Selamat Hari Guru Sayang

Selamat hari guru di ucapkan kepada guru – guru yang dikasihi selalu, Sesungguhnya tanpa kalian siapalah aku di dunia yang penuh dengan fantamorgana ini, kehadiran kalian dalam hidup aku amat bermakna. Tanpa kalian mungkin aku tidak berada pada keadaan hari ini, tanpa kalian juga mungkin dunia aku gelap tanpa sebarang cahaya menerangi dan menyuluh jalan yang bakal aku tempuh.

Kalau di susurkan langkah ketika aku masih dibangku sekolah, pasti keadaan sedikit berbeza,manakan tidak aku bukanlah dari golongan cerdik pandai, bukan sebab aku tak pandai ataupun berlagak pandai, cuma malas nak memandai – mandai. Hutan mana tak pernah aku jejak, pusat video game mana tak pernah aku rempuh.. semuanya pernah,, maklumlah se awal – awalnya sememang aku pandai dalam bab ponteng sekolah.

Aku masih ingat juga seorang cikgu yang baik hati, sememangnya beliau sangat baik, manakan tidak.. sebelum ini beliau pernah mengatakan pada seluruh geng di dalam kelas, kalau malas datang sekolah cakap malas, senang katanya.. tak perlu tipu – tipu, dan aku pulak pada satu hari aku ponteng dan ke esokannya aku hadir kesekolah, bila aku ditanya lantas dengan penuh keyakinan aku menjawap, “saya malas cikgu!”. Bila ditanya kembali oleh cikgu “kenapa malas?” aku diam seribu bahasa.. berdetik didalam hati ” kenapa aku malas?”

Sebagai hadiah daripada kejujuran aku tadi aku telah dihadiahkan sebuah pelempang ataupun penampar 8.2 skala richter yang boleh menyebabkan tsunami berlaku, berdengung telinga aku, itu dulu, zaman dulu.. kalau zaman sekarang mau masuk mahkamah cikgu tu.. tapi walaumacamanapun , senakal mana pun aku tak pernah bertindak untuk membenci guru, aku semakin hormat guru.

Bila aku semakin meningkat ke alam lepasan remaja, semakin lama baru aku mengerti kerjaya seorang guru yang mahu melihat anak didiknya berjaya dalam hidup, aku masih ingat lagi dimana aku bertemu dengan seorang guru disiplin yang hampir – hampir menyebabkan aku dan rakan – rakan sepejuangan masuk ke dalam lokap sewaktu bersekolah di salah sebuah asrama tersohor di utara tanah air. Apabila bertemu dan melihat kita berjaya dipeluknya erat seperti memeluk anak sendiri. Hampir pecah empangan apabila terasa begitu dikasihi dan disayangi oleh guru yang pernah mengajar kita sebuah nilai kehidupan.

dan kini setelah di penghujung usia remaja aku masih dapat merasakan kasih sayang seorang guru, mengajar dan menyangi aku dengan tidak jemu, kadang – kala berkongsi fikiran yang sama, dan sekarang aku berpeluang mencintai seorang guru. Masakan tidak , kini aku sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru.. guruku penyayang.. selamat hari guru sayang…………

psp: Tiada kata – kata indah dapat mengambarkan betapa aku cinta kepadamu.. khas untuk isteri yang tersayang.

Filed Under: Semasa

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.