Simpanan Untuk Masa Depan
Sebelum ini kita ada sentuh mengenai cara – cara ingin menabung secara berjaya, sebenarnya apa yang ingin ditulis pada hari ini adalah berkait rapat dengan entri yang terdahulu, cuma kita terperincikan sedikit apa kepentingan untuk menabung dan berjaya dalam menyimpan wang. Amalan menabung sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam masyarakat kita.
Semasa kita masih kanak – kanak lagi kita telah di ajar akan kepentingan menabung, namun amalan ini mungkin berbeza dan akan berubah apabila kita meningkat dari zaman kanak – kanan, alam remaja dan seterusnya dewasa. Kadang – kadang kita perlu berhutang untuk memenuhi keperluan kehidupan dan kurang berusaha untuk menabung atau meningkatkan jumlah tabungan. Jadi keadaan ini perlu di ubah kerana tabungan dan simpanan kewangan adalah jaminan untuk masa hadapan.
Apabila kita telah dewasa dan berkerjaya ianya adalah satu platform untuk kita menambahkan jumlah tabungan tanpa perlu mengharapkan ibubapa seperti waktu kita masih kanak – kanak. Kita mampu untuk mengatur kewangan dengan cara kita sendiri. Jadi mari kita berkongsi beberapa cara untuk berjaya dalam simpanan kewangan ini :-
Sedar Betapa Pentingnya.
Apa yang perlu kita ketahui pada mula – mula sekali ialah kepentingan tabungan itu sendiri. Simpanan kewangan atau tabungan ini mampu menyelamatkan kita terutamanya jika berlaku sesuatu musibah atau bencana pada masa akan datang. Apabila kita sedar betapa pentingnya kewujudan tabungan ini pasti kita akan mula atau beringat untuk membina tabungan atau wang simpanan ini.
Skim Tabungan.
Ada bermacam skim tabungan yang boleh memberi keuntungan atau faedah kepada sesiapa yang ingin menyertainya. Contohnya amanah saham, unit trust, public mutual dan banyak lagi. Ambil nota, bertanya dan pelajari skim – skim tabungan ini sebelum kita menyertainya. Apa yang penting ianya dijamin oleh kerajaan.
Jumlah Kecil.
Apabila ingin menabung. Tak perlu bermula dengan jumlah yang besar.. sebagai permulaan buat satu simpanan dengan jumlah yang kecil setiap bulan, Seperti menyimpan sebanyak rm 50.00 setiap bulan apabila anda menerima gaji. Buat seolah – olah simpanan untuk tabungan ini seperti bil yang terpaksa anda bayar setiap bulan.
Potong Gaji.
Jika kita rasa kita tak ada disiplin untuk meyimpan wang pada setiap bulan, buat satu simpanan secara potongan gaji secara tetap. Jadi secara automatiknya duit akan disimpan didalam akaun yang dipilh. Melalui cara ini anda boleh membuat potongan secara berperingkat, misalnya potong gaji sebanyak rm 100.00 setiap bulan, apabila kewangan dah kukuh, kita boleh menambah jumlah potongan mengikut kemampuan.
Simpan Syiling
Setiap kali berbelanja kita pasti akan terima syiling untuk wang lebihan. Ianya juga satu peluang untuk anda menabung. Simpan syiling didalam tabung khas biarpun hanya 20 sen sahaja. Namun ianya pasti berbaloi jika kita menabung setiap hari. sekiranya 20 sen sehari anda simpan, selama setahun jumlah simpanan mencapai rm 73.00. Nampak kecil je sahaja bukan? tetapi sebenarnya ianya amat bermakna bila tiba masa kita memerlukannya.
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














2 Comments to “Simpanan Untuk Masa Depan”
[...] This post was mentioned on Twitter by qimie, qimie. qimie said: Simpanan Untuk Masa Depan: Sebelum ini kita ada sentuh mengenai cara – cara ingin menabung… http://goo.gl/fb/eMaEL [...]
aku menambung
tp bila dah sengkek
korek tabung
hehehehe
.-= pensel kontot´s last blog ..Kawen | Cerai | Skandal | Curang =-.