Gempar buaya Di Melaka Dan Negeri Sembilan
Melaka Dan Negeri Sembilan: Gempar buaya
Orang ramai khususnya penduduk di Kampung Sungai Tuang Teluk Gong, kembali gempar apabila seekor buaya tembaga muncul secara tiba-tiba di kawasan pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak, di situ selepas sekian lama tidak kelihatan.
Reptilia yang dianggarkan sepanjang 3.5 meter dan berwarna kuning keemasan itu dipercayai adalah buaya kedua muncul di situ selepas kali pertama, beberapa bulan lalu. Kehadirannya pada kira-kira jam 10.45 pagi itu menyebabkan kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai.
Sidang Kampung Sungai Tuang, Yahya Zakaria yang turut menyaksikan kemunculan reptilia itu berkata, sebelum ini beliau sendiri pernah mendengar mengenai perkara itu namun kurang mempercayainya.
“Sebelum ini, saya memang tidak percaya dengan cerita penduduk. Sudah banyak kali mereka memberitahu tapi hari ini (minggu lalu) saya sendiri sudah melihat sendiri itu. Memang panjang dan agak menakutkan.
“Saya harap ia tidak akan mengganggu penduduk di sini dan pada masa sama, penduduk juga tidak mengganggu buaya ini. Tidak dapat dipastikan dari mana ia datang, yang pasti ia menimbulkan kebimbangan penduduk,” katanya.
Alamak.. Baru sahaja nak rancang pergi berkelah ditepi pantai bersama anak – anak, dah muncul balik cerita mengenai buaya di pantai ni.. takutnya..
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














3 Comments to “Gempar buaya Di Melaka Dan Negeri Sembilan”
Wah, buaya ada dimana-mana bisa mengancam manusia nih
sebab tu la sy takot g pantai…takot air…kite xleh expect ape yg ade dalam air tu…waaa tatot….!
.-= cik panadol´s last blog ..Popcorn: Shrek Forever After =-.
saya pun takut juga ni…