Tips Membeli Laptop Baru.

Daripada satu komputer meja yang biasa, sudah pasti ramai yang mahu memiliki dan membeli sebuah komputer riba untuk kegunaan di rumah , pejabat  , sekolah, dan di kedai – kedai kopi. Sudah pasti ianya hendak digunakan secara aktif. Dengan banyak ciri – ciri  bagi memilih komputer riba,  perlulah mengetahui serba sedikit tentangnya  terlebih dahulu.

Ciri – ciri  penting bagi Laptop (computer riba)

Jika anda masih belum  membeli  sebuah komputer riba biasanya,  iklan-iklan komputer riba ini mungkin agak mengelirukan sedikit dengan menyatakan  perkara  – perkara seperti “2GB RAM, 8GB SSD,  Level II cache,” dan sebagainya. Jadi ciri-ciri asas yang perlu kita ketahui ialah:

Processor. Terdapat banyak processor yang berbeza berada di pasaran menjadikan kita sukar bagi untuk memilih sesuatu yang betul dan bertepatan untuk kita. Sekiranya kita memandang untuk prestasi yang mengagumkan seperti yang terdapat pada  Intel® Core™  processor. Jika kita telah mempunyai satu komputer riba atau komputer meja dan mencari satu komputer riba kecil yang dipanggil  netbook,kita patut mengetahui tentang  Intel® Atom™ processor .

Saiz skrin. Pada hari ini terdapat banyak saiz – saiz dalam computer  riba. Anda boleh memilih satu tablet saiz komputer dengan sebuah skrin iaitu sekecil lima inci lebar atau sebesar gergasi  dengan skrin 20 inci skrin yang  sempurna untuk bermain DVDs,  video dan game.  Jadi pilihlah saiz skrin yang bersesuaian dengan anda.

Jangka Hayat bateri. Dalam beberapa tahun lepas, bateri komputer riba hanya boleh bertahan dalam tempoh lebih kurang dua jam. Pada waktu kini  dengan kemajuan-kemajuan yang mengagumkan dalam processor technology, sistem pengendalian, dan teknologi bateri, komputer-komputer riba  dapat bertahan lebih kurang  lapan jam atau lebih sebelum ianya di cas semula.

RAM. Random Acsess Memory atau ianya bermaksud ‘memori capaian rawak’. RAM menyediakan ruang untuk membaca dan menulis data untuk dicapai oleh  komputer riba anda. Sesetengah computer riba hadir dengan 512 MB RAM , tetapi kebanyakan pengguna komputer akan mahu sekurang-kurangnya 1 GB atau yang lebih. Anda juga boleh meng ‘upgrade’ ram ini pada masa akan datang.

CD / DVD Drive. Komputer riba yang bagus boleh bertindak seperti satu pusat hiburan serta alat perniagaan. Sesetengah disc drive  hanya boleh membaca CD-ROMs dan sesetengah yang lain boleh merekodkan CD dan DVD.

Storage Space. Bermaksud Ruang simpanan. Contohnya dengan 160GB anda boleh menyimpan hampir 40,000 buah lagu pada computer riba anda. Jadi sekiranya terdapat lebih  ruang simpanan untuk komputer riba anda ianya lebih baik.

Tapi apa yang bagusnya kita boleh membeli ‘external hard disk’ untuk  meningkatkan ‘storage capacity’ bagi melakukan kerja – kerja tambahan yang memerlukan ruang simpanan yang lebih besar.

Ethernet Port. Tidak semua model-model komputer riba semasa terdapat  Ethernet port  yang boleh menghubungkan komputer dengan satu modem DSL . Nanti tak boleh pula nak bertenet…

WiFi. Jika komputer riba baru anda ada WiFi membolehkan anda menggunakan tempat tumpuan wayarles seperti kedai kopi pak mat, perpustakaan-perpustakaan,menara condong teluk intan atau mana – mana terdapatnya spot WiFi ni. Kalau ada WiFi dan anda selalu keluar menjalankan tugas ianya menjadi mudah bagi anda

Itulah serba sedikit tips – tips sekiranya anda nak membeli seketul Laptop atau psp computer riba..

Dan yang terakhir pasal  pre –loaded software dan license agreements. Pastikan software yang original kadang – kadang computer baru ni datang dengan dengan trial version selama 60 hari atau kurang. Dah habis tempoh percubaan kena beli pula.

Jadi sebelum membeli sebuah computer riba, Tanya dengan jurujualnya apa software pakej yang diserta bersama pembelian tersebut.. kalau tak pandai bawalah kawan – kawan yang arif mengenai computer riba ni. Ambil langkah yang selamat.. supaya anda puas hati…. Jom beli Laptop..

Filed Under: Personal

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (25)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. yang terpenting gunakan OS Original supaya mudah update

  2. Ipunk damond says:

    TQ bro, ni tul2 tips brmanfaat wat aku, sebab aku nk beli laptop.

  3. [...] kerana aku berhenti kerja dan duduk di rumah tanpa membuat apa – apa. Lalu dengan sebuah komputer riba aku pun meng’google’ dengan keyword ‘buat duit’. Keluarlah macam – [...]

  4. nur says:

    Salam.

    Saya mahu membeli laptop untk kegunaan multimedia dan kerja-kerja office.
    1-Apakah processor yang sesuai saya pilih?
    2-Kad grafik manakah yang sesuai saya pilih ?
    3-Adakah RAM 4gb sudah memadai untuk kegunaan ini?
    4-Bagaimanakah pemilihan kad grafik yang sesuai?
    5-adakah chipset juga penting untuk dipilih?

  5. Wan says:

    mmg nak beli lappt pun :)

  6. ilmucts says:

    wah mantapp sob… mumpung belum beli laptop.. contoh laptop yang bagus apa sob?

  7. ilmucts says:

    wah mantap tuch.. mumpung belum beli laptop.. contoh yang bagus apa sob??

  8. en_me says:

    me nak yang ada graphic card 2 GB, vollee? ehehe
    .-= en_me´s last blog ..kota & makam tauhid =-.

  9. Gilgamesh says:

    Membeli laptop tak susah…
    1st, kena tau ko nak wat ape ngan laptop tu…
    Kalau stakat internet dan keje skit2… netbook dah cukup.
    Klau agak teras keras (hardcore) ko kena tengok2 la ape yang patut, antaranya processor, ram, graphic card. Pas tu tengok ape output dia support cam HDMI. Jangan lupa jangka hayat bateri. Pas tu ko kena tengok OS dan software ape dia ada. Ada yang pakai Vista, (jangan beli! buat sakit hati je!) Windows 7. Ade gak yang jual laptop kosong tak de ape2… Aku beli laptop yg pre-installed Vista. Buang, dan ganti ngan Ubuntu. Aman hidup…

  10. lepat says:

    Info dan tip yang bagus dan hebat..padat dengan informasi dan guide mudah untuk bakal pembeli…
    .-= lepat´s last blog ..[Berita IT]MukaBuku,Laman Sosial Terbaru..Malaysia Made Only =-.

  11. x-po says:

    laptop aku tak sampai setahun lg, tp bateri dah kondem dh..hmpeh tul..kalau tak xcas, just leh guna 30 minit je..hampeh sehampehnya compaq ni

  12. kulanz says:

    memang benda-benda tu semua kena perhati masa beli, jangan tpengaruh dgn jenama je.

    aku kalau beli komputer, yg penting tanya processor dia..
    .-= kulanz´s last blog ..Bila Ayam Berterima Kasih =-.

  13. azizan4444 says:

    aku beli yg biase2 je..lps tu upgrade sndri…
    .-= azizan4444´s last blog ..Red Card – Setan Junior? Isk! Isk! Isk! =-.

  14. shafiq08 says:

    thanks for the info.. rasa nk beli dell studio la..

    http://belogbagus.blogspot.com/
    .-= shafiq08´s last blog ..Gambar Bagus – Angelina Jolie Ketika Berusia 15 Tahun =-.

  15. HUck says:

    nice info..
    maybe could update more which one better eg. intel i5 better than i3 :)

  16. wow..best info neh…
    jom beli laptop

  17. blinkky says:

    Banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membeli laptop…Bagi saya, saya lebih selesa menggunakan PC =)
    .-= blinkky´s last blog ..How To Open .001 Files? =-.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.