Demi Kerana GiGi
Sebelum ni mengalami masalah gigi. Dari sehari ke sehari memang terasa nek berjumpa dengan doktor gigi, apatah lagi dah tedapat rasa ngilu – ngilu pada gigi. Dan semalam tibalah saat dan ketikanya. Bertemu dengan si doktor gigi.
Sebelum ni kalau jumpa doktor gigi memang semata – semata kerana nak cabut gigi sahaja, biasalah sakit gigi, bila sakit sangat baru terasa seperti nak sangat bertemu dengan doktor gigi, cuba kalau dah hilang rasa sakitnya. Buat tak tau je masalah gigi tersebut. Memang aku akui sebelum ini aku ada masalah gigi dan juga masalah dengan doktor gigi.
Dulu pernah aku pergi ke klinik gigi yang bukan swasta. Masa tu memang nak cabut gigi, Doktor yang melayan ragam aku masa tu doktor perempuan, dah siap bius semua bila tiba masa nak cabut gigi tersebut.. tak terdaya doktor tersebut nak mencabut gigi yang sebatang tu. Sudahnya kena marah pula, sebab biarkan gigi tersebut dah nak pecah baru hendak dicabut. Lantas dihancurkan sahaja tinggalah apa yang orang katakan tunggul gigi.
Masalah gigi yang aku hadapi ni tak lah sebesar mana, apa yang aku fikirkan keadaan 2 batang gigi aku dihadapan yang hampir – hampir rongak. Dah tentulah bagi seorang yang mementingkan penampilan, perkara ini menjadi sedikit igauan. Lagipun sebagai seorang yang terlibat dalam industri pemprosesan makanan penampilan adalah perkara yang agak penting.
Bila tiba masanya, temujanji yang ditetapkan iaitu pada hari semalam, dengan langkah yang agak bersemangat menuju ke klinik gigi yang baru dibuka di dalam bandar, oleh kerana telah membuat temujanji jadi masa untuk menunggu tidak lama, sekejap sahaja. Menjeling juga orang – orang yang telah datang awal. Minta maaflah ye..
Sekali Doktor gigi memeriksa keadaan kerosakan gigi yang di alami, Oh! banyak juga yang perlu diperbaiki, Ada tujuh lubang, dua dihadapan perlu diperbaiki secara menyeluruh, dua lagi gigi geraham perlu diperbaiki, satu gigi hadapan perlu diberi rawatan akar, tiga pin perlu dimasukan untuk menyokong pembinaan gigi baru .. Banyak juga kerosakan gigi yang dialami, Nak kata gigi tak dijaga tak juga, mungkin faktor kurangnya kalsium. Tapi kalau mengikut sejarah bonda tercinta gigi beliau rosak teruk ketika berusia 20′an. Muda muda dah pakai gigi palsu. Mungkin juga ada faktor genetik sikit menyumbang kepada masalah gigi ni.
Masa yang diambil oleh doktor gigi tersebut yang memberikan rawatan adalah lebih kurang dari pukul 10.30a.m sampai pukul 3.00 pm. Lama betul. Dengan doktor – doktor dan jururawat beliau tak makan dan tak rehat sebab melayan pelanggan ni. Layanan memang kelas A, dengan cermin mata, headphone, telivesyen semua disediakan di klinik tersebut. Oleh kerana perlu baring jadi mendengar lagu adalah pilihan. Doktor pun memulakan rawata..
Faham- faham sajalah, apabila mesin gerudi mengenai gigi, mak aii… mengilu rasanya.. huuu tu yang tak tahan kalau jumpa doktor gigi ni, untuk gigi hadapan bius telah diberikan, jadi apabila doktor mencuci dan membelah gigi tersebut kurang rasanya. Dalam tempoh rawatan beberapa kali tertidur.. Lama.. baring pulak tu.
Tampalan pula dilakukan jenis crown., membentuk gigi seolah – olah gigi sebenar. Jam 3.00 ptg bila siap semuanya perut pun terasa lapar, cuma doktor menasihatkan agar tidak memakan makanan yang keras – keras. Apabila semua sudah berpuas hati maka perlulah dijelaskan segala pembayaran.
Rupanya rawatan gigi ni amat mahal, boleh tahan.. hampir – hampir sebulan gaji ditelannya.. tak sangka pula, bajet – bajet sekitar rm500 kebawah.. demi mengembalikan sebuah senyuman idaman isteri aku sanggup berhabis bagai..
Sebagai pengajarannya, kalau taknak berbelanja banyak.. sayangilah gigi anda, jaga gigi elok – elok.. kerana mendapatkan rawatan gigi di klinik bukan kerajaan amatlah mahal….
Senyum Seindah Suria!
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription















7 Comments to “Demi Kerana GiGi”
rawatan gigi memang mahal
anak2 dah biasa ke klinik gigi
tapi masa mak2 dok membebel je dia org jaga
tak kan tiap mlm nk membebel
aduhaiii
.-= Kujie´s last blog ..Cara Menulis Komen Di Kujie2.com =-.
betul tu.. mahal untuk rawatan gigi ni.. jadi sebelum gigi rosak , lebih baik dijaga dulu, anak – anak pun dah dilatih menggosok gigi dari sekarang.. manakan sama gigi yang dibuat dengan yang asli..
pehh mahal gak belanja tu,camtu aku pun nak jumpa doktor gigi gak la
.-= wazy´s last blog ..Helmet Bergaya Untuk Penunggang Motor =-.
memang mahal bro.. yang penting sayangi gigi…
maksudnye lebih 500…fuhh hee..yeah, thanks
betul tu..
[...] This post was mentioned on Twitter by qimie, qimie. qimie said: Demi Kerana GiGi: Sebelum ni mengalami masalah gigi. Dari sehari ke sehari memang terasa nek… http://goo.gl/fb/miqKw [...]