Dalam perjalanan pulang semalam , berlaku kemalangan di Jalan Kuala Sungai Manik, sempat juga lah aku mengambil gambar menggunakan telefon tangan yang tak beberapa mahal ni, Kemalangan ni terjadi secara bertentangan pada ke dua – dua arah, Waktu kejadian pulak dekat – dekat nak masuk maghrib lebih kurang dalam pukul 7.00pm.
Mengikut Maklumat kemalangan ini berlaku apabila tow truck (trak tunda) hilang kawalan lalu bertukar haluan, dan bertembung dengan kereta savvy dan sebuah motosikal yamaha lagenda, kalau tak silap lah.. nanti tengok gambar ye.. Kereta tersebut dipandu oleh suami dan isteri yang sedang sarat mengandung, dan mengikut info yang di bagi dek orang kampung isteri dan sisuami telah dikejarkan ke hospital dengan kadar segera.
Situasi pembonceng motosikal dan pemandu lori kurang pasti, sebabnya ada masalah komunikasi sikit, sebab aku tak faham sangat bahasa banjar ni, Boleh tangkap sikit – sikit je.. Bersurah banjar…
Suasana yang hampir malam dengan suasana lalulintas yang terhenti seketika akibat kemalangan tersebut. Keadaan motosikal yang telah di angkat keluar dari paya.
Selamat Berhujung Minggu,
Hati – hati di jalan raya..
![QIMIE[DOT]COM](http://i870.photobucket.com/albums/ab261/akudonjuan/qimie2.png)










ngerinya tengok, mintakla dijauhkan….
Zephyr´s last blog ..Me vs Anime (V)
betul tu.. kemalangan ni tak boleh dijangka, tapi yang penting patuhi undang – undang jalan raya
dasyat juga kemalangan ni.. mujur x melibatkan kehilangan nyawa..
p/s: bro ok lagi boleh tangkap ckit-ckit bahasa banjar, aku yg mmg bangsa banjar ni, satu pkataan aku tak tau.. haha
kulanz´s last blog ..Saya Dah Buang Iklan Innity?
Yang mati cuma enjin kereta je bro.. hehehe, ye ke bro? tak boleh speaking banjar?.. kena belajar tu..
harap-barap ibu mengandung tu takde apa2 masalah dgn kandungan dia..
malang tidak berbau..apa pun tiap masa mesti cuba berhati-hati
murnihati´s last blog ..mutiara kata hari ini (2)
minta – minta biar semua selamat… betul tu.. hati – hati dan patuhi peraturan jalan raya..
mak aih…tow truck plak yang eksiden? sape plak nak tow si tow truck tuh? hehe
aidi-safuan´s last blog ..24 hours is not enough? Don’t worry. There’s always 1 more extra hour
tu le perkara yang terlintas semasa saya berada di tapak kejadian.. hehehe
malang tak berbau..
betul tu.. tapi apapun berhati2 dijalan raya
bila ada pihak yg nak cepat sangat atas jalanan, gitulah jadinya..harap2 semuanya selamat..
etomyam´s last blog ..Tipu lah, Memang Sedap Makan Duit Haram, Nikmatnya Lebih Lazatnya Ummph
ye lah bro.. harap – harap biar semua selamat..