• Gempar!!!!! Kenderaan Perkhidmatan Awam Berhantu.

    169 views

     

    ghost bus Gempar!!!!! Kenderaan Perkhidmatan Awam Berhantu.

    Seram bukan apabila kita membicarakan soal misteri ni kan.. banyak juga cerita yang kita dengar pasal hantu.. macam – macam cerita, macam – macam versi. Lupakan soal rumah hantu, hatta pasal hotel yang berhantu kerana perkara tersebut sudah biasa kita dengar.. lupakan cerita lagenda wolksvagen kuning dilebuhraya dan lain – lain, Aku tahu cerita ini tidak patut di dedahkan tapi dek keranaingin berkongsi pengalaman aku khabarkan juga..

    Aku tahu ramai diantara bloger – bloger kita ini masih student lagi.. maafkan aku seandainya selepas ini korang takut untuk menaiki kenderaan perkhidmatan awam untuk pulang ke kampung bertemu keluarga ,sahabat handai juga kekasih hati korang… cerita ini berdasarkan kisah benar seorang sahabat yang ingin pulang ke kampung selepas cuti semester bermula….

    hari tu sahabat aku ceria hatinya.. maklumlah hendak pulang ke kampung yang tercinta.. kampungnya jauh di pantai timur.. dan tempat study dia di selatan.. beliau pun pergilah ke stesen bas.. menaiki bas menuju ke desa tercinta.. nak balik kampung ni beliau kena naik 3 buah bas.. baru sampai ke kampung beliau ni..

    selepas perjalanan yang memenatkan selama 10 jam sampai lah ke pekan berhampiran kg beliau.. sahabat ni pun ambik satu lagi bas dan berhenti disimpang menuju kg beliau ni.. sebabnya kena bertukar bas untuk sampai ke kampung.. jam ditangan menunjukan pukul 10.00 malam.. dan bas yang akan lalu ni adalah bas yang terakhir..

    sahabat ni menantilah dengan sabar setelah hampir setengah jam menanti tiba – tiba kelihatanlah sebuah bas, perlahan je jalan.. jadi kawan ni menahan bas ni.. oleh kerana bas ni memang perlahan jadi dia tak tunggu bas tu berhenti terus je dia melompat masuk kedalam bas.. dan duduk di kerusi no. 2 last kat belakang.. duduk kat tepi tingkap sambil melemparkan pandangan keluar.. tiba – tiba beliau baru perasan.. bas yang beliau naik begitu sunyi.. dia pun menoleh kedepan… rupa – rupanya di tempat pemandu tiada orang yang mengemudikan bas tersebut.. dan juga tiada konduktor bas mengutip tiket.. dan seorang penumpang pun tiada selain beliau…

    peluh jantan, betina semua dah keluar… lutut pun dah ketar habis.. dia tak berganjak sikit pun dari tempat duduk dia.. nak bangun pun takboleh.. punya lah takut… last – last dia beranikan diri.. mengumpul segala kekuatan… bangun dan melompat keluar dari bas dengan penuh ketakutan…. jejak je kaki dekat tanah dia dah tak boleh bergerak dah.. takut sangat.. bas tu pun bergerak perlahan melewati beliau.. lalu dia mendengar bisik – bisik suara.. lagile takut.. takut sangat.. dia pejamkan mata rapat – rapat.. tak sanggup melihat apa yang ada di depan mata.. bila dah lepas je bas tu dia pun membuka matanya dan menoleh ke belakang bas.. aaaaaa.. kata sahabat aku ni.. laaaaa.. patutle bas bergerak perlahan.. rupa – rupanya driver dengan konduktor bas tu tengah tolak bas tersebut… hahahaha.. bas rosak rupanya… mana nak ada orang… hahahaha…. ketawa sendirian sahabat aku ni…

    pin.. pinnn ade bunyi hon motor.. “oi mat ko buat apa kat sini”.. “eh kau ke yus, aku nak balik kg ni.. dah letih dah aku ni”.. “ooooooo okay ko naik dengan aku.. biar aku hantar” sahut si yus….

