Peluang Yang Datang!!

Kadang – kala tapi kita sedari, kita terlepas sesuatu yang dah hampir sangat dengan kita, sesuatu yang berharga mungkin tidak boleh ditukar ganti. Sepatutnya apabila telah sampai dan terdapat peluang keemasan apa yang perlu dilakukan hanya menerima peluang tersebut dan melakukan sebaik mungkin.

Tetapi apa yang terjadi selalunya peluang yang datang tiba – tiba terlepas begitu sahaja, dan bila dah diketahui yang kita tidak berpeluang lagi, baru kita tersedar seolah – olah selama ini kita sedang dilamun dan dibuai mimpi yang enak. Selalunya bila sampai dalam keadaan ini usaha untuk mendapatkan semula peluang semakin tipis.

Peluang yang datang dalam hidup ini datang dalam bentuk yang pelbagai, ada peluang yang datang dalam bentuk kerjaya, perniagaan, rumahtangga dan tidak terlepas juga peluang yang datang dalam kisah cinta seseorang. Sekiranya di amati dalam perjalanan hidup kita seharian peluang itu tak pernah luput setiap  hari, yang berbeza cara penerimaan kita terhadap peluang yang disajikan.

Jika difikirkan dengan mendalam, selagi kita bernafas, selagi itulah peluang diberikan pada kita, peluang untuk menikmati hidup selagi di izinkan oleh yang Maha Esa. Jika difikir secara ringkas selagi kita masih mampu untuk mengalas perut itupun boleh dinamakan peluang, peluang untuk menikmati dunia. Sudah pasti ada peluang yang datang dalam hidup tanpa kita sedari.

Umpama hidup yang di ibaratkan seperti roda, sesekali di atas, sesekali dibawah, ibarat bumi yang mempunyai empat musim, musim panas, musim luruh, musim bunga dan musim sejuk. Jadi kitaran hidup kita pun kadangkala seperti iklim cuaca 4 musim ini. ada waktu kita terpaksa bersusah payah, berfikir sebentar, mencapai kejayaan dan seterusnya menikmati kehidupan.

Sekiranya terdapat peluang , tak kira bagaimana ia datang cuba fikirkan bagaimana untuk merealisasikan peluang tersebut menjadi kenyataan, rebut peluang yang  untuk kejayaan akan datang, benar bagai dikata oleh punjangga, bersakit – sakit dahulu, bersenang – senang kemudian. Hanya kita yang mampu untuk merubah hidup kita.

Filed Under: Personal

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. zik says:

    peluang yang ada jangan disia2kan… cepat2 sambar..
    .-= zik´s last blog ..Malaysia kecundang, gagal mara ke peringkat akhir piala thomas 2010 Malaysia VS China =-.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.