Aku nak Terjun Ke Bidang Photographer
Semuanya bermula selepas lama aku tak berinteraksi dengan kamera aku, pada awalnya memang aku ada memiliki sebuah kamera cyber – shot model DSC – T10, Aku sayang kat kamera ni tapi disebabkan masalah teknikal yang berlaku aku terpaksa menggantung tak bertali kamera ni. Bukan apa sesuatu yang buruk telah berlaku ke atas kamera ni.
Apa yang berlaku memang tak sepatutnya berlaku, semuanya adalah disebabkan oleh kecuaian aku sendiri, aku letak kamera di tempat yang rendah, datang anak saudara aku buka dan main.. nak dijadikan cerita kamera tu terjatuh, apa yang sempat aku dengar cuma bunyi macam gelas pecah, aku pun dengan pantasnya mengambil kamera tersebut dan hidupkan suisnya.. Alhamdullilah hidup lagi kamera aku.. aku pun try snap gambar.. rupa – rupanya skrin LCD dia pecah.. hari tu juga aku pergi bawa kamera tersebut kekedai.. tapi kat area aku ni tak ada tempat ‘repair’, jadi diaorang pun cakap dengan aku “aiya kawan!!!.. beli lain satu maaa.. , repair pun serupa lu beli balu..” ooo.. betul ke repair pun mahal sangat?..
Jadi oleh kerana mendengar nasihat daripada tokei kedai tadi aku pun mengambil keputusan menyimpan je kamera tersebut.. Entah macam mana pada satu malam bila aku bangun je tidur lebih kurang pukul 3a.m aku dapat ilham pula untuk menceburi bidang photographer ni.. oleh yang demikian aku pun mula lah menggoogle ‘bidang photographer’ dan dapat lah sikit – sikit kefahaman tentang bidang ni.
Kerana tidak mempunyai kamera ialah syarat utama mestilah mempunyai kamera.. (kalau takde macam mana nak snap gambar) aku pun mula lah survey kamera apa yang bagus untuk insan baru macam aku ni.. masuk forum sana sini.. melihat pandangan orang – orang lama mengenai kamera ni.. Dan apa yang dikatakan menarik perhatian aku. Kemudian aku melihat gambar – gambar yang di ambil.. wah!!! cantik – cantik belaka.. minat untuk masuk kedalam dunia photographer ni datang dengan berkobar – kobar sekali..
Setelah bertanya pada orang – orang yang arif berkaitan bidang ni maka untuk orang – orang baru ni keluarlah model nikon dan canon.. terdapat 2 model yang menjadi pilihan aku iaitu nikon d90 dan canon 50D. Setelah membuat kajian singkat, aku pun sekali lagi menggoogle kedai yang ade jual benda – benda ni.. keputusannya memang membanggakan.. akupun siap – siap terus pergi kekedai kamera. Oleh kerana dapat banyak info mengenai Canon D90 ini tadi aku pergi lah tanya kat tokei tu.. mula – mula pekerja dia datang pada aku, aku pun terus tanya pasal Nikon D90 ni “stock takde kena order” “aku pun tanya balik kat pekerja dia tu.. kalau order berapa.. “dia pun jawap dengan rilek je.. rm3800.. ( okaylah tu kot) bisik aku dalam hati.. lepas tu dia suruh aku tunggu dia punya manager.. bila manager dia keluar aku tanya balik “berapa harga untuk nikon d90 ni” selamba je dia cakap rm4300.00 padahal tadi pekerja dia cakap rm3800.00.
Akupun berlagak ‘cool’. “apa you kasi?” dia pun jawap dengan selamba balik ” i kasi sama you tripod, memori card 4g dan beg maaaa” hah! ye laaa.. aku pun jawap.. takpelah.. terus pergi dari situ.. kali ni aku nak mempertimbangkan semula sama ada nak ambil canon 50d atau nikon 90D, oleh kerana di sini tiada tempat yang best nak survey aku akan pergi ke Ipoh dan penang untuk mencari kamera ni..
Jadi pada kawan – kawan yang arif pasal kamera ni boleh tak berkongsi dengan aku yang baru nak berjinak – jinak ni.. kamera apa yang patut aku beli?
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription















42 Comments to “Aku nak Terjun Ke Bidang Photographer”
D90 dah turun harga.. kat kl dlm 3600 ke bawah.. jgn tunggu lama2.. hehehe
ye ke bro? nanti akan diusahakan..
camane? dah jmpe pilihannye? org2 photographer cakap D90 susah setting, xmacam D80. tapi mmg lagi canggih la. sebab tu setting lain skit. apa pon dua2 memang dah xde stok.
canon pon ok jgk. masing2 ade pilihan sendiri
.-= JHafiz´s last blog ..Lomography. Apa itu lomo? =-.
tengah kumpul duit ni bro… hehehe.. betul ke dah abih stok?
wah best arh jd Photographer..
