Koperal Polis Didakwa Sebabkan Kematian Aminulrasyid
Gambar: Malaysiakini.com
Seorang koperal polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin berhubung kejadian tembakan yang menyebabkan kematian seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11, Shah Alam, bulan lepas.
Koperal Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, selepas pertuduhan itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim M.Gunalan.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 April antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11.Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Jemain yang berseluar jeans biru muda dan memakai t-shirt berwarna kuning dan oren dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 11.30 pagi.Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar kemudiannya mencadangkan supaya Jenain dikenakan ikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin.
Peguambela Salim Bashir pula memohon supaya ikat jamin ditetapkan pada kadar yang berpatutan kerana Jenain mempunyai empat orang anak yang masih kecil.
Katanya Jenain yang masih lagi seorang anggota polis tidak berpeluang untuk melarikan diri, dan mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa sekiranya beliau gagal membayar jaminan itu beliau akan ditahan reman sehingga perbicaraan selesai.
Salim juga memohon kepada mahkamah supaya tidak terdorong dengan pandangan-pandangan masyarakat berhubung kes itu, dan menurutnya anak guamnya itu hanya mampu membayar jaminan antara RM6,000 dan RM7,000 sahaja.
Hakim M.Gunalan kemudian memutuskan supaya Jenain dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan kes.
Jenain yang menyertai pasukan polis pada 1985 sebelum ini pernah bertugas di mahkamah, dan semasa kejadian, beliau merupakan seorang anggota polis peronda di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam.
– BERNAMA
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














3 Comments to “Koperal Polis Didakwa Sebabkan Kematian Aminulrasyid”
“KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11″
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Adikbukanpenjenayah/Article/index_html
macam mana la polis nak tau org yang lari dari polis tu bukan penjenayah. kenapa lari dari polis klu x buat salah? polis dah suruh berenti x nak berenti.dah tembak amaran pon x nak berenti.dah tembak tayar pon x nak berenti lagi.so….bang!bang!
.-= harith´s last blog ..The Asmodian =-.
budak 15 tahun, 2 pagi..buat aper jam 2 pagi tuh?! bawak keta???xder lesen?!
.-= harith´s last blog ..The Asmodian =-.
Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sejauh enam kilometer dikatakan dipandu agak laju sebelum terbabas di Seksyen 11
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeluargaAminulrasyidmahusuruhanjayadirajaditubuhkan/Article/print_html
.-= harith´s last blog ..The Asmodian =-.