Giant Teluk Intan!!! Tolong Sediakan Paip..
Kali ni biarlah aku bercerita, kisah ni jadikan tauladan supaya ianya dapat menjadi pengajaran dan iktibar. Walaupun nampak seakan – akan remeh tapi jika tidak dibendung akan datang masalah yang besar. Mungkin tidak bagi sesetengah individu, tetapi bagi sesetengah individu lagi amat memerlukan. Semuanya berkaitan dengan kita dan hak kita sendiri sebagai pengguna.
Apa yang dipaparkan bukanlah dongengan semata – semata tetapi sebuah kisah yang benar – benar terjadi, selalu aku akan bercerita mengenai masalah – masalah rakan – rakan atau sahabat – sahabat yang mengadu atau mendengarkan masalah mereka pada aku, tapi sekali ini biarlah aku bercerita mengenai apa yang berlaku ke atas aku, dan aku pulak tak mengharapkan sebarang simpati, kerana bagi aku perkara lepas biarlah lepas bukan sekadar melepas batuk ditangga..
Korang tau kat mana tempat diatas tu? hah! ni lah dia Giant Teluk Intan, tempat baru aku selalu beli barang – barang dapur sekarang ni, kalau keluar rumah je mesti anak akan tanya ” Abah! abah nak g giant ke?” Lalu aku balas pertanyaan anak dengan jawapan biasa ” tak. abah nak pergi work” “abah nak g work ke?’ tanya anak aku yang berumur 2 tahun tu, “abah nak g work kan!”, ” nanti abah work ye”.. banyak pulak tanya dia .. Last – last aku tanya dia balik ” qimie nak ikut abah g work ke?” (aku pulak yang terikut pelat dia) “tak naklah!” sahut dia… padahal kalau aku hulurkan tangan mau dia ikut aku tu. Hakimi memang macam tu, aku kalau bawak dia jalan2 di pusat membeli belah tak risau apapun, sebab dia tak ada minta – minta, kalau dia tengok permainan motorsikal kuasa letrik tu dia akan cakap ” abah! motor power” aku pun saja menyakat dia balik ” qimie nak ke?” dan aku dah pasti jawapan dia apa ” taknaklah bah” hahaha.. tu sebab aku berani tanya.. walau sebenarnya dia nak.. Jadi sebenarnya qimie tu nama anak dan blog ni di ambil sempena nama anak aku ni tadi.. Muhammad Amirul Hakimi , dan hakimi ada adik sorang lagi bernama Nur Amni Hadhirah bt Nor Azhari. Oppps dah off topic pulak ni..
Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas aku pergi ke giant ni bersama – sama dengan anak – anak dan juga isteri yang tercinta, Nak beli kolam mandi plastik untuk anak – anak nak main air, maklumlah earning daripada NUFFNANG baru sampai jadi saja nak belanja anak dan isteri, sambil – sambil dah sampai Pasaraya Giant ni apa lagi, nak beli barang dapur le jawapnya..
Aku dan keluarga pergilah mencari kolam tu..dan jumpa harga dia dalam 12 ringgit apaa, tak pasti pulak aku, tengah syok ronda tiba – tiba perut aku sakit.. kata orang perak ‘nak ke ayor’, sakit sangat pulak perut aku dan yang pasti aku taknak melepaskan hajat di giant ni, sebabnya aku pernah terkena dulu, masa tu Giant teluk intan ni baru bukak, aku pergi sana tau – tau paip air takde, boleh lah aku bertolak ansur, sebab baru le katakan, ‘berambat aku lari pergi McD berhampiran’ sampai sana kena beratur pulak.. tak pasal2.. agaknya ramai yang sakit perut masa tu kot..
