Kelam Kabut!!! Lemang Jatuh..

Hari ni adik ipar aku nak sangat buat lemang.. aku tau, jadi dia pun cakap kat mak aku yang dia nak buat lemang, kebetulan aku sibuk sikit jadi tak dapat sangat nak tolong.. maka dengan sendirinya dia melantik dirinya sendiri sebagai ‘engineer’ untuk membuat tempat bakar lemang..
Kebetulan semasa aku lalu di tapak projek adik ipar aku tu, akupun sempat menjeling pada dia, aku tanya dia “Rul! Tahan ke tempat ni, Lain macam je aku tengok ni”, “Okay cik” Jawap dia.. jadi aku tinggalkan meneruskan modus operandi beliau…
Oleh kerana kedudukan aku yang sedikit istemewa dalam syarikat, aku tak dapat sangat nak tolong adik ipar aku ni.. bz.. tambahan lagi nak raya ni.. So adik ipar aku ni mulakan aktiviti pembakaran terbuka untuk memasang lemang sambil dipantau oleh bapak mertua beliau merangkap big boss aku.. hehehe… Big Boss aku ni pulak pantau dari jauh je.. dah menantu dia beria nak buat sendiri.. Bagus jugak.. senang sikit aku…
Tapi bila lemang dah mula nak menggelegak besi penahan tempat bakar lemang tu lembut dimakan dek panas api .. abih jatuh lemang semua.. kesian aku tengok adik ipar aku.. takpe, pengalaman.. rupanya besi yang dia pakai untuk buat penahan tu memang tak tahan dengan kepanasan.. Nasib baik ada sebatang besi lagi, itupun aku juga yang kena pegi pinjam kat pak saudara aku..
Tapi Alhamdullilah, adanya big boss aku boleh ‘cover’ balik proses pembakaran yang terbantut tadi.. adik ipar akupun semangat balik… semasa entry ni ditulis pun aku tengah makan lemang yang dibuat oleh adik ipar aku.. sedap jugak…
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA
Filed Under: Semasa













