Abang Aku minta Pasar Tani Di Langkap Tapi Kena Herdik Dengan Pegawai Dari Bagan Datoh yang Jaga Pasar Tani tu!
Gambar sekadar penyeri cerita………………
Amacam? Panjang tak tajuk Entri aku kali ni? Hmmm Mesti panjang puas hati aku, Benda ni jadi sebelum puasa lagi, Memang untuk memohon tapak pasar tani perlukan borang, dan borang pun memang abang aku dah ambil dari pejabat di Chui chak Langkap.
Kerani yang bekerja di Chui Chak sebelum tu ada berkata, bila dah isi borang untuk memohon tapak Pasar tani yang di adakan di Langkap Setiap hari isnin waktu petang sampai malam tu, bolehlah bawa borang tersebut pada pegawai yang berada di tapak pasar tani tersebut. Kalau tak silap aku pegawai yang jaga tu bergelar HJ.
Satu, untuk pengetahuan umum abang aku ni sekolah pun maksima darjah enam je, penampilan biasa, bukanlah gaya lagak korporat, orang kampung, aku pula hari yang sama ada urusan, jadi atas kerelaan abang aku tu, dia sanggup pergi bawa borang pemohonan pasar tani tu ke Langkap. Borang tu aku yang isikan, biasalah.. kadang – kadang borang yang mudah untuk di isi, nampak sukar sebab kita tak berapa faham.. Jadi aku tinggalkan tempat kosong tu.. supaya abang aku dapat bertanya bagaimana untuk mengisi borang tersebut.
Apa yang paling aku marah?! Aku paling marah bila orang kurang ajar, kurang ajar tak hormat orang lain, tambah – tambah lagi pegawai atasan yang berlagak sombong, Bukan tak mengenang jasa, bagi orang lain mungkin banyak jasa yang telah ditaburkan oleh ‘Penjaga’ Pasar tani tersebut. Korang tak tahu siapa ‘Penjaga Pasar Tani’ ? Korang Boleh google menggunakan perkataan Pasar Tani, boleh le tahu pihak mana yang menguruskannya.
Kenapa aku Marah.. biar aku cerita balik sepertimana yang diceritakan oleh abang aku.
Hari tu mak aku suruh aku isikan borang Pasar Tani, aku pun isilah, ada sesetengah part, aku tak berapa faham, jadi aku tinggalkan kosong, lebih kurang pukul lima @ enam petang abang aku pergi ke Langkap, biasa je.. aku pesan dekat abang aku, kalau dah sampai nanti yang tempat kosong tu tanya macamana nak isi.
Sampainya abang aku di pasar langkap tu adalah 2,3 orang pegawai pasar tani yang datang dari bagan datoh tu, abang aku pun bertanya mana dan siapa En. Haji kita yang diberitahu oleh kerani dari Chui Chak tu. pegawai tu tunjukkanlah siapa orangnya.
Kebetulan En. Haji sedang bersembang dengan peniaga ayam goreng di sebelah khemah official untuk pegawai tersebut. Abang aku pun tunggu, tunggu, punya tunggu, punya tunggu.. sampai habis dia berborak. Apa yang diborakkan tak tau le pulak.
Lepas habis dia bersembang, berborak rancak, baru dia pergi dekat abang aku, takde sekelumit pun hati abang aku terasa, hormat, biasalah orang kampung mesti hormat dekat pegawai atas ni kan.. Bila dia nampak aje abang aku dengan berlagaknya dia tanya abang aku, berhampiran dengan peniaga Ayam gorang tu.
” Hah! apa halnya ni?!” kuat dan sombong pertanyaan haji tu,… tu haji tu.. haji tu.. (saja ulang banyak kali). “Abang aku pun cakap, saya ada borang, saya nak mohon meniaga di tapak pasar tani ni”.. “nak meniaga apa?!”.. Tanya haji tu dengan lagaknya.. Dg berapa pun tak tahule grednya, tapi dah berlagak gila.. Kebetulan yang meniaga ayam goreng ala kfc tu member abang aku, Peniaga ayam tu pun cakapkan ” dia ni IKS, buat kuih – kuih ni. Buat Kuih bangkit. Lepas member abang aku tu cakap, abang aku pun sahut le.. saya buat kuih kuih ni, IKS aje..
Dengan Lagaknya, dengan kasar, dengan sombongnya Haji tu cakap ” IKS dah penuh, takde, takde, takde IKS… IKS, IKS takde ” dengan herdikan yang kuat. Lepas dia cakap macam tu dia pergi dari abang aku, atau bahasa yang lebih sopannya.. haji tu blah dari situ… Tertinggalah abang aku terkontang – kanting kat tepi khemah pegawai – pegawai tu, terpinga – pinga dengan jawapan haji tu. Nasib baik ada pegawai bawahan yang perihatin.. dia jumpa abang aku, suruh isi borang datang balik minggu depan.
Nasib haji tu baik, sebab bukan aku yang pergi, kalau tak dah lama aku maki hamun pegawai yang bongkak macam tu, aku cukup benci bila berurusan dengan pegawai yang sombong tak bertempat, berlagak macam hebat, ataupun entah – entah berlagak macam duit banyak, biasanya orang macam ni memang pandang kecik pada orang yang biasa, tambahan pulak penampilan abang aku biasa sahaja.
Kalau betulpun untuk peniaga IKS dah penuh untuk tapak pasar tani tu, apa salahnya cakap elok – elok, “adik.. IKS dah penuh, tak boleh lagi”. Kita dengar pun tak sakit hati.. Aku cakap pada abang aku, tak payah hantar borang tu lagi pada pegawai tersebut, untuk apa? nak bagi di maki lagi.
Pesanan untuk haji tu, kalau tak boleh jadi bos, jangan jadi bos.. tak payah datang pasar tani, cakap tak boleh elok, ingat kami tak boleh bayar ke khemah yang harga Rm 400.00 tu, sengkek sangat ke.. kami bukan nak sangat meniaga pasar tani tu.. tapi jangan layan abang aku macam tu, walaupun dia tak sekolah tinggi..
Sebagai seorang yang mewakili bidang pertanian, pasar tani, kau tu menjadi rujukan bagi orang – orang kampung macam aku ni.. jangan ingat kau dah jadi pegawai besar.. kau tu besar sangat.. bahasa jaga.. cakap elok – elok.. kita takkan marah punya…
P/s:- Korang pergi Teman (terminal makanan Negara) Gopeng. Ipoh.. Kosong.. 2,3 orang je peniaga.. projek juta – juta… nanti aku sisipkan gambar yang baru aku tangkap semalam.. interview sikit dengan peniaga disana…
P/s:- Mungkin pegawai tu membawa slogan 1Malaysia kot…
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription















4 Comments to “Abang Aku minta Pasar Tani Di Langkap Tapi Kena Herdik Dengan Pegawai Dari Bagan Datoh yang Jaga Pasar Tani tu!”
malu betul saya sebagai orang FAMA..
Hantar je org mcm ni duduk dalam kandang rimau kat zoo taiping.. tak sedar diri punya org..
kalau aku hj biul tu memang da kena maki kat situ gak.
ko pegi jumpa hj tu balik dan htr borang kat dia lg sekali ..time tu kalau baru kena buku gan ruas…
bravo beb..sabo2..bulan puasa ni byk pahle kalo bersabo..hehehe
slamat berpuasa:)
ni sabo le bro.. kalau tak sabo mau melompat – lompat… hehehe