‘Bonus Raya’ RM500 untuk kakitangan awam, pesara

Berita Gembira untuk kakitangan kerajaan.. termasuklah isteri teman.. tengah syok – syok tengok televisyen sekali ada pula berita terkini melintas. Berita kali ni kira okaylah.. dah dekat nak raya ni kan.. so cerita dia mengenai pemberian duit raya.. duit raya pun duit raya lah..
Sebelum ini ada juga tunggu – tunggu kalau ada pengumuman pemberian bonus, alih – alih duit raya.Jadilah daripada takde.. duit raya sebanyak rm 500.00 bagi setiap penjawat awam dari gred 1 – gred 54.. mengikut berita yang teman rujuk dari bernama
Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. – BERNAMA
Jadi apa kata anda? Duit raya Rm 500.00 cukup ke?!.. Hehehe
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription













2 Comments to “‘Bonus Raya’ RM500 untuk kakitangan awam, pesara”
rezeki tu
boleh belikan baju raya untuk anak-anak bagi mereka yang kerja dengan kerajaan ni
boleh tukar tayar kereta juga bro… hehehe…