Sehari Di UPSI
Belajar di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris ), dulu memang salah.satu cita – cita aku nak belajar di sini, beberapa kali mohon, tapi tak pernah dapat jawapan atau maklum balas berjaya melanjutkan pelajaran ke UPSI. Itu dulu, sekarang aku pun dah tak kisah. Tapi hari ni aku berkampung di UPSI kampus baru berhampiran dengan Proton City. Cuaca pada masa ini hujan lebat.
Hujan yang lebat ni menggamit rasa untuk menulis blog kategori personal. Hehehe. Jarang aku paparkan kisah peribadi di blog ni. Kekangan masa kadang kadang membuat kita berhenti seketika melakukan perkara yang kita sukai. Tambahan pula ini adalah tahun kedua aku menjadi mahasistua di USM secara jarak jauh. Sungguh berat rasanya tambahan pula aku mengikuti bidang pengurusan, keluar dari bidang mechanical yang aku ikut selama ini.
Aku masih menggunakan galaxy tab hadiah dari seseorang yang aku sayangi, pada mulanya bila aku menggunakan tab ni kononnya blog akan sentiasa dikemaskini. Tapi itulah dalam sibuk menyiapkan tugasan tak sempat nak mengemaskini blog. Pernah juga rasanya sebelum ni, nak berhenti je berblog, tapi mengenangkan blog ini mempunyai nilai nilai sejarah, ku teruskan jua. Walaupun entry cedok je yang banyak. Hehehe.
Awal bulan Februari yang lalu aku pergi le Pulau Pinang untuk menghadiri kursus intensif selama 2 minggu di USM. Kursus ni wajib dihadiri bagi pelajar jarak jauh di USM. Aku pulak duduk di Asrama Tekun, memang selesa penginapan yang disediakan untuk kami, satu bilik 2 orang. Cuma bantal je takde, nasib baik dah ade bawa dari rumah. Banyaj rakan – rakan yang membantu di Minggu Intensif ni, dan sekali kami buat perjumpaan yang diaturkan oleh cik pengetua, Jen Jen Izaicun, memang sporting geng geng ni. Kemudian bantuan dari cik Fadila ismail dan juga cik Nor Aishah Sharum yang banyak membantu disertakan dengan sedikit agreement. Huhuhuhu. Tapi dengan diorang ni memang best.
Disamping tu juga ada ura – ura mengatakan minggu intensif di USM akan dimansuhkan. Tapi pada pandangan peribadi minggu intensif amat berfaedah bagi pelajar – pelajar jarak jauh macam kami, minggu ni dapat merapatkan ikatan antara kami, minggu ni juga dapat berinteraksi sepenuhnya dengan pensyarah, menyiapkan tugasan dengan ahli2 kumpulan dan macam – macam aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan bersama – sama.
Nampak gayanya hujan makin lebat di UPSI petang ni, nak tangkap gambar bateri henpon dah low, x maunya dia tangkap gambo, so sampai sinilah coretan di petang hari sambil layan lagu dalam kereta dengan suasana hujan lebat. So jumpa lagi di lain hari.
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription













No Comment to “Sehari Di UPSI”