    esoknya sewaktu sarapan sahabat aku ni pun cerita le pengalaman dia malam tadi.. berderailah ketawa diaorang anak beranak… “nasib baik ada yus malam tadi mak.. dia le hantar saya balik rumah”.. “hah! mak dia terlopong mulut ternganga.. ko biar betul mat… si YUS DAH 2 MINGGU MENINGGAL DUNIA EKSIDEN”…. Jadi siapa yus sebenarnye? jeng.. jeng.. jeng…

    p/s: komen anda amatlah dialu – alukan

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , , , , , , , , ,

F

28 Comments


  1. cinta lea ixora says:

    erk…. nk bace ke x nk bce ke x tp bce jgk….
    siot jer..
    tp yg kt bwh tu seram jgk… huwaaa…

  2. kenwooi says:

    tak mau baca..
    scared.. =P

    kenwooi.com

  3. hellioz says:

    hhahaha….
    cun2…
    ade turun naik…
    LOL~

  4. Of Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@ says:

    ish ish..potong stim la..hahaha…driver kat belakang tolak bas..haha..good one..

  5. arnamee says:

    Salam:)

    tatotnyer, dgn siapa dia balik tadi~ warggh;p

  6. Budak Malu818 says:

    saja je,nak tolong tuh..
    alah,xpelah..janji dier tolong..
    kalu xtlong mau terkencing kat ctuh..
    hikhikhik2…

  7. ajie says:

    to cinta lea ixora: seramke? hahaha..

    to kenwooi: aiyaaaa.. kasi baca maaaa.. jgn takut loh.. wa ada… hehehe

  8. ajie says:

    to hellioz: terima kasih…

    to of travel: driver dengan konduktor suk tolak bas… hehehe

  9. ajie says:

    to arnamee: tu yang mushkil tu… dengan siapa dia balik td… huhuhu

  10. acap2405(1169) says:

    hantu tersebut sangat baik ati..
    yela..
    hantu takyah bayor minyak moto..
    so..
    suke suki dier laa mabil penumpang..
    hohoho

  11. isza says:

    planduk dua srupa tu…
    isza´s last blog ..LELAKI MERENG My ComLuv Profile

  12. hana tantik says:

    ok..xbce smpai abis..sbb mmg penakot!~~ngeee

  13. nf says:

    hahahahaha
    klaka kot!
    part peluh jantan betina tu takleh blah!
    nf´s last blog ..A Halal Champagne? You can’t be real My ComLuv Profile

  14. syiera says:

    haha .
    adoii .
    ni crite dri mse ira kecik2 lg nih (:
    syiera´s last blog ..+ ish ! tolonglah , sangat2 rasa bersalah + My ComLuv Profile

  15. taqie says:

    huu..takut ending die..seb bek die tau time da balik..kalau time atas moto tu..mau pengsan..hahaha
    taqie´s last blog ..FOR THE REST OF MY LIFE by Maher Zain My ComLuv Profile

  16. Roslan says:

    kah3..bunyi cam seram..haha lagenda volswagen kuning..yeah i like..sbb jalan nak blk kualer n pi ipoh..hehe..dulu my bapak n the geng salu kene..org ckp wa tak hirau jer..jgn gabra..lagi kite lawan race..lagi bahaye..

    hampeh rupenyer pemandu bus ngn konduktor tolak bus.kuat diorang..kah3!
    Roslan´s last blog ..Sebab Apa Aku Malas Menulis? My ComLuv Profile

  17. yanmie says:

    salam qimie…hahaha tahiah dh buat k.yan seram kejap..

  18. x-po says:

    haha ni cite btl ke cite mainan je ni? cam seram jek..huhu

  19. Stargone says:

    Darn, baru ingat nak gelak. baca last part tu, tak jadi gelak. jeng jeng jeng…
    Stargone´s last blog ..Kadar Cas Baru Hotlink Youth Club My ComLuv Profile

Trackbacks/Pingbacks

  1. Cari Jalan Untuk Ketawa!!! | Qimie[dot]Com

Ruang Sembang

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
blog tentang dunia hiburan dan informasi terkini yang boleh diapplikasikan setiap hari

Top Blogs Personal blogs Dr.5z5 Open Feed Directory Blogged.my Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory Personal