Bilik Hotel Berhantu! | QIMIE BLOG

You are here: » Bilik Hotel Berhantu!

Bilik Hotel Berhantu!

Tak kira dimana jua anda berada, pasti anda pernah mendengar cerita mengenai bilik hotel yang berhantu dan menyeramkan. Mengikut pengalaman aku yang dua tiga kali tidur di hotel tak pernah pula aku mengalami keadaan yang menyeramkan mengenai bilik hotel yang aku duduki.

Pernah sekali , semasa aku dan keluarga tidur semalam di sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang, apabila masuk sahaja bilik anak aku yang sulung berusia setahun setengah tiba – tiba nak balik, dan pada malam tu aku dan isteri tak boleh tidur malam menjaga anak – anak.

Padam masa tu aku menghadiri kenduri perkahwinan sepupu, oleh kerana rumahnya dah penuh , lagipun dengan anak – anak yang masih kecil aku megambil keputusan untuk tidur semalaman di hotel tersebut.

Bila waktu tidur , sebelum masuk tidur dah meragam ,”nak balik.. nak balik”.. aku pula dah rasa tak sedap hati malam tu.. aku dan isteri memujuk anak – anak supaya tidur.. “esok kita balik!” aku memujuk si abang..

Tapi malam tu yang tak sedapnya anak – anak tak berapa selesa, bila dah tengah malam tiba – tiba si adik terjatuh dari katil.. terus tertiarap.. dalam kekalutan tu isteri aku mengambil si adik yang mula menangis.

Aku pula seakan – akan terdengar bunyi dibelakang aku, teralih perhatian aku sebentar, sementara waktu aku menoleh kebelakang anak aku yang sulung pula terjatuh dari katil.. berlaku dalam sekelip mata sahaja.. malam tu bilik aku dipenuhi dengan bunyi tangisan kedua – kedua anak aku. Bila keadaan kembali reda, aku mengambil keputusan membaca surah Yassin, memohon kepada yang Esa supaya terhindar dari segala perkara  yang tak diingini berlaku. Mungkin semuanya berlaku secara kebetulan

Tapi ada seperkara yang betul – betul menyeramkan dengan sebuah bilik hotel, dalam skala keseraman dari 1 hingga 10, bilik ini diberi rate 10 untuk tahap keseramannya.. tahap keseraman bilik hotel ini telah ditauliahkan oleh pakar.

Betul tu.. bilik hotel yang dimaksudkan adalah bilik hotel 1408 atau Room 1408. memang betul – betul menyeramkan. mari aku tunjukan tayangan Youtube untuk bilik ini.

httpv://www.youtube.com/watch?v=K-I0NFwv748

Cerita ni tajuk dia room 1408, cerita ni secara tak sengaja aku tertonton di Astro saluran HBO ke apa.. lupa.. dah 6 atau 7 bulan lepas aku menonton filem ni.

Memang seram filem ni lokasi lakonan hanya sekitar dalam bilik hotel tersebut.. sekali tengok macam hero berlakon sorang – sorang sahaja.. tapi cerita ni memang horror gila ..

kalau korang nak rasa macamana seramnya duduk di dalam bilik hotel apakata korang cari dvd cerita ni.. menyeramkan…

nota kuku: aku yang macho ni pun kadangkala terjerit kecil apabila menonton filem ni…….. seramnya…………….

Posted by 8 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

8 Comments to “Bilik Hotel Berhantu!”

  1. aleeya says:

    mnakotkn jek..
    dh bpe kli bce citer hotel berhantu..
    klau cm2 baik buat hotel kat umah sediri jew….
    huhu

  2. hanan samsul says:

    apelah……….. x gentlemen hehe..

  3. hanan samsul says:

    seram gak cite ni…..x sangka qimie boleh terjerit huhu.kelakar pulak ^_^

  4. SuKEJunpyo says:

    weii..seram giler..Tak dpt nk imagine kl terserempak antu.

  5. Hapiz Rahman says:

    seram gak ceriter ko nie.. haha. aku x penah ada pengalaman jumpa hantu..

Leave your comment here:

Jun
26
2010
 
Facebook
Online