.-= Apiez´s last blog ..Kenapa Baner @ Gambar Senget?? =-.
betul tu.. jom kita sama – sama..
bro..haku suggetskan satu kedai kalau nk bl dslr.. haku slalu amek barang kat kedai dia..bukan haku saja..malah member2 haku juga..mmg murah dan profesional tokey kedai dia..
Nama kedai dia Click n Snap dekat bawah komtar, penang..
cadangnya memang nak pergi sana.. dulu memang duk kat penang.. balik pulau.. sebab kerje kat pkom teluk kumbar.. sekarang dah pindah.. baru sekarang minat nak join photographer ni.. rugi tak tau dulu… hehehe
cik jgn lupa beli duaa..2gether2 kita mantapkan skill weee….nak jugaaaa huhuhuh
Kamera tu Sony nyer… x pasti lak… besides, i dont really know for sure… warranty? btw..insya-allah boley beli D90 tuuu… kita pakat2 cuba ler…hehehe
.-= newkid´s last blog ..Create Your Own Window Desktop Wallpaper =-.
insyaallah bro..
D90 lerrr…bang!!! cari kat Pudu plaza…
.-= newkid´s last blog ..Create Your Own Window Desktop Wallpaper =-.
akan diusahakan..
lol…cik/pn zulaikha…, beli dulu DSLR tu… satu2 nyer perkara yg kalau beli dulu baru belajar ialah DSLR sbb, kalau tak ada memang tak boleh belajar…dah ada, automatik buat dan belajar huhuhu…
mr x-po : beli 2nd dulu x apa… D90 baru RM3750 – RM4000 2nd…
.-= newkid´s last blog ..Create Your Own Window Desktop Wallpaper =-.
betul tu bro..
aku pun minat kt photography ni tp xmampu nk beli dslr..huhu
sikit lagi boleh kot cikgu,, hehehe
agaknya sekarang tentu saudara telah memiliki DSLR. Tapi jika masih belum, jangan bimbang…nak jadi photographer bukannya terletak kepada adanya dslr..kamera apapun boleh. Kehebatan foto bukan terletak kepada kameranya tapi kepada individu di belakang kamera itu.
teringin ada DSLR 1biji.. tp kena mantapkan ilmu dulu.. nnt rugi je bli..
.-= zulaikha´s last blog ..menulis kaligrafi cina. =-.
beli dan gali.. hehehe kalau xde x blh nak kaji.. hehehe
D90 mmg best..walaupun aku pnye hanye D60 hahaha..tapi seronok untuk outdoor aku rasa…
.-= hentakbelipat´s last blog ..Used Item Is Still Hot! =-.
akan diusahakan bro.. bro mesti terer dah kan?
huhu kita pun tak reti sgt bab ni.. tp kita pun berminat bab2 amik gmbr ni.. hehe tp tak reti bab2 camera.. klu ada camera kt tgn. kita leh pakai. tp nk ajar org tu.. adeh.. pyh huhuh..
.-= arieza´s last blog ..::: Hidup Kita Bukan Roda. Tapi Timba. =-.
ye ke? boleh le blajar sama – sama.. hehehe
nnt klu u dh jd photographer hebat, leh ar jd photographer time majlis kawen kita.. haha dpt free tak? :p tu dia… hehehehe
.-= arieza´s last blog ..::: Hidup Kita Bukan Roda. Tapi Timba. =-.
kalau ada jemputan.. hehehe.. bila cadangnya nak kawen tu? .. hahaha
nak jadi photographer ni banyak modal woo..
nak beli lens yang parah tuu..hehe
.-= Mr.Z´s last blog ..Suka Chat? Berhati-hati Ketika Ingin Webcam! =-.
insyallah boleh kot… pelan2 kayuh… hehehe
kamera ni mmg mahal, nak complete set 10K tak cukup.. tp bagi aku brand tu tak penting, sbb antara Nikon n Canon features dia x jauh beza.. apapun, betul kata bro spade, bro sendiri kena buat keputusan mana nak beli.. gudluck bro..
.-= kulanz´s last blog ..Happy Birthday to me… =-.
harap – harap begitulah bro.. ingat hujung bulan ni nak survey..
bro, buat perbandingan melalui website ni http://www.dpreview.com.
NIKON or CANON just a brand, kalau tanya saya saya rekomen NIKON coz i’m a NIKON user.. tepuk dada tanya diri sendiri bro.. just my 2 cent..
tq bro for the information..
sumpah aku sokong ko qimie…
bile nk beli D90? hee..
.-= KERAK NASI´s last blog ..Pernah Beli E-Book? =-.
ingat hujung bulan ni.. nak survey dulu..
oke gak tu. (:
.-= syiera´s last blog ..+ 14.3=143 ? + =-.
terima kasih..
Wah gempak tuh
semoga berjaya…
.-= zik´s last blog ..Perancangan yang berkesan =-.
harap – harap macam tu lah bro..
lebih baik survey2 dalam website yg berkaitan. mane tau dapat other informations.
okay.. akan diusahakan..
nak jugak….
hehehehe
.-= pensel kontot´s last blog ..Bos dengan Seketerinya =-.
jom beli sama – sama… hehehe