Tips Kecantikan.
Ada sesiapa yang tidak suka akan kecantikan? Mana bisa bukan, semua orang suka akan kecantikan, sesuatu yang cantik memang akan memaut setiap insan yang memandang, kecantikan ini sangat universal persepsinya. Kecantikan pula selalu dikaitkan dengan wanita dan gadis – gadis dan bagi lelaki pula sudah tentunya istilah segak, kekacakan serta ketampanan menjadi aspek pilihan.
Aku juga tertarik dengan kecantikan, keagungan dan keindahan ciptaan tuhan, tuhan itu menjadikan wanita sangat cantik pada pandangan aku, bukan obses terhadap kecantikan tetapi cuma menyatakan pendapat peribadi aku sahaja.
Dan berdirinya aku disini pada hari ini, adalah untuk menyatakan 2 perkara untuk menambah kecantikan dan juga kekacakan setiap insan, masih anda ingat lagikah dengan ‘tag line’ ini “kecantikan adalah hak milik setiap insan”, jadi lelaki juga tak berkecuali dalam bidang kecantikan untuk menambahkan ketampanan mereka. Dan 2 perkara mengenai tips kecantikan yang hendak aku nyatakan ini adalah dalam aspek penjagaan fizikal, kalau nak tips make – up boleh rujuk kak Farenova ataupun boleh rujuk pada bakal pengantin baru kita cik aina. Sebabnya diaorang memang pakar dalam bidang ni.
Tips No. 1.
Penjagaan Hidung
Apa guna kecantikan atau kekacakan anda kalau hidung anda tidak dijaga dengan baik, tak perlu buat pembedahan plastik untuk mencantikan hidung, cuma perlu jaga sikit aja, berdasarkan apa yang telah aku lalui, ada juga insan yang tak menjaga hidungnya dengan baik, bukan apa dengan keadaan bulu hidung yang agak terkeluar sikit daripada ‘housing’ asal membuatkan aku tak dapat bertentangan muka, lantas aku di ‘cop’ sebagai jejaka pemalu, padahal aku tak sanggup melihat kelibat bulu hidung yang terkeluar, jadi apabila keadaan ini terjadi maka saham kecantikan dan kekacakan anda akan turun dengan mendadak.
Cara Pencegahan
Pastikan sebelum keluar berjumpa pasangan anda anda duduk dihadapan cermin dan ‘rikki’ apa yang terdapat didalam hidung anda, kadang – kadang terdapat juga makhluk lain seperti semut atau kerengga tanpa anda sedari, buang item – item tersebut maka kecantikan dan kehenseman anda akan di reload semula..
Tips No 2.
Penjagaan Telinga.
Telinga memang memainkan peranan yang penting, tanpa telinga daya keseimbangan badan mungkin akan goyah, jadi sudah pastinya kita perlu menjaga terlinga, selain daripada menjaga daripada mendengar perkara – perkara yang tak berfaedah,pastikan juga telinga anda tidak memiliki sarang – sarang semut yang seperti hampir – hampir hendak keluar daripada ‘baseline’. Bukan apa, bila duduk bersebelahan nanti sepatutnya cakap dengan agak romantik terpaksa cakap dengan kuat, dan pastinya kita akan bercakap menghadap kedepan tanpa menoleh kiri dan kanan kerana tak sanggup terlihat akan najis telinga itu.
Cara Pencegahan
Ambil Putik kapas, atau sesuatu yang lembut dan putar kedalam telinga anda, jangan kuat sangat kang pecah pulak gegendang telinga tu, amalan mengorek telinga ini pula tak perlu dilakukan setiap hari atas faktor kesihatan, cukuplah sekadar menjaga kebersihan diri, dan dengan ini kecantikan dan kekacakan anda dapat di upkan. Cantik bukannnnnn……
Jadi marilah kita menjaga kebersihan diri untuk menjadi lebih cantik dan hensemmmm….
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription
















One Comment to “Tips Kecantikan.”
nice blog