Selamat Tinggal Dunia Blog.

Ini bukanlah pengumuman penting, kerana aku bukanlah orang yang terkenal, aku cuma insan biasa dalam dunia blog, lagipun aku baru belajar, bagaikan bayi yang baru lahir, kiranya kalau di umpamakan sebegitu aku cuma ditahap baru belajar untuk meniarap. Begitulah tahap aku dalam dunia blog ini.

Perasaan?! perasaan aku dalam dunia blog ni memang seronok, macam – macam pengalaman ada, ada yang manis dan ada yang pahit, manisnya bila aku boleh berdomain sendiri dibawah hosting serverfreak. Aku pun tak percaya yang aku boleh sampai ke tahap ni, kerana aku bermula pada zero pengetahuan tentang blog.

Pada asalnya kenapa aku ber’blog’ adalah kerana aku rasa sunyi, orang putih kata “lonely” sebabnya  terasa sunyi adalah kerana aku berhenti kerja dan duduk di rumah tanpa membuat apa – apa. Lalu dengan sebuah komputer riba aku pun meng’google’ dengan keyword ‘buat duit’. Keluarlah macam – macam kaedah buat duit dengan internet, dengan program ppc, dapat wang dan macam – macam lagi.

Kalau melihat daripada apa yang keluar dengan keyword ‘buat duit’ macam – macam boleh dilihat, sehinggalah aku terpandang satu link ‘buat duit dengan blog’ dari situlah asalnya aku mengenali dunia blog. Tapi nak buat duit dengan blog ni bukan mudah rupanya, aku yang masih baru ni cubalah, masa tu manalah tahu apa itu nuffnang, apa itu innity, apa itu google adsense, semua tu aku tak tahu, yang aku tahu program pay per click lepas tu suruh klik cari referer. Bayaran dibuat melalui akaun paypal.

Oleh kerana kononya nak buat duit sangat dengan blog aku pun mendaftar diri dengan paypal. paypal ni memang perlu kalau nak berurusan sangat dengan perniagaan internet ni, tapi sekupang pun aku tak dapat, ntah betul ke tidak program pay per click tu aku pun tak tahu, yang aku tahu nak cari duit, cari duit, cari duit sampai lebam..

Lepas tu dengar pasal amazon, pasal ebay, clickbank dan macam – macam lagi, tapi satupun tak sesuai dengan aku, sebabnya pada masa tu apa yang ada dalam kepala aku cuma nak cari duit, blog ni nak buat duit, penuhlah blog aku dengan macam – macam iklan. Tengok sekali imbas dah macan tesco. Tapi aku terlupa sesuatu walau iklan banyak mana pun dalam blog aku tu tapi kalau tak de orang masuk apa gunanya.. Aku pun termenung dan fikir.. kalau aku buat macam ni siapa nak masuk blog aku.. Aku berenti berblog selepas tu sebabnya aku bosan.. macam – macam tips yang aku baca satu pun tak menjadi bila aku applykan. Jadi aku abaikan blog pada masa tu.

Ntah macam mana pada satu malam aku capai kembali komputer riba aku, buka blog aku dan tengok je takde buat apa – apa pun, ntah datang dari mana setelah digoogle aku dapat tips – tips dari blogger – blogger yang pro tentang menjana traffic, bagi orang baru disarankan menggunakan shoutbox atau cbox untuk blogwalking. Bila dah pandai blogwalking terpandanglah ads dari nuffnang di blog – blog yang lain. Atas dasar ingin tahu aku pun sekali lagi menggoogle apa itu nuffnang. Jadi bermulalah sejarah awal aku bersama nuffnang. Bersama – sama nuffnang aku temankan beliau dengan dapat wang, sebab dapat wang ni memang dapat wangnya, itupun setelah aku tengok dekat oh artis yang popular tu..

