Kerakusan Sang Penguatkuasa! | QIMIE BLOG

You are here: » Kerakusan Sang Penguatkuasa!

Kerakusan Sang Penguatkuasa!

Gempar lagi, bilalah agaknya masalah yang melibatkan soal intergriti akan selesai, selepas satu isu, satu isu lagi mengenai tahap intergriti unit penguatkuasa negara. Kali ini mengenai isu rasuah di Pulau Ketam yang melibatkan sesetengah anggota penguatkuasa dari Jabatan Imigresen, Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin dipercayai dibayar kira-kira RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram terbabit, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen.

Begitulah kuasa RM. kuasa duit yang boleh membeli jiwa seseorang yang bergelar penguatkuasa, yang diberi amanah untuk menjaga keselamatan Negara, rupa – rupanya musuh yang menyerang adalah dalam diri sendiri. Kerakusan dan ketamakan ini boleh menghancurkan kedaulatan negara. Dimanakah nilai – nilai intergriti yang dicanangkan.

Adakah ini menunjukan sikap sebenar penguatkuasa yang diberi tanggungjawap dan amanah untuk keselamatan negara? Saban hari, saban tahun kita masih lagi dengar isu – isu yang melibatkan nilai – nilai intergriti ini, sebutkanlah agensi mana yang tidak kedengaran tentang isu i rasuah ini?

Jadi salahkah rakyat mempunyai pesepsi, pandangan dan hilang kepecayaan terhadapa agensi penguatkuasa di negara tercinta kita ini, Isu intergriti dan rasuah ini sekiranya dibiarkan pastilah menjadi barah yang kronik, tak perlu tunggu kedatangan musuh untuk menyerang negara, kerana negara telah pun tewas sekiranya masalah rasuah tidak dapat dibendung dan dikawal.

Pihak berwajib, berserta dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) perlulah mengambil tindakan yang tegas terhadap isu intergriti ini, apa akan jadi sekiranya rakyat juga hilang keyakinan terhadap Kewibawaan SPRM.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, menyifatkan pegawai dan anggota pihak berkuasa yang bersekongkol dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang tanpa izin dari Indonesia melalui Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang sebagai pengkhianat negara.

Memang benar bagai dikata, Pihak berkuasa yang besengkokol dengan sendikit ini adalah pengkhianat negara, patut dihukum dengan sewajarnya sekiranya didapati bersalah. Bagi penguatkuasa yang menjalan tugas dengan amanah,jujur dan berintergriti teruskan. Teruskan menjalankan tugas dengan dedikasi kerana negara perlukan orang seperti anda.

P/s: Orang tengah punca jadinya rasuah, SPRM perlu memperkenalkan langkah supaya dapat mengawal orang tengah atau runner ini…

Posted by 11 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

11 Comments to “Kerakusan Sang Penguatkuasa!”

  1. etomyam says:

    rasuah sememangnya menjual kedaulatan negara … betul jugak cakap presiden cuepacs tu

  2. zik says:

    bukan senang juga nak banteras rasuah nie.. huhu

  3. Hadi Rofiee says:

    Salam perkenalan.

    Tindakan mesti tegas.. kdg2, saya juga seperti sudah hilang kepercayaan kepada mereka.. lihat kepada kes mercun sudah lah. tiap2 tahun..

    Maaf jika agak emosi. :)

  4. syahrilhafiz says:

    ini melibatkan soal terima tak terima..
    diorang ni tak fikir, sebab tu banyak masalah terjadi…

  5. Neon says:

    hurm…tapi tak semua penguatkuasa begitu…macamana nak harapkan sprm buat kerj sedangkan org sprm pun terlibat rasuah..

Leave your comment here:

Aug
29
2010
 
Facebook
Online