Aku pun cakap kat orang rumah aku suruh cepat sikit, tapi dia nak pergi beli barang dapur jap, aku pulak dah terkulat 2 kat situ, hidup atau mati aku mesti bertindak.. nak atau taknak aku terpaksa pergi.. aku pun pergi toilet yang disediakan, korang tau apa yang aku nampak? rujuk gambarajah dibawah :-
Korang tengok! korang nampak sendiri.. usahkan pili getah, timba dengan cedok pun tak disediakan.. macamana pusat membeli belah yang besar macam ni tak boleh menyediakan prasarana yang lengkap.. ni penting ni.. aku yang sakit perut angin satu badan, kalau dulu bolehle kata baru, tapi sekarang dah berapa bulan? Kalau kerje gomen orang kata dah kompom dah.. aku terus tak selera tengok macamni.. Apa Giant Teluk Intan tak bagi orang buang air ke? apa pun takda! apa gila nak menonggeng kat situ.. ngarut – ngarut.. paip pun tak boleh sediakan ke? Aku tak ada nak komplen – komplen.. ambik gambo tulis dalam blog je.. Giant Teluk Intan Tolong Sediakan Paip dekat Tandas Anda… kalau tak boleh juga tolong sediakan batu atau kertas recycle.. boleh le instinjak.. apada kompeni besor macam ni.. benda ni pun tak boleh sediakan..
Aku pun telefon orang rumah suruh bayar apa yang dah ambik, jom balik.. menyampah aku… benda macam ni pun dah berbulan tak ada.. Tapi bukan semua Giant macamni.. aku duduk pulau pinang, giant tu punya toilet tidur pun boleh, dah le bersih, aircond lagi, kipas lagi memang best dan selesa aja giant penang tu.. tak macam Giant Teluk Intan.. Orang nak buang air besar pun tak bagi..
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














22 Comments to “Giant Teluk Intan!!! Tolong Sediakan Paip..”
Kepada pengguna sekalian, sukacita dimaklumkan bahawa tandas bukan dibawah selenggaraan pihak Giant Sdn. Bhd. tetapi di bawah pihak Rapid Mall Seri Intan sendiri . Pihak kami hanya membeli ruang untuk dijadikan Pasaraya Giant ( Cawangan ) . Harap maklum . Sebarang kesulitan amat dikesali . Sebarang permasalahan mengenai tandas atau segala yang berkenaan dengan kemudahan dan banggunan sila rujuk kepada pihak Rapid Mall Seri Intan sendiri . Sekian, terima kasih .
terima kasih atas maklumat… masalah tersebut sebenarnya dah pun dah selesai.. dan saya telah pun menulis mengenainya disini Terima kasih Giant Teluk intan
Bahaye nie , aku biase balik perak. Tk Intan nie kdg2 aku singgah. Kalau tersinggah sini kes emergency tak tahula…
kena sediakan paip le jawapnya.. hehehe
ade org curi kot. haha
ape nk jd la dgn giant ni
nama dah giant, tapi sekarang tengok dah kecik je rasa….
Tu belum masuk ada kes pelanggan terkunci kat tandas atas….. Pintunya jem tak boleh bukak! Harubiru btol!
lagi naya… ada jugak yang terkunci ye.. kesian…
gamaknye dia suruh hala montot terus kt bwh paip tu.. huhuhu.. bknnye mahal mane pun la pencebok n 1.5m hos air :p ish ish.. dlm giant pun byk kot jual bnda2 tu :p
tak boleh tahan kalau dia suruh buat macam tu… hehehe. betul jugak tu… dalam giant pun ada jual…
bersih tandas tu.. leh terlena duk dalam tu.
walking around
hehehe…
Huhuhuhu takda timba… Sungguh siksa kalau nak melabur kat situ…
P/S: baru lepas terklik dapatwang..
hahaha.. timba kena ambik kot.. tapi dah 2 kali kena macam tu,, okay tq bro..
paip dah ader???bkn sediakan getah ke??
getah yang takde, bekas air pun takde.. huhuhu naya..
hahaa…adoii..susah jugak camtu kan. klo saat2 kecemasan..seb baik x penah kena lg camni. nampaknya encik kena bawak paip sendiri dari umah la nampaknya
hahaha.. nak bawa paip sendiri? pakai pili bombalah kalau emegency.. hehehe
maybe ade orang curik kot timba kat situ. hihi…
btw, tros direct kontek manager bertugas time tuh jer. konfem akan dilayan.
nanti klu takde lg baru jumpa manager
parah tu kalau ade kes kecemasan untuk ke toilet.. hehe
memang parah.. haru biru,… hehehe