Dalam Hati Ada Taman Ke?
Dalam hati ada taman? Inilah tag line yang biasa disebut oleh sesetengah orang setelah menonton filem Adnan Sempit, tetapi apa yang ingin aku kongsikan bersama ini takde kena mengena dengan cerita Adnan Sempit, tapi lebih lagi, lebih lagi melangkaui pemikiran batasan norma kehidupan seorang manusia.
Peristiwa ini terjadi semalam, Aku yang tidak tahu apa – apa tentang peritiwa ini dikejutkan oleh Ibu yang sedang menanti menuggu ketibaan aku,. Berita yang tak seberapa enak telah disampaikan kepada aku, mengenai jiran. Jiran yang berkedudukan di sebelah belakang rumah sahaja.
Isteri jiran aku menceritakan pada ibu aku tentang keadaan suaminya yang tidak pulang dari rumah sejak malam semalam atas urusan yang tidak diketahui. Pesannya pada si isteri kalau dia tidak pulang ke rumah pada malam itu, jagalah anak – anak dengan baik. Isteri mana yang tak risau apabila si suami meninggalkan isteri dengan pesanan yang agak menakutkan.
Si suami.. siapa yang tak kenal.. rata – rata orang kampung mengenalinya dengan tingkah laku yang agresif, samseng dan mungkin juga ada menganggotai kumpulan kongsi gelap.. tak siapa yang tahu.. Pantang ada yang membuat hal dan silap.. mesti ada yang menjamah barang seliang dua penampar. Bergaduh dah menjadi habit.. Sembang tak pernah saja kalah.. kalau kalah dah pasti ada yang makan penumbuk percuma beralaskan telur sebiji di dahi.
Oleh kerana hal – hal yang demikian maka amatlah risau si isteri tadi akan keadaan suaminya, mengikut rekod yang ada tadi, sisuami tidaklah mempunyai sebarang kecemerlangan selain daripada kesamsengan beliau. Mengadulah beliau pada ibu aku, ibu aku lagak seorang pakar kaunseling menenang dan bertindak agar si isteri tidak hilang arah.. risau akan keadaan suaminya yang tidak pulang pada malam itu.
Terlupa pula, suaminya memiliki dua isteri, jadi yang mengadu adalah isteri pertama, jadi akulah yang terpaksa menjadi mangsa telefon sana sini bertanya kalau – kalau nampak kelibat sisuami itu tadi. Habis segala orang yang aku kenal aku telefon.. tapi seorang pun tak tau kemana hilangnya suami jiran aku tadi. Last – last aku katakan pada ibu aku supaya menelefon isteri ke dua beliau.
Lalu ibu aku dengan selamba telefon.. ooo barulah aku tahu kisah sebenarnya, rupa – rupanya sisuami ada masalah dengan isteri keduanya. Si suami kononya hendak membunuh diri kalau isteri kedua masih marahkan dia.. Apalagi selepas Ibu aku meletakkan telefon berbakul sumpah seranah. ‘ Adake patut nak tinggalkan anak dan isteri sampai sanggup kononnya membunuh diri kerana isteri kedua, langsung tak ingat pada isteri pertama’
Akupun mengundurkan diri.. sambil menggelengkan kepala.. ” macam – macam hal dalam dunia ni” pergi begitu sahaja.. malas aku nak layan cerita – cerita macam ni…
p/s: Aku sayang isteri aku..
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription















6 Comments to “Dalam Hati Ada Taman Ke?”
moral of the story….wlupn muka tuh ganas la mcmne pn skali
bila bab pomp;uan hausssss!!!!!………
penuh dgn bunga ros,bunga matahari mcm2 bunga la….
at last bunga taik ayam…….hahaha
[...] This post was mentioned on Twitter by norazhari. norazhari said: Dalam Hati Ada Taman Ke?: google Dalam hati ada taman? Inilah tag line yang biasa disebut… http://goo.gl/fb/FRGzX [...]
macam org takde iman..boleh pula nk bunuh diri..macam2 la skrg…huhuhu
.-= zihnun fatin´s last blog ..Tugas Seorang Guru Amat Mencabar..Marah-Marah Sayang =-.
tu la, nak sangat kawen smpi 2. haishh. mintak jauh la benda2 mcm ni =.=”
aduhai..ingat kan ape lah…ntah hape2 punya laki, dunia..dunia..huhuhu!
.-= ieda´s last blog ..TUTORIAL : REPLY TO COMMENT =-.
[...] This post was mentioned on Twitter by norazhari, norazhari. norazhari said: Dalam Hati Ada Taman Ke?: google Dalam hati ada taman? Inilah tag line yang biasa disebut… http://goo.gl/fb/g6clv [...]