa yang  keluar?” Hah!! aku terkejut dengan pertanyaan Naim.. ” Hangpa jangan tanya lagu tuuuu”.. Sambil mengangkat tangan untuk menampar Naim.. Kami berundur.. mengelak…. Zaidi diam seketika.. kemudian menyambung silatnya semula.. aku pulak menegur Naim.. Apa yang kau tanya macam tu im… Naim senyum je.. buat muka tak bersalah..

1/2 jam selepas tu orang yang arif bab ni pun sampai.. beliau pun melihat keadaan Zaidi.. “em Senang je ni”.. katanya.. dengan berbekal air penuh satu jag dan keris pendek yang direndam dalam jag tersebut, orang yang arif tu pun memulakan perubatan dalam proses pemulihan Zaidi.. tiba – tiba kami lihat Zaidi mendepakan tangan kedepan. dan jatuh perlahan – perlahan.. kami menyambut Zaidi… Zaidi pula tersedar tapi dalam keadaan lemah…. dan tak ingat apa yang terjadi.. beliau terkedu tengok ramai orang berhampiran beliau..

Orang yang arif tu pun memanggil aku.. ” kawan tu lemah semangat, nanti air tu suruh dia gunakan untuk mandi ye”…  Aku pun mengangguk.. dia pun menyambung lagi ” kawan tu ada belajar silat, mungkin ada benda yang dilanggar pantang larangnya tu”… aku pun mengangguk lagi.. faham… Selepas kejadian tu kami tak pernah main kad lagi.. sampai permainan solitaire yang ada dalam komputer pun takut nak usik lagi…

Posted by 14 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

14 Comments to “Kisah Paling Seram – GengBlogger.com”

  1. arieza says:

    semoga berjaya :)
    .-= arieza´s last blog ..::: Arieza Jangan Mengalah =-.

  2. cikecah says:

    haa pantang nye main kad ea.. ish ish ish hehehehe
    .-= cikecah´s last blog ..susahnya bila dah ter’sayang kat orang ni.. susah.. susah.. :( =-.

  3. DJf CloSet says:

    fuyoo…
    mm..jalan2 baca cerita seram..

    salam ziarah dr rakan GB
    .-= DJf CloSet´s last blog ..Best Button of the Week Award! =-.

  4. zoul says:

    Menarik…
    aku baca sampai habis..
    semoga berjaya..
    .-= zoul´s last blog ..Waktu Aku Kecik =-.

  5. etomyam says:

    menarik kisah seram ni, moga dapat tarik minat juri…
    .-= etomyam´s last blog ..Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed =-.

  6. kulanz says:

    wah, rajin bro join contest.. gudluck bro, cerita ni pun memang best
    .-= kulanz´s last blog ..Saya Dah Buang Iklan Innity? =-.

  7. zik says:

    sampai nak main solitaire pun takut…trauma betul tuh… hehe..
    .-= zik´s last blog ..Minyak tak jadi naik!! =-.

Leave your comment here:

Mar
7
2010
 
Facebook
Online