Begitulah pembabitan awal aku dalam dunia blog, memang menyeronokan, selama ini apa yang aku tahu dan guna facebook, friendster, google, yahoo, itu aja..  dan sekarang barulah terbuka sedikit minda ni, blogging ni memang seronok, tapi memerlukan masa yang agak banyak juga untuk diluangkan, kadang – kadang boleh membawa kepada tak tidur – tidur, mengantuk, tersengguk – sengguk pun masih melayan blogwalking. Tapi masih tak puas – puas. Mungkin sekarang ni boleh dikatakan kategori yang layak bagi aku ialah ketagihan berblog. Ya.. aku rasa itu yang sesuai.

Tapi bukan atas dasar itu aku mengundurkan diri, aku tak tahu berapa lama tapi sesekali aku akan jenguk blog ni, aku terpaksa mengundur diri seketika atas urusan duniawi ni. Ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan, mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu atau juga beberapa bulan. Aku tak pasti tentang itu.

Dan blog ini tidak akan dibiarkan tanpa jagaan, aku akan mengamanahkan blog ini pada adik aku yang belajar di unisel. Biar dia menguruskan seketika dan apa yang aku harap daripada kawan – kawan hanyalah sokongan. Tanpa sokongan dari kawan – kawan blog ini tak bermakna.

Sebenarnya banyak lagi yang aku ingin kongsikan bersama – sama. tapi untuk waktu ini hanya ini yang dapat aku berikan, andai ada silap dan salah, maafkan aku. Aku minta diri dulu…

Filed Under: Semasa

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (17)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. arieza says:

    takpe beb.. settlekn dlu mane yg lbh penting ok :)
    im blogging just as a hobby.. so i guess if i face ur situation, it will affect me less..

    anyhow, slmt berehat.. welcome to ur adik! :)
    .-= arieza´s last blog ..::: My Future Career 10 – Dia Mati Di Depan Mata Aku =-.

  2. dya says:

    Salam,
    terusknlah b’blog ye.
    awk memang mint nk cri duit ke?
    sy ada cdgn utk awk..
    see my blog.. segalanya ada disitu.. eceh..
    http://dyaygcomei86.blogspot.com/2010/03/score.html :)
    .-= dya´s last blog ..Shawl utk dijual =-.

  3. zik says:

    pelan2 kayuh..k!! we support u!
    .-= zik´s last blog ..Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.

  4. MM says:

    ur reader support u…

  5. wazy says:

    rileks bro,settlekan dulu la urusan kerja tu,pastu kembali la aktif semula dengan blog ok
    .-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.

  6. hydir says:

    singgah sekejap ..
    biasa le tu .. sy pon pernah merasai sedemikian tapi kini telah bangkit!

    Anyway, urusan di dunia sebenar lebih penting dr di alam maya ini :)
    .-= hydir´s last blog ..Adakah dengan cederanya Rooney maka cabaran United di Liga Juara-Juara dan Liga berakhir? =-.

  7. farenova says:

    wuhhuuuu sedih pulak baca.tapi paham kita kat luar pun memang banyak urusan huhuhu. takpe setelkan dulu, pastu dtglah kembali huhuhu..
    .-= farenova´s last blog ..Saya perlukan link anda semua (^_^) =-.

    • AdikQimie says:

      takpe kak.. urusan peribadi je.. ntah – ntah nak dapat duit.. Jangan lupa bagi aku sikit bang.. hahaha..

  8. akmal hacks says:

    bro.
    kaw kire bernasib baik dah ade domain sendiri,,..
    dari aku nih?? pkai blogspot saje..waaa!!!
    teruskan berblogging demi negara!!
    haha!
    .-= akmal hacks´s last blog ..mengenang pengalaman aku 1st time blogging =-.

  9. lepat says:

    Salam bro
    Kenapa bro cakap macam tu?bro letih sangat ker?
    .-= lepat´s last blog ..[IT Tutorial]Malas Gi Laman Gmail,Yahoo Mail Dan Hotmail?Klik Sini Untuk Alternatif Email Korang =-.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.