Kisah Cinta Di Lebuhraya | QIMIE BLOG

You are here: » Kisah Cinta Di Lebuhraya

Kisah Cinta Di Lebuhraya

Sebenarnya banyak cerita dan versi yang pernah di dengar sewaktu aku kecil hinggalah membawa diri ini ke alam remaja, cerita yang dibawa dari mulut ke mulut, tanpa bukti yang sahih tapi berbagai – bagai dan agak menarik untuk didengar, mungkin hanya kebetulan ataupun sekadar menjadi halwa telinga semata – mata.

Bagi aku apa yang diceritakan aku dengar, pelbagai bentuk penyampaian yang kadang kala menyebabkan aku terasa auranya, walaupun aku sendiri tidak pasti akan kebenaran dan kesahihnya, tetapi menulis cerita ini diwaktu kedinginan malam yang mencekam kulit memang mencabarkan. Dengan ditemani sang cengkerik yang senantiasa berbunyi dan aku amati tiada lagi bunyi – bunyian yang lain membuatkan aku agak gentar seketika.

Apa yang nak diceritakan adalah kisah yang berkaitan di lebuhraya, mungkin di lebuhraya kita ataupun lebuhraya di negara lain, tidaklah dapat dipastikan, tapi bagi penggemar cerita seram dilebuhraya mesti tidak boleh melupakan lagenda volkswagen kunimg, mengikut ceritanya sewaktu memandu menempuh  terowong menora perlu berhati – hati akan kelibat volkswagen ini.

Kenderaan ini akan memotong anda, dan anda juga akan memotong kenderaan ini, dan tiba – tiba ada lagi dihadapan sehingga boleh menyebabkan kemalangan kalau anda tidak sabar, entahlah aku pun tak pasti versi sebenarnya bagaimana, Alhamdulillah sepanjang aku melalui dan berulang – alik dari penang tak pernah aku bertemu dengan keadaan ini.

Satu lagi cerita yang biasa aku dengar adalah kisah yang berkaitan dengan station radio, station radio mana aku pun tak tahu, maklumlah cerita ini dijaja dari mulut ke mulut, jadi tiada bukti yang sahih.. dimana terdapat sebuah station radio  yang pernah mengudarakan cerita – cerita seram dari pemanggil, dan terdapat seorang pemanggil dari lebuhraya.

Pemanggil dikatakan menelefon tentang satu kemalangan yang terjadi dilebuhraya, sebuah kereta yang terbabas apabila ingin memotong sebuah lori, terbabas kedalam gaung tanpa ada sesiapa yang menyedari, si pemanggil bercerita dimana berlakunya kejadian, keadaannya bagaimana, oleh kerana ingin tahu DJ yang bertugas pun bertanya, sekiranya tiada siapa yang tahu bagaimana pula si pemanggil boleh tahu?….

Lantas dijawap oleh si pemanggil dialah yang mengalami kemalangan tersebut, maka terkejutlah si Dj tersebut, dan dengar ceritanya demam – demam le juga.. ada 2,3 lagi cerita yang biasa didengar, tapi disabitkan dah tengah malam ni.. aku pun seram nak tulis.. esok je aku update… aku pulak yang seram sejuk nak menulis.. rilek… coolll….. waaaaaaaaaaaaaaaaa……………….

Posted by 5 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

5 Comments to “Kisah Cinta Di Lebuhraya”

  1. mox says:

    seram gak…meremang bulu roma

  2. mimi says:

    Salam pagi jumaat yg ceria disini..

  3. zulkbo says:

    salam..
    alamakk..insafnya
    bila baca entri ni
    subhanallah..
    .-= zulkbo´s last blog ..Arghhh Tak Tahan Pedas Lah.. =-.

  4. Danial says:

    ni bukan kisah cinta di highway.. ni kisah seram~

    anyways, aku da bace abes cite ko nih

    nice entry~

    =]

    Entry best : Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang
    .-= Danial´s last blog ..Panduan menghadapi masalah putus cinta. =-.

Leave your comment here:

May
14
2010
 
Facebook
Online