Kahwin!!!!.. eeeeeeee Seronoknye…. | QIMIE BLOG

You are here: » Kahwin!!!!.. eeeeeeee Seronoknye….

Kahwin!!!!.. eeeeeeee Seronoknye….


Musim cuti sekolah sudah tiba, dan begitu juga musim orang nak kawin ni..Mengikut statistik bilangan wanita melebihi jumlah lelaki dinegara ini, walaubagaimanapun aku berasa agak hairan kerana jumlah lelaki yang melebihi umur 33 tahun masih ramai lagi tidak berkahwin.. adakah ini bersangkutan dengan ramainya wanita yang berkerjaya dan melewatkan perkahwinan mereka.. dan juga adalah disebabkan ramainya siswazah daripada golongan kaum hawa ini..

Perkahwinan diibaratkan seperti membina masjid, penuh dengan tanggungjawap, toleransi dan bertolak ansur.. pada peringkat awal dalam proses mencari persefahaman dan mengenal hati budi, mungkin akan berlakunya sedikit salah faham dan disinilah kesabaran amat penting untuk mencorakkan rumahtangga yang bahagia.

Semasa kita sedang bercinta suasananya agak berbeza dengan suasana semasa sudah berkahwin.. ini adalah kerana perkahwinan memerlukan komitmen yang sangat besar.. perkahwinan bertitik noktahkan kesefahaman, dan kesefahaman ini berlandaskan kesabaran maka ianya menguatkan ikatan kasih dan sayangt.. Jadi banyakan bersabar ye…

Sedikit kisah daripada sebuah keluarga dimana terdapatnya seorang budak dalam lingkungan umur 13 tahun bertanyakan pada kakaknya kenapa perlu berkahwin.. lantas dijawap pula oleh kakaknya ” nanti bila man dah besar, man taulah!!”.. man tidak bertanyakan soalan lagi.. pada suatu hari man melepak disebuah rumah bujang.. diaorang dah berumur dalam lingkungan 22 @ 23 kalau tak silap, salah seorang daripada mereka gatal dibelakang.. dan disuruhnya sahabat beliau menggaru belakangnya.. sambil merungut rakanya pun berkata.. ” ishh.. kau ni… menyusahkan orang betul lah.. orang suruh kahwin taknak, kalau tak boleh bini ko garukan..”..

oleh kerana percakapan dua sahabat tadi didengar oleh man jadi dia pun lari dan terus balik kerumah… “kakak !, kakak! saya dah tau kenapa kena kahwin”.. “hah.. kenapa?” kata kakak man.. ” sebab gatal belakang..” gelak sakan lah satu keluarga.. hehehe.. “salah tu man” sahut bapa man.. “bukan gatal belakang, tapi gatal depan…” hehehe… sekian, selamat menyambut cuti sekolah dan selamat menyambut musim kenduri kahwin.. adiosssssssssssss..

Posted by 8 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

8 Comments to “Kahwin!!!!.. eeeeeeee Seronoknye….”

  1. ajie says:

    @izan, seram seram sejuk… :)

  2. ajie says:

    @neon, mari aku tolong garukan pakai garpu… hehehe

  3. --siLEnt_ 5iLh0ueEtte-- says:

    haha… rmai je orang xgatal kawen

  4. [z@ck] says:

    gtal kaki ni..
    sapa nak garukan..
    huhuhu

  5. Wanie-san says:

    gatal nok kawen ade ler!=p

  6. jijie says:

    haha..cakap pasal kawen..da gatal benor nk kawen ke…oops! terlepas sudah..

  7. Izan says:

    hahahaha… sabo jer la..
    apesal label untuk enrty ni seram???
    seram yek bila citer pasal kawen =)

  8. Neon says:

    aku ngah gatal ni weh,sape lak nak tolong garuk ni hahaha

Leave your comment here:

Nov
21
2009
 
Facebook
Online