Ustaz Asri Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga Ustaz Asri Vokalis kumpulan Rabbani atau nama sebenarnya Mohamad Asri Ibrahim atas kembalinya beliau kerahmatullah.. semoga rohnya dicucuri rahamat dan ditempatkan dikalangan orang – orang yang beriman. al-fatihah

Ustaz Asri dikatakan pengsan secara tiba – tiba ketika latihan rakaman progaram Syahadah di Angkasapuri, dan disahkan meninggal jam 11pagi akibat sakit jantung.

Ustaz Asri, yang juga ketua kumpulan nasyid Rabbani, pengsan pada kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) di Bangsar untuk pemeriksaan.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Bukit Lancung, Shah Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Majlis Bandaran Shah Alam di Seksyen 21 selepas Asar..

Kumpulan Rabbani yang diasaskan Allahyarham merupakan pelopor awal hiburan Islam dalam masyarakat di negara ini bersama kumpulan Raihan,Hijjaz dan Brothers pada pertengahan tahun 90-an

Filed Under: Semasa

Tags: , , ,

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.