Guru Wanita Kena Cekik Dengan Bapa Pelajar

Kejadian ini benar – benar berlaku dimana seorang guru wanita di Kuala Lumpur telah dicekik dileher oleh bapa salah seorang pelajar di sekolah terbabit. Kejadian berlaku pada waktu pagi lebih kurang Jam 7.40pg.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis. Guru tersebut telah mengalami trauma akibat daripada kejadian tersebut dan telah takut untuk mengajar, mengikut saksi, bapa kepada pelajar darjah satu itu telah mencekik guru wanita tersebut dengan kuat sehingga sesak nafas dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dileraikan.

Oleh kerana kejadian berlaku dalam kawasan sekolah, ianya turut disaksikan oleh guru – guru lain. Kebetulan pada waktu yang sama terdapat juga seorang wakil PIBG berada ditempat kejadian. Kejadian berlaku akibat bapa pelajar tersebut tidak tahan dengan kerenah anaknya yang menangis dan tidak mahu ke sekolah. Pelajar tahun satu itu mengatakan takut dengan cikgu dan kononnya lagi cikgu tersebut ada memukulnya. Lalu menangis – nangis hendakkan bapanya, walaupun ibunya ada disitu tetapi pelajar tahun satu itu tetap mahukan bapanya.

Akibat dari kurang sabar dan tidak menyiasat perkara tersebut, tanpa berfikir panjang, bapa pelajar tersebut telah mencekik cikgu yang tidak berkenaan dimana guru tersebut  ingin memujuk anaknya kembali ke kelas. Oleh kerana tindakan melampau bapa pelajar tersebut, guru wanita itu telah melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis berhampiran.

Pihak sekolah pula tidak mengambil perhatian atas perkara ini dan mahu menyelesaikan perkara ini dengan tidak perlu membuat laporan(Pihak Kementerian) sila pantau. Lalu atas dasar keselamatan diri yang terancam guru tersebut telah melaporkan sendiri kejadian itu, dan kemudian melaporkan kepada pihak NUTP supaya pembelaan dan keselamatan guru dapat dijaga. Dan seterusnya melaporkan kepada pejabat pelajaran pada hari isnin akan datang.

Kejadian ini berlaku dalam kawasan sekolah yang dikatakan selamat tapi langsung tak selamat, kalau cikgu pun dah kena cekik siapa pula yang berani nak mengajar anaknya yang baru berada dalam darjah satu. Sedangkan layanan yang diberi oleh guru tersebut adalah sama kepada murid – muridnya, cikgu yang dikatakan cikgu paling baik disekolah tersebut telah  menjadi mangsa dalam kejadian ini. Ramai ibubapa yang terkejut dengan tindakan bapa pelajar terbabit.

Jadi kepada bakal – bakal guru Daftarlah segera dengan NUTP supaya nasib anda dapat dibela sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, ni cerita ni TV3 pun tak tahu ni.. baru semalam jadi. Kalau nak tahu sekolah mana kat kuala lumpur telefon le NUTP.

p/s : Kalau nak berjaya dalam hidup, selain ibu bapa, guru pun kita kena hormat…

Filed Under: Semasa

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (13)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. hanan samsul says:

    x sangke ade jugk bapak yg saggup buat cm tu….eee
    klu sume bapak dn anak bersikap cm ni,abis lah guru2 kt malaysia ni :(

  2. Hidier says:

    kejam betoi la bapak nye tu.
    huhu..

  3. kulanz says:

    kalau ya pun sakit hati dengan cikgu atau dia ada buat kesalahan, ibu bapa tak patut ambil tindakan melulu..
    .-= kulanz´s last blog ..Malubang dan Lagenda Kapal Nahkoda Supirak =-.

  4. nurul says:

    ignorant parents nowadays~ anak je semua betul

  5. alinotnot says:

    mesti budak darjah 1 tu kaki kelentong kan, pastu bapak dia pun percaya. cheh. dunia oh dunia.

  6. tueratora says:

    aduhh..siannye guru terbabit..
    msti la trauma gile..
    risiko gak jd cikgu ye..manusia2 yg x dpt
    berfikir dgn waras cmtu le

    • ajie says:

      nak pergi sekolah pun dah takut.. kesian ooo… Jadi cikgu pun sekarang memang risiko. macam – macam dah terjadi..

  7. MrRollies says:

    ish…
    Cam sial je bapak tu..
    Sayangkan anak terlebih sampai sanggup cekik orang..
    geram pulak dengar berita macam ni T.T
    .-= MrRollies´s last blog ..Segelintir Guru Baru Berlagak?! =-.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.