Mcflurry Oreo | QIMIE BLOG

You are here: » Mcflurry Oreo

Mcflurry Oreo

Pernah makan mcflurry? Tak pernah? pada sesiapa yang tak pernah makan mcflurry tu, sila – silalah berkunjung ke mcdonald ye.. Mcflurry ni ada macam – macam.. ada yang mcflurry cornetto, mcflurry oreo dan strawberry..

Dan apa yang paling aku suka ialah oreo.. emm sedap.. Jadi sesiapa yang teringin nak makan mc flurry tu.. sila – silalah menjenguk ke McDonald ye..Sekarang dah mudah nak beli.. terdapat juga Mcdonald yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu.. Dulu aku sebut pandu laju.. Sebabnya aku tak baca betul – betul.. orang rumah aku ada tegur.. tapi aku buat endah tak endah je.. “kenapa abang selalu sebut pandu laju?” “betulahtu” aku balas pada dia.. rupa2nya pandu lalu.. hehehe.. sorry yang…

Dah macam iklan le pulak.. sebenarnya siang tadi,, aku pergi ke Giant Teluk Intan.. dekat bawah tu ada le jual Mcflurry ni.. jadi aku pun belilah satu.. Mcflurry oreo gitu.. Boleh tahan juga awek yang jaga conter ni.. dia pulak sengsorang je.. sebagai seorang lelaki budiman, akupun membuat cubaan mengangkat kening.. menegur dengan cara berhemah.. ‘wink”wink’ ( sound effect bunyi angkat kening). Dia pun membalas dengan senyuman yang manis.. tapi bukan lah bererti yang aku cuba nak mengorat dia.. takkk.. aku cuma nak beli mc flurry je..

Dah dapat je mecflurry tu aku pun kacau – kacau.. tiba – tiba fikiran aku mengimbau kenangan lalu.. emmm bila agaknya kali pertama aku makan , mc flurry ni ye… oooo.. lama dah.. 7 tahun dah rasanya benda ni berlalu.. masa dulu aku mana pandai benda – benda ni semua.. tak taupun…

Masa tu aku nak tengok wayang di Midvalley.. tengah dok tunggu tu kawan aku yang aku ceritakan dulu. Dialah insan yang pertama bagi aku makan mcflurry ni.. masa tu aku datang kl nak interview kerja. Bagus kawan aku ni.. sampai kerja pun dicarikanya.. tapi selepas aku kahwin terus tak dapat contact dah.. emmm..

Aku pun tersenyum sendirian.. sedar tak sedar masa dah berlalu pantas.. kalau tak rebut peluang pasti akan ketinggalan.. masa cepat sangat berlalunya. Banyak benda yang mengajar untuk menambah pengalaman dalam kehidupan.. tu baru makan mcflurry je fikiran aku dah jauh melayang…

Akupun cepat – cepat pergi dari giant.. karang macam – macam barang rumah beli.. macam2 pulak yang kenangan yang timbul. Setelah keluar dari Giant aku pun menuju tempat parking kereta..

“bip”bip” bunyi kereta terbuka kuncinya setelah aku tekan ‘remote’.. aku pun buka pintu belakang.. masukan barang.. kemudian buka pintu kereta depan pula.. duduk kat driver seat, Tiba – tiba aku pun start enjin..

selepas itu pedal klac aku tekan, masuk gear.. sampai umah buka pintu rumah.. pasang tv.. duduk atas sofa capai balik mcflurry tadi.. makan.. hehehe.. sehari bersama mcflurry…

p/s: korang pun ada kenangan tak dengan benda2 macam ni?

Posted by 2 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

2 Comments to “Mcflurry Oreo”

  1. iya says:

    ada kengan makan pizza masa tu umur 17 thn pg rmh kakak di kl n kali pertama dia belanja aku makan pizza.klu tak makan piza buatan mak sndiri laa lempeng cicah kuah kari uik sdp gak tu

Leave your comment here:

Jan
24
2010
 
Facebook
Online