Kemuncak Imam Muda

Teman rasa, mesti ramai yang meminati rancangan Imam Muda terbitan Astro tu betul tak?. Sedar tak sedar kini Imam muda telah sampai ke kemuncaknya, Kalau ada kelapangan apa kata saksikan siaran kemuncak imam muda pada 30hb ni bersamaan dengan hari jumaat jam 9 malam.
Okay kita tengok kembali konsep imam muda ini,
Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.
Calon-calon Imam Muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan.
Meskipun hampir kesemua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis, saluran 106, Inspirasi Sanubari.
Jadi mari kia tonton bersama – sama, siapakah bakal bergelar Imam Muda…
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription













3 Comments to “Kemuncak Imam Muda”
salam,teman harap im hassan dapat gelaran juara.
nk tgk sgt2, tp xda astro..nk download, berukband ni slow plak adeh
sapa la yg menang agaknye ye..
Penjaga Gol Paling Relax Di Piala Dunia 2010