Jangan Takut!!! Naiklah…
Apa nak ditakutkan, saban tahun pasti kita akan dengar cerita yang hampir sama, dialog yang sama dan masalah yang sama, sama macam dengan kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian, rata – rata tidak berpuas hati, sedangkan pelbagai cara dah dibuat untuk menyelesaikan masalah ni.. namun kesudahannya ada juga kemalangan yang menyebabkan kematian secara beramai – ramai ni..
Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan tersebut, aku pun sebenarnya lambat dapat tau cerita pasal kemalangan bas yang berlaku di lebuhraya utara selatan kat area ipoh tu.. aku cuma tengok buletin utama je tadi..
Isu yang dimainkan dalam berita tadi pasal talian LPKP yang bila ditelefon, mesin je jawap, telefon je , mesin jawap, entahlah, aku pun hairan bin ajaib macamana takde orang @ operator yang boleh jawap panggilan tu.. apekehenye…. bila dah jadi macam ni, macam – macam isu timbul dan macam – macam cara jalan penyelesaian yang cuba dibangkitkan.. tapi tak ada penyelesaian pun.. ada juga yang eksiden naik bas ni tiap2 tahun…
U/p: Talian telefon tu khas untuk kenderaan perdagangan yang lebih berat muatan 7000kg yang memakai permit A, B dan C, serta treler – treler dan bas – bas ekpress. Kalau bas persiaran dia di bawah kuasa kementerian perlancongan. Jadi kalau bas persiaran tu buat salah bg tau le kat k.perlancongan..
Sebenarnya aku tak paham sangat kenapa bas persiaran di bawah perlancongan, tak boleh ke semua dibawah lpkp? Jadi LPKP pun handle bas, kementerian pun handle bas..
Tapi itu cerita lain, bila dikaitkan dengan kenderaan perdagangan ni semestinya berkait rapat dengan pemeriksaan yang dilakukan secara berkala di PUSPAKOM. Dimana Asas dalam keselematan kenderaan perdagangan bermula disini, sesuai dengan slogan mereka safety begin here.. kalau tak silap le.. aku pun dah lupa.. malas nak google.. Jadi apa – apa hal pun keselamatan bermula di PUSPAKOM. Dan dengar ceritanya macam – macam plan intergriti yang dilakukan oleh pihak PUSPAKOM. Baguslah macam tu.. selalu dengar cerita yang tak best je kan…
Berbalik kepada lpkp tadi, pemanjangan had umur bas sekolah sehingga umur 30 tahun.. aku rasa agak lama, maklumlah benda tua, make up macam mana pun yang tua tetap tua.. walaupun menduduki ujian berkala di puspakom tapi aku yakin bas – bas lama ni mesti banyak kali test.. bas dah buruk sangat.. Tapi bas sekolah ni ada persatuan, biasanya bila persatuan masuk campur, setel problem.. tu yang boleh jadi had umur bas dipanjangkan lagi… tak tau pulak kot bas – bas yang berusia ni boleh dapat LPS ( Lesen Permit Sementara) nak hantar orang pergi rombongan keluar dari tempat dia.. kalau macam tu memang lpkp ni dahsat le…
Tapi Walau apapun, pihak berwajib yang mengambil insetif menempatkan pegawai mereka di stesen – stesen bas amat digalakan… Contohnya Jabatan pengeras jalan.. ehhh!!! Jabatan Pengangkutan jalan Dibantu oleh akdk, untuk memeriksa keadaan bas dan condition pemandu, kot – kot sebelum bawak bas tu ada yang kena sebalut..
Jadi sebenarnya walau apapun kenderaan yang kita naik, walau laju sekalipun , kena sentiasa waspada, tak cukup rehat, rehatlah dulu.. kena kopi mai secawan ke.. ambil langkah yang selamat…
untuk driver bas, tanggungjawap anda amat berat, maka jadilah pemandu yang amanah dan bertanggungjawap dalam menjalankan kewajipan dalam menjalankan tugas.. jangan bawa masalah peribadi dalam tempat kerja dan dapatkan rehat yang cukup. Jangan Ambil Dadah!!!
p/s: emmm.. dah lama tak naik bas….
Filed Under: Semasa














heh, akuu tak suke naik bas buruk ouh.. hahaha.. takdelar..
lagi un aku rase 30tahun terlalu lama r.. dah boleh jual besi buruk dah..
betul tu.. 30tahun punya bas tu yang nak bagi budak2 naik… entahlah..
aku pernah naik bas ekspres mana tah tapi sumpa aku xkn naik lg. sesak nafas sbb hawa dingin x berapa nk dingin, pastu tmpt ltak brg kat atas tu hilang skru pastu goyang2 silap2 hempap kepala og d bwh dan kondisi bas yang sepatotnya dah dibuang ke tpk plupusan besi. haisyooo menakutkan
.-= akma´s last blog ..loceng ajaib =-.
sama le kita.. bas takde ekon.. driver buat dek je.. dia takpelah boleh bukak pintu… panasssssssss…
biase la tu..
erk erk,.. bek nek KTM.. lagi selamat.. jarang kan dgr kes kemalangan ketapi..
paling teruk pun just ketapi rosak..
.-= proffy´s last blog ..erk..aku mkn itik panggang tadi =-.
sekarang ni nak balik kg dah bokeh naik komuter… betul ke?
jangan takottt
tak takut dahhhhh…
jom naik ramai2
.-= zuwairiaiman´s last blog ..The Charity Events =-.