Cinta Itu Perlu Ada Kejujuran!! | QIMIE BLOG

You are here: » Cinta Itu Perlu Ada Kejujuran!!

Cinta Itu Perlu Ada Kejujuran!!

Entri yang sebelum ini tiada kena mengena langsung dengan kisah cinta sebenarnya, saja buat tajuk macam sedang dilamun cinta, maklumlah menulis entri tentang perkara seram ni kadang kala membuat penulis pun menjadi seram semulajadi.

Post entri kali ini memang berkaitan rapat dengan cinta, bukan sedang bercinta, kerana cinta aku hanya untuk dia. Tapi kali ini ingin bercerita mengenai seorang sahabat yang agak rapat dengan aku, rapat bagaikan isi dengan kuku, rapat bagaikan aur dengan tebing, cubit peha kanan peha kiri terasa, begitulah rapatnya aku dengannya.

Korang masih ingat lagi dengan entri khas ini? Sahabat aku ini adalah salah seorang pengamal tips ni, kebetulan semuanya bermula hasil cabaran dari rakan beliau, tak pernah selama ini beliau menyahut cabaran yang sebegitu, Nak dikatakan cabaran tak juga sebenarnya, tapi macam dicabar.. begitulah ceritanya. Pada asalnya sahabat aku ni tak terlintas langsung dengan perkara sebegini.. maklumlah orangnya pun agak pemalu dengan perempuan.

Ceritanya bermula apabila sahabat aku ni duduk bersama dengan seorang lagi rakan di semuah rumah sewa, rakan kepada sahabat aku ini tadi asyik bercerita tentang seorang awek yang dikategorikan sebagai Kelas A. Bukan dari segi rupa, tapi dari segi budi bahasa. Begitulah keadaanya, tapi yang tak menariknya mengikