Hipokritkah Aku? | QIMIE BLOG

You are here: » Hipokritkah Aku?

Hipokritkah Aku?

Persoalan yang sering bermain di hati aku, hipokritkah aku?!, mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke empat hipokrit bermaksud (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya.

Begitulah hipokrit yang berasal dari bahasa inggeris kemudian di Melayukan dan rujuknya muka atau bermuka – muka. Kenapa aku bercerita mengenai hipokrit secara tiba – tiba? Ini adalah mengenai aku, diri aku, siapa aku yang sebenarnya.. hanya seorang anak Tan Sri.. :) (tipu je).

Dulu aku seorang perokok yang tegar, aku selalu merokok.. waktu kerja lagi best hisap rokok.. istilahnya adalah ‘putus berhubung’.. habis sebatang hisap sebatang, walaupun pihak syarikat mengenakan tindakan tatatertip yang kuat pada perokok, tapi tak pernah peduli.. janji dapat hisap rokok.. otai le katakan.. karang bos cakap lebih.. kerja tak jalan.. customer beratur panjang masuk, surat khabar, report pada menteri tak ikut piagam.. lambat.. sudahnya dengan bos – bos hisap rokok.. senang..

Kemudian aku ingin berkahwin, selepas bertemu dengan gadis pilihan aku ingin melamarnya menjadi permaisuri hati. Sebelum itu bakal isteri aku bertanya.. “awak ni hisap rokok ke?” dengan selamba aku jawap “of course le”.. “tapi sekarang dah kurang.. dah nak berenti pun”.. pembohongan pertama yang aku lakukan.. walaubagaimanapun sebenarnya niat dihati memang nak berenti.. sekali pun aku tak pernah hisap rokok depan bakal isteri aku..

Sekarang dah 4 tahun aku kahwin, aku masih lagi merokok, tak de dunhill , suria pun jadi.. tapi tak pernah aku hisap rokok depan isteri dan anak – anak, bukan aku menipu dan bukan aku takut, tapi aku hormatkan isteri dan sayang pada anak -anak. Bayangkan bila memandu jauh,.. tak dapat hisap rokok.. pergh…

Sekarang dalam bulan Ramadan yang mulia ni, sekali pun aku tak pernah merokok, mungkin aku harus mengambil kesempatan ini untuk terus berhenti merokok agaknya.. aku pun dah malas nak berpura – pura lagi depan isteri.. isteri yang percaya sepenuh pada suaminya.. aku tak mahu hipokrit lagi.. adakah aku hipokrit sebenarnya?!…..

p/s: merokok merbahayakan kesihatan… jom pakat berenti merokok semua…

Posted by 19 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

19 Comments to “Hipokritkah Aku?”

  1. ard says:

    pergh…. sian… tp aku x merokok pon. hehehh :[

  2. 'aqilah says:

    untuk kebaikkan ok je…berhenti lagi better :)

  3. king ekyn says:

    salam.

    bro…jgn smpai rahsia pecah d tgn istri yg pecaye sgt2 kat bro..

    p/s : bgus entry ni..so pasni gurl! hati2 kalw bf or calon suami kate nk stop rokok….cegah je dr awal…better die ngaku die rokok..bkn nk mkan pon.HOHO

  4. zulkbo says:

    السلام عليكم
    bertandang lagi..
    moga sihat selalu orang
    di sini..carilah keberkatan
    10 malam terakhir..Insyaallah
    Baraka Allahu Lakuma..

  5. etomyam says:

    kalau ada niat untuk berhenti rokok tu elok dipercepatkan :D

  6. kulanz says:

    sepanjang bulan puasa tak merokok maknanya dah ada kekuatan dalaman.. bagus juga berhenti time ni..

  7. x-po says:

    aku sama dgn ko bro..dulu dgn ex aku, aku selalu ckp dgn dia yg aku dah berhenti, padahal hakikatnya tak berhenti pun..bukan niat nak menipu, tapi terpaksa..huhu kalau kuar dating, dalam satu hari tu memang tak isap langsung..pergghh tak senang duduk dibuatnya..tp skrg dh single, so leh isap rokok tanpa sebarang gangguan lagi hehe

  8. gnesop.com says:

    bukan perokok mungkin tidak paham keadaan perokok..
    benti lah, busuk lah..
    ttp hanya perokok sahaja yg tahu sukarnya hendak benti merokok..
    oleh itu, pencegahan sebelum merokok adalah penting..
    tabik kepada yg berjaya..
    aku bila tah? huhuhuhu

    • qimie says:

      jom cuba sama – sama bro… untuk adik2 tu..kalau boleh janganlah merokok.. kalau tak susah juga nak berenti.. tambahan pula kalau tengok member berasap je kat sebelah…huuu

  9. Rama2Ungu says:

    salam.sebaiknya berhenti la..mmg tak nmpak lagi kesan jangka pendek, tapi jangka panjang banyk keburukan dari kebaika,

    PS: Tak suka org merokok..lagi2 merokok dpn kita..secondary smoker pun boleh kene effect worst dari primer..
    ingatlah org tersayang:P ngeeeee

Leave your comment here:

Aug
31
2010
 
Facebook
Online