Hari Raya Aidilfitri 2010
Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam Rabu.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” katanya.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara .
Hari Raya Aidilfitri bagi hari tahun 2010 telah pun ditetapkan pada hari jumaat, nampak gayanya tak jadilah raya pada hari Khamis, tapi masa tengok berita tadi ada pula yang dah sambut hari raya pada hari ini..
Jadi esok hari khamis kita masih berpuasa, mengikut perancangan, malam ni abang ipar akan menyembelih 2 ekor lembu untuk jualan di kampung, bagi sesiapa yang nak pergi Teluk Intan melalui sungai lampam dan Sg. Manik boleh le singgah untuk membeli daging di sana..
Tadi aku pergi dataran dalam pukul 10.30 malam, dataran Teluk Intan.. nak lihat – lihat apa yang ada jual disana.. dengan mendukung anak aku masuk le tempat tu… mak aiii!… ramainya umat… sesak nafas aku dibuatnya.. aku cuma beli sampin untuk dipadankan dengan baju melayu cekak musang berwarna hijau.. hijau pucuk pisang!..
Dah beli Sampin orang rumah aku nak tengok baju.. nak buat tambahan.. gitule orang perempuan ye.. tapi takpe.. tak kisah.. maklumlah tahun ni aku suruh orang rumah aku buat putu jawa atau sesetengah orang panggil sagon.. Musim perayaan ni memang meniaga kuih – kuih agak mendatangkan keseronokan.
Esok last day sebelum raya, jadi bagi sesiapa yang masih ingin mendapatkan kuih bangkit @ kuih bakar.. moh singgah kedai teman dulu.. kat simpang 3 kunci air 12 langkap,.. kuih bangkit mak andak gitu.. bukan ape.. takut tak sempat… idak ke naye gitu.. jadi moh kita ramei – ramei nyinggah ye!..
Untuk makluman pelanggan – pelanggan yang setia tak kira dimana jua anda berada… dodol dah habis, bahulu tengok permintaan esok macamana, putu kacang yang berharga 20 ringgit sebalang dah habis, putu jawa ( Limited ) pun dah habis.. Kuih bangkit kelapa, kuih bangkit santan, kuih bangkit kacang hijau (exclusive) masih ada lagi… tapi jangan lambat sangat ye,,, takut yang ini pun habis juga… tak lupa kek lapis serawak.. ( betul ke ni?) kakak teman baru bawak.. satu sama dengan rm 22.00 je… limited gak ni.. ada 18 je… siapa cepat dia dapat..
Akhir kata dari teman… teman ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada Semua rakan – rakan dunia maya, kawan – kawan semua, pelanggan – pelanggan yang dihormati, bekas – bekas kekasih yang masih mendambakan lelaki ini, bekas – bekas rakan sepejuangan di PUSPAKOM SDN BHD, Pegawai – pegawai polis di IPD barat Daya Pulau Pinang, Pegawai – Pegawai Polis Di IPD Timur Laut, Rakan – Rakan JPJ di Batu Uban, Rakan – Rakan JPJ di Unit Kejuruteraan Automotive Putrajaya, Pensyarah – pensyarah dan rakan – rakan di USM, Pemandu – pemandu dan Pomen bas UPSI yang selalu hantar bas untuk test, Bekas CEO PUSPAKOM, Bekas BOS PUSPAKOM Teluk Kumbar, Bekas Pegawai Unit Inforcement Puspakom, Awek – Awek Upsi yang pernah bertakhta di hati, awek – awek UUM yang makan hati, budak kolej kejururawatan cuba mencuri hati ini, Pegawai Maybank Balik Pulau, Anak Bapak yang tolong repair kereta, Halfcut yang bagi beli sepasang side mirror evo3 dengan harga Rm 50 jer, Kedai ketuk yang repair bumbung kereta sampai air pun boleh masuk ikut celah – celah cermin kereta, Perodua Penang, Honda Penang, Proton Penang, kedai – kedai used car, Orix rent a car, Kasina rent a car, pramugari – pramugari Mas dan Air Asia….. Zero 4 dan ramai lagi.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!…
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














2 Comments to “Hari Raya Aidilfitri 2010”
selamat ari rayer bro
selamat hari raya
jawa.totok.di.bumi.kiwi