Cinta Tak Semestinya Bersatu!.
Masih terngiang – ngiang lagi kata – kata tunang Samad dalam kisah yang diperdengarkan baru – baru ini oleh brother Love. Semuanya Soal duit.. ada duit abang sayang..tak ada duit abang melayang.. betulke macam tu? Cinta, perlukah cinta itu disusuli dengan wang ringgit?! Apa pentingnya duit dalam bercinta?!
Memang banyak persoalan yang bila melibatkan soal wang ringgit ni.. biasalah cinta sahaja tak semestinya bersatu, kalau mengharap semata – mata kerana cinta tanpa usaha.. memang tak kemana.. bayangkan kalau saya mencintai seseorang gadis dan ingin menjadikan penyeri hidup, saya seharusnya berusaha untuk menambahkan pendapatan supaya berjaya memiliki si gadis idaman.
Cinta tanpa wang ringgit ibarat highway tanpa toll gate.. tanpa susur keluar .. tak ada perhentian , tak ada noktah.. tak lalu asyik bercinta sahaja.. sekurang – kurangnya cinta perlu ada matlamat, dan biasanya matlamat dalam percintaan ini adalah perkahwinan dan rumahtangga yang bahagia. Jadi kalau duit atau wang ringgit dipisahkan dengan cinta, pincanglah irama.. bukan materealistik tapi bersikap realistik.
Cukupkah perkahwinan hanya berlandaskan cinta semata – mata.. bayangkan bercinta selama sepuluh tahun, tak sama keadaannya dengan berkahwin selama dua minggu.. sepuluh tahun tempoh bercinta tak menjamin kebahagiaan sepanjang hayat. Bukan apa.. kehidupan selama bercinta hanya untuk mengenal pasangan masing – masing, tapi bila dah berkahwin semua jelas di depan mata.. sebenar – benar proses mengenal hati dan budi adalah selepas berkahwin. Bercinta sudah lama belum pasti dapat mengenal pekerti masing – masing.
Bayangkan dalam perkahwinan yang berlandaskan cinta tapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk keluarga, bagaimana bila tiba waktu isteri mengandung, seterusnya melahirkan anak semuanya memerlukan perbelanjaan. Tambahan pula dalam dunia yang serba mencabar sekarang ini. Jadi Bagi mereka yang ingin berkahwin, menjadi ketua keluarga, apa kata kukuhkan dulu kewangan kita, stabilkan ekonomi agar kita dapat membahagia isteri kita.
Sekiranya cinta sahaja.. tapi takde duit macamana nak kahwin bro!.. takde duit cinta tak semestinya bersatu. Duit bukan untuk beli cinta.. tapi duit perlu untuk menjamin cinta… cintailah duit anda.. berbelanja dengan jimat.. amalkan sikap suka menabung.. peace!..
Filed Under: Personal











Sy da bkahwin Dan mgandung dua bulan, perkahwinan kmi mmg berlandaskan cinta.. Ntah Tibe-tibe di awal perkahwinan dia da brubah hati Dan ingin menceraikan sy slepas bersalin nanti Dan kahwin wanita yg baru dia kenal..ya Allah tuhan je tahu tergurisnya hati sy.. Sy mengandung anak pertama Tempoh perkahwinan pun tak sampai setahun..sbg isteri sy terpsksa diam Dan terima takdir.
Nak kawin tp duit tak ada??
Kat sini ader panduan bagaimana anda boleh mencari & mengumpul wang untuk perkahwinan anda dengan mudah dan lancar
http://tinyurl.com/3wff328
bercinta hanya satu keseronokan..perkahwinan yg sah adalah ibadah…:)
betul tu..
duit+tak ada=sadis dipagi raye…hehe
duduk rumah tengok tv je lah bro…
pilih la pasangan berdasarkan agamanya..
jka pilih agama.. yang lain akan menyusul jua..
betul tu…
hmm..betul sngt la tu…bukan nak materialistik, tapi realistik…hidup dalam dunia zaman sekarang ni semua perlu duit..ppl say, no money no talk kan..
dalam bercinta dan perkahwinan terutamanya, duit tu main peranan..ada gak sbb duit bleh bercerai brai..so, tpuk dada la..hehehehehehe
betul tu.. duit satu keperluan untuk kelangsungan hidup..
xde duit macam mane nak tanggung naak bini??
tu pasal..kewangan kena teguh dulu…
haha..t[i kalau dah tak tahan nak wak cmne baik kawen dari buat maksiat… :[
betul juga tu.. daripada maksiat lebih baik kahwin.. tapi kalau tak ada wang hantaran bolehle bro!…:)
ulasan yang menarik ni, tak der duit susah jugak nak bercinta ni, asyik nak kena pinjam aje hehe
pinjam kalau bayar balik takpe bos.. tapi leceh kalau awek yang dok belanja pakwenya.. huuu segan oooo!!
tapi cinta la menyatupadukan dua hati.. huhuhu taktau la kata mcm mana. cinta = duit
perempuan = duit
biasalah.
Memang tak dapat dipisahkan..
Susah nak cari yang tak fikir sal duit, even laki pun kaki kikis duit pmpuan…huhu…harap dihindari..
duit…. mana nak cari duit…duit raya.. hehe
Ade duit raya ke bro? Hehehe
zaman skrg xde duit mmg kiok la
skg ppuan pun dah cari duit sdri
dan ramai yg tanggung laki
laki dok umh jaga anak..
pe cete?
Mr Mama… itule ceritanya… hehehe
Ntah..macam tak pernah tgok Mr Mama…janji tanggung jawab terlaksana, ada kerja gaji sikit pun kalau isteri memahami, tak jadi masalah…hmmm