Kejadian di Asrama Perempuan!!
Kisah yang ingin dikongsi bersama ini adalah sama dari segi penceritaan yang telah disampaikan, apa yang diubah hanya bentuk penyampaian gaya penulisan sahaja. Bercerita mengenai perkara yang menyeramkan di lewat malam ini sedikit mengundang perasaan seram. Dah agak lama cerita ni terperap tidak disampaikan. Jadi bila ada kesempatan dan ruang ini ingin juga berkongsi cerita ni.
Kejadian ni berlaku dah agak lama, mungkin pada tahun 2005/2006 lebih kurang begitu, tempatnya pula adalah di salah sebuah asrama perempuan di bandar bersejarah. Asramanya pula ada dikatakan bekas hospital lama, yang dijadikan tempat penginapan pelajar. Di asrama tersebut dalam setiap tingkat, terdapat juga bilik – bilik yang tidak dihuni oleh sesiapa, terbiar kosong tanpa sesiapa.
Terdapat seorang pelajar perempuan yang bangun awal pagi, lebih kurang dalam jam 5 pagi, maklumlah duduk di asrama ini kadangkala berlaku kesesakan di bilik air. Oleh kerana hendak membasuh pakaian dengan tenang, pelajar perempuan ini pun berseorangan sahaja menuju kebilik air, tiba – tiba terlintas di fikiran untuk mencuba bilik air di penjuru yang lain, oleh kerana bilik air tersebut besar dan ruangnya mudah untuk membasuh.
Setelah selesai membasuh, pelajar tersebut ingin balik ke biliknya, waktu subuh pun dah hampir, bila saja di depan pintu bilik, pelajar tersebut terpandang ke salah sebuah bilik yang terletak di tingkat atas, apa yang dilihatnya ada seorang yang sedang bersembahyang subuh, tiba – tiba perasaan pelajar tersebut bergetar.. bila dilihatnya seseorang yang bersembahyang itu membelakangi kiblat. Oh! tersentak dengan perkara tersebut, pelajar tersebut cepat – cepat balik kebilik untuk menukar pakaian. Hatinya panas kerana melihat seseorang yang sembahyangnya tidak sempurna.
Apabila sudah siap, pelajar tersebut cepat – cepat menuju ke bilik tersebut, bila semakin hampir sambil merungut – rungut , “kenapa tidak sembahyang kat surau, tak akan lah arah kiblat pun tak tahu” berkata – kata dalam hati. Bila dah dekat saja, pelajar tersebut dikejutkan apabila ada tangan lain kelihatan di tingkap bilik tersebut. Terkejut dengan situasi tersebut, pelajar itupun berundur “ berdua ke mereka di dalam bilik?” bentak hatinya… balik kebilik semula dan bersiap untuk pergi ke kelas.
Leka seketika atas urusan pelajaran, apabila petang tiba, pelajar tersebut teringat kembali peristiwa yang di alami subuh tadi, lalu dengan semangat yang berkobar – kobar pelajar tersebut terus mencari ketua pelajar di asrama, mengadu hal.. macam – macam yang diceritakan, berkerut dahi ketua pelajar tersebut apabila mendengar cerita. ” kau biar betul”.. sahut ketua pelajar. ” Betul kak” Balasnya.. ” Setahu aku bilik yang kau ceritakan ini tak ada orang duduk”.. setelah berbincang dan bersembang.. memang betul bilik tersebut tiada orang pernah duduk selama beberapa tahun..
Jadi siapa sebenarnya yang dilihat oleh pelajar tersebut?…
Cerita ini ada kesinambunganya.. tapi… tunggu…………. dah 12.00 malam..
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription













10 Comments to “Kejadian di Asrama Perempuan!!”
hahaha…huhuhu..hehehe x abis2 (huhuhu kte ek?)
seramnye………tkt jgk klu asrama bekas hospital lame.
betol!!! klu bc mase mlm lg seram.hu..hu :8
Baik selidik betul2… hahaha
huhuhu…. boleh pulak!
boleh… hehehe
seramnya walaupun ku baca awal pagi…fuhh
.-= ‘aqilah´s last blog ..Semalam.. =-.
kalau baca malam lagi seram…
[...] This post was mentioned on Twitter by qimie, qimie. qimie said: Kejadian di Asrama Perempuan!!: Kisah yang ingin dikongsi bersama ini adalah sama dari segi… http://goo.gl/fb/zQo0E [...]
asrama yg merupakan bekas hospital memang menakutkan. bekas gereja pun sama. banyak roh yg tak tenteram agaknya.
dulu pernah gak dgr cerita seorang perempuan ni dalam satu bilik. rupanya dia sebenarnya duduk sorg2 je. takde roomate. padahal setiap hari dia sembang ngan roomate die. huuuuuuuuu. cuak.
.-= Amanina´s last blog ..Upin Ipin – Asyiela Putri Menggantikan Nur Fathiah Diaz =-.
lagi seram tu..