• Orang Tengah!!!

    27 views

    kopi2 Orang Tengah!!!

    Kali ni kita nak bercerita tentang orang tengah, ramai orang tau kan apa dia orang tengah? , orang tengah ni boleh dikatakan sebagai ejen, bukan lah ejen seperti james bond dengan license to kill nya tu.. tapi lebih kepada ejen yang mengambil upah untuk melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawap.  Jadi Bila pulak masanya terdapat ejen – ejen ni? Dalam konteks harian.. pergh.. bahasa.. kegunaan ejen di negara kita menyeluruh dalam segenap aspek, terutama dalam bidang yang melibatkan penguatkuasaan  dan perkhidmatan awam.

    Ejen – ejen ini melakasanakan tugasan yang diamanahkan oleh orang yang memerlukan perkhidmatan beliau, contoh – contoh urusan yang dilaksankan oleh ejen – ejen ialah menguruskan pemeriksaan di puspakom, menguruskan hal di pejabat jabatan pengangkutan jalan, mungkin ada di imegresen, kastam dan pejabat tanah secara umumnya.

    Adakalanya seseorang yang memerlukan perkhidmatan orang tengah ini adalah orang yang kesuntukan masa dan tidak sempat untuk menjalankan urusan apabila sampai masanya..Jadi ia memudahkan sesetengah orang yang memerlukan perkhidmatan orang tengah. Tetapi ada juga sesetengah orang tengah ini yang akan mengambil kesempatan diatas urusan perkhidmatan mereka..

    Contoh yang pernah berlaku , seorang sahabat yang kehilangan geran motor telah cuba meminta bantuan daripada orang tengah atau ejen ini dah telah dikenakan caj sebanyak rm350.00. Jadi amatlah tak berbaloi, sekiranya sahabat ini tadi membuat segala urusan daripada geran hilang sehinggalah untuk menghidupkan  ‘roadtax’ mungkin belanja yang diambil tidak sampai rm 150.00.

    Kenapa ini berlaku?. Pertama kebanyakan orang kita suka mangambil jalan mudah, segala urusan diserahkan bulat – bulat pada orang tengah, mengapa? sebabnya ditawarkan dengan janji – janji seperti “aiya.. gerenti lulus”.. dan disebabkan itu jalan singkat diambil supaya semua perkara gerenti lulus. Tanpa memperdulikan sebarang kos,

    Apa yang ditakutkan dalam urusan orang tengah ini adalah merebaknya gejala rasuah, mungkin ada sesetengah pihak yang memandang enteng tetapi orang tengah juga memainkan peranan yang penting dalam gejala tidak sihat ini, Jadi kerjasama dari semua pihak amat diperlukan dalam menangani gejala rasuah ini. Contohnya dalam hal keselamatan kenderaan, sekiranya terdapat gejala ini bukankah kenderaan yang tidak selamat berada dijalan raya akan diluluskan apabila orang tengah cuba mempengaruhi keputusan dan demikian terjadilah kemalangan – kemalangan di jalanan..

    oleh itu individu itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam hal ini, mengetahui keadaan sebenar seperti mengatakan ” oooo.. yang ni tak betul , tak boleh.. gagal ni”.. membuat sesuatu mengikut piawaian.. Jadi perkara – perkara ini akan menjadi mudah. Dan orang yang menjalankan sesuatu urusan itu mesti membuang tanggapan dan persepsi.. ” aku kena test  hari ni, kalau tak bayar mesti gagal”, buangkan persepsi tersebut kerana ianya mengarut.. Tanamkan semangat sayang pada negara.. kalau ada cubaaan rasuah laporkan kepada sprm supaya tindakan dapat diambil.

    Bukan tak bagi guna orang tengah tapi elakan.. semua orang ada hak mencari rezeki, tapi biarlah dengan cara yang halal..

    Tak pernah lagi pakai orang tengah….

    Related Posts with Thumbnails


    Related posts

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

F

36 Comments


  1. JMR says:

    xyah la guna org tgh bagai nih..sendiri bikin..hehehe

  2. kenwooi says:

    orange tengah is quite important when some is very busy =)

  3. wazy says:

    Huhuhu lom pernah guna orang tengah ni :D

  4. cik epal says:

    guna orang tengah??

  5. x-po says:

    pe2 pun, zmn skrg ni mmg kalau xda org tengah, mmg ssh..percayalah

  6. zik says:

    orang tengah memainkan peranan yang sangat penting…., tapi kebanyakan orang tengah dalam business.. contonya supplier, banyak bangsa lain conquer dalam perniagaan, runcit.. 90% semua cina.. sakitnya..

    • ajie says:

      ye betul. Dalam bidang perniagaan pun terdapatnya orang tengah ni.. seperti masalah gula sekarang.. kedai saya ni pun tak dapat stok.. hehehe.. memang sakit.. ada mahal pulak..

  7. Dak Wan says:

    Kengkadang leceh sebab kita takder network seperti mereka. Cth geran hilang, kita perlu bawa motor ke balai buat report, pastu gi puspakom cek casis dan enjin, pastu gi JPJ keluarkan geran semula. Pastu gi kluarkan insuran, pastu barulah roadtax. Lecehkan?

  8. noorafzan says:

    saya mmg tak suke pakai org tgh..
    membazir..

  9. Pisyek says:

    org tgh ni kadang2 best, kadang2 x best…

    tu je…

  10. Kak anie says:

    qimie…akak buat kunjungan balas…dah malam tak sempat nak baca..cuma dpt klik osim & maxis hotlink…thanks sebab masuk blog akak

  11. jajarina says:

    visit u back.. org tgh ni, ade baik and ade buruknyer.. huhu
    HOTLINK 1 :)

  12. dec0 says:

    erm,setakat nih mmg tak bape suke gune org tengah..better usaha sendirik je…susah kot nak caye org nih

  13. muaz says:

    dpt pretty women.hee

  14. kulanz says:

    orang tengah ni, kadang berguna, kadang tak guna..
    yg penting kita tahu bila masa kita perlu guna orang tengah..
    thanks bro info ni

  15. kak cabai says:

    orang tengah ni kadang ok ..kadang ada yang tak ok.. nak mengikis lagi ada la..

  16. Eliza says:

    Salam. Biasanya org guna ejen ni nak senang keje dan jimat tenaga. Tapi kalau tak hati2 senang kena tipu.

  17. blogger says:

    tu la pasal.. mcm2 kene bayar.. gram je.. mmg mgarut.. sokong eliza..

  18. apis says:

    saya perlukan bantuan org tengah. . . sy ad sebiji mtosikal dah lama roadtax mati tahun 99. . nk masuk puspakom bayak karenah nye. . . ad sesape leh tlg??malas nk bawa moto g puspakom nati2 macam2 karenah nye. . if ada plez sy mmerlukannya. . .

Trackbacks/Pingbacks

  1. Penguatkuasa Terima Rasuah Di Pulau Ketam | QIMIE[DOT]COM

Ruang Sembang

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
blog tentang dunia hiburan dan informasi terkini yang boleh diapplikasikan setiap hari

Top Blogs Personal blogs Dr.5z5 Open Feed Directory Blogged.my Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory Personal