Permainan Cinta Rm15K | QIMIE BLOG

You are here: » Permainan Cinta Rm15K

Permainan Cinta Rm15K

Permainan cinta seorang perempuan, begitulah apa yang ingin dikatakan kali ini, Umum mengetahui bukan semua perempuan itu suka mempermainkan cinta, ataupun main – main cinta. Tetapi cuma segelintir sahaja yang mempunyai sikap yang suka mempermainkan hati dan perasaan seseorang lelaki. Mereka yang  mempermainkan lelaki mungkin dengan niat ataupun secara suka – suka sahaja.

Terlalu banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki dipermainkan, godaan daripada sang wanita begitu kuat, walau hanya dengan sekuntum senyuman bisa mencairkan hati seorang lelaki yang sekeras gunung.

Begitulah kesimpulan yang boleh digarapkan daripada kesinambungan kisah RM15000 ingat artis ke?, cuba kita imbas kembali sewaktu diawal peminangan. Bukahkah gadis tadi meletakkan hantaran sebanyak  RM15000 kepada sahabat tadi supaya dapat memilikinya. Demi cinta.. Usahkan rm 15000 nyawa pun sanggup diserahkan oleh sahabat tadi.

Memang mereka dah bertunang, dan aku sendiri ada sewaktu majlis pertunangan tersebut sebagai menghormati harapan seoran teman yang ingin aku hadir  ke majlis tersebut memberi laporan terus kepadanya kerana beliau tinggal dirumah ibu saudaranya. Bayangkan perjalanan yang jauh dari perak hingga ke utara tanah air kami redahi semata – mata untuk menunaikan harapan yang disandarkan.

Alhamdulillah dari Rm 15000 jadi RM12000 tanpa banyak kata – kata , persetujuan telah temetri. Jadilah mereka pasangan yang dah bertunang, Seorang hanya kerja kampung dan seorang lagi garduan universiti yang berijazah.

Pada awal perkenalan lagi dah aku duga, dah aku katakan pada sahabat tadi, betul ke si gadis tadi inginkan beliau sepenuhnya atau hanya mahu mengambil kesempatan terhadap sahabat ini tadi, tapi apa yang dikatakan seolah – olah bagai mencurah air di daun keladi. Mungkin mabuk cinta.. maklumlah dapat gadis cantik, seksi dan juga bakal guru dari univerisiti pendidikan di tanah air ni.

Setelah habis hampir setahun segala kehidupannya ditanggung oleh sahabat ini, sehinggalah dari penginapan keluarga di hotel untuk majlis konvokesyen semuanya dibiayai oleh sahabat aku.. satu pun tak terkecuali, dari tv sehinggalah motorsikal diberikan atas dasar sayang dan cinta.

Kini si tunangan dah pun balik ke kampungnya meninggalkan sahabat ini tadi, segala barang yang diberi telah selamat dipulangkan, dan apa yang aku agakan telah menjadi kenyataan. Apabila sahabat aku ini menelefon sahaja tunangnya mula dia bercakap bukan – bukan..memaki hamun sahabat aku dan minta putus tunang. Dan atas dasar cinta itu tadi beliau telah pergi ke rumah tunangannya.

Sambutan agak baik diterima, tetapi bila bertanya mengenai soal hati , mulalah tunangan marah – marah, kalau boleh nak putus tetapi jangan diberitahu kepada ayah dan ibunya. Oh ye!.. Sebelum itu  abang kepada gadis itu menyatakan adiknya kena buatan orang supaya membenci tunangnya..  Tetapi yang agak mengejutkan kenapa ibu dan ayah tunangnya tadi tidak mengetahui akan hal itu..  Kalau betul kena buatan orang bukankah perkara tersebut satu perkara yang besar. Takkan diabaikan pula ibu dan ayah.

Tetapi apa yang menyedihkan apabila tunangnya memaki hamun sahabat ini tadi didepan ibubapa.. macam – macam kata – kata makian dilemparkan.. ” aku berlakon je dulu, sekarang aku dah tak larat lagi nak berlakon”.. begitulah kata – katanya.. terkejut sibapa mendengarnya… dan lagi.. ” aku memang dah tak nak, nak berubat apa pulak, aku bukanya sakit, aku rasa takde kena buat – buat ni, aku dah takde hati kat dia”.. begitulah kata – kata yang diceritakan semula oleh sahabat aku tadi.

Memang pada awalnya aku dah agak dah.. memang perempuan ni pandai berlakon, sahabat aku ni duduk dalam dunia yang asing baginya benda – benda menipu ni, berbeza pengalaman sahabat dan aku, tapi bila aku cakap tak mau dengar…

Tapi bagi teman aku “memang dia menganggap gadis tadi memang terkena buatan orang agar membenci dirinya, tapi bagi aku semuanya dah aku agak sejak diawal pertemuan sehinggalah semua barang – barang yang diberi dipulang semula dan tunangnya balik ke kampung dan tak ingin bekerja disini.. semuanya keluar satu -satu.. macam dalam skrip..

Aku harap pada sahabat aku, kau tau apa yang kau buat sekarang…. aku tak terdaya lagi nak menolong.. apa yang boleh aku bantu hanya doa agar berjaya menempuh dugaan ini..

p/s:- nasib baik kalu belum jual tanah kau tu…

Posted by 12 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

12 Comments to “Permainan Cinta Rm15K”

  1. [...] kita mendengar mengenai wang hantaran perkahwinan, ada yang sampai rm 10’000. rm 15 ’000 dan beribu – ribu lagi. Bagi yang [...]

  2. [...] Memey.. nanti duit hantaran minta cash ye.. ! Nampak gayanya member aku lagi best.. rm 15k hantaran… bukan artis cuma lepasan salah satu universiti tempatan.. hebat orang – orang sekarang [...]

  3. lija says:

    hmmmm…npe la ade mnusia cm nie….

  4. zulkbo says:

    salam..
    ha ha..takut ke?
    baca surah dulu sebelum tido
    .-= zulkbo´s last blog ..Dulu Pandang Ke Timur (Jepun)..Sekarang Baik Jangan.. =-.

  5. dL says:

    hmm..macam2..tak sangka tol de orang camneh..
    .-= dL´s last blog ..Curi Tag Part III =-.

    • adikqimie says:

      betul tu.. macam – macam orang yang ada.. harap – harap kita tak tergolong dalam orang yang bersifat macamni..

  6. dex says:

    tragiss betul kisah ni-menaraik la wk ;D
    .-= dex´s last blog ..BEREBUT KAMERA VIDEO DENGAN SOTONG YANG TERLAMPAU DI DASAR LAUT WELLINGTON! =-.

  7. alinotnot says:

    ade jgk org mcm tu kan. haishh. buat malu kaum hawa je.

  8. cinta itu buta…

    atau

    orang yang dibutakan kerana cinta?
    .-= cik gadis maneh´s last blog ..MULUT MACAM LONGKANG???? =-.

Leave your comment here:

Apr
21
2010
 
Facebook
Online