Ibu, Gadis dan Aku..

Photobucket

“Saya tidak mahu Ibu, biarlah saya mencari pilihan hati saya sendiri, saya boleh mencari bakal menantu untuk ibu, ibu jangan risau sampai masanya nanti saya akan bawakan ibu pilihan hati saya”

Masih terngiang – ngiang lagi ditelinganya kata – kata yang dilemparkanya kepada ibunya 3 bulan lepas, kini tempoh 3 bulan yang diberikan oleh ibunya untuk mencari bakal isteri telah tamat, Walaupun mempunyai ramai kawan – kawan daripada gadis – gadis yang menawan tapi satu pun tidak dapat memikat hatinya untuk memperisterikan mereka.

“kamu baliklah kekampung, ibu ada calon yang sesuai untuk kamu, kamu berkenalan dengannya dulu” pujuk ibu menyuruh pulang kampung, ibu memberitahu sigadis tersebut anak rakannya.. orang kampung sebelah, tapi.. entahlah berat hati untuk mengikut kata – kata ibu, mungkin juga belum sampai seru untuk berumah tangga..

Aku melangkah longlai menuju kekereta, minggu ini aku harus balik, bukan bertujuan untuk berjumpa dengan gadis pilihan ibu, tapi balik atas ada urusan tertentu, dimana ayah saudara ku mengalami implikasi jantung dan diletakkan dalam unit rawatan rapi.

Aku tidak menuju kerumah, dari kota metropolitan ke kampung hanya mengambil masa 4 jam, oleh kerana ibu berada di hospital melawat Pak Ngah aku terus sahaja ke Hospital. Sampainya aku di Wad.. ramai saudara mara turut melawat Pak Ngah.

Setelah hampir sejam di hospital, bertanya khabar, bertemu sanak saudara, ibu mengajak aku pulang, aku pun memang agak keletihan.. bersetuju dengan ibu.. kami pulang bersama, sebelum ini ibu menumpang salah seorang saudara untuk ke hospital..

Masuk sahaja ke dalam kereta, tiba – tiba ibu tersenyum memandang aku.. timbul persoalan di hati, “seperti ada muslihat sahaja ibuku ini”.. memang betul tekaan aku, ibu mengajak aku kerumah kawannya..

“ahh.. sudah.. tentu ibu ingin memperkenalkan gadis pilihannya,” oleh kerana jalan untuk menuju kerumah aku melalui kawasan rumah kawan ibu.. aku tiada pilihan melainkan menuruti arahan ibu.. cuak juga rasanya..

“assalamualaikum”.. ibu memberi salam.. salam dijawap kelihatan seorang makcik yang lebih kurang sebaya dengan ibu berada di depan pintu, mempersilakan masuk..

Kini aku duduk bersama ibu diruang tamu, ibu memperkenalkan aku dengan makcik tersebut.. ” inilah anak saya”… aku tersenyum simpul.. perasaan bercampur baur.. setelah duduk seketika makcik tu pun bangun.. ingin membuat air katanya..

Tanpa segan silu sebelum makcik tersebut ke dapur , ibu bertanya.. ” mana anaknya?”.. ” oh!.. Hajar ada.. sedang mandi”.. kata makcik tersebut, nampak sangat ibu aku datang dengan cara mengejut.. tanpa dirancang.. mengambil kesempatan atas kepulangan aku kali ini..

Aku mencuit ibu..” apa ibu ni?” bisik aku.. ibu tersenyum.. buat dek je dengan keletah aku…

Kelihatan seorang anak gadis.. em.. tak dinafikan.. agak cantik juga.. baru selesai mandi.. aku memandang gadis tersebut, kelihatan gadis tersebut berjalan agak laju.. mungkin malu.. ingin menuju ke bilik.. ibu tak perasan kehadiran gadis tersebut..

Tiba – tiba kelihatan sesuatu jatuh daripada tangan gadis tersebut, secara spontan mataku mengikuti objek tersebut.. rupanya – rupanya yang terjatuh adalah ‘sotong  keringnya’ dan aku terus memandang gadis tersebut.. Senyum… Gadis tersebut cepat – cepat mengambil barangnya tadi, mukanya merah menahan malu.. dan aku memandang sigadis dengan senyuman

Gadis tersebut terus masuk ke bilik.. ooo itu gadisnya..  aku masih tersenyum.. kini aku dan gadis telah berkahwin..  bahagia bersama.. sesekali terkenang.. masih mampu membuat aku tersenyum…

terima kasih ibu… Jangan derhaka!.. syurga itu terletak di telapak kaki ibu… :)

Nota suam – suam kuku – cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.. kuangkuangkuang!

Filed Under: Personal

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. zihnun fatin says:

    watak utama adlh Qimie ke?heheheh

  2. zura says:

    ingatkan watak utama tu Qimie..keh3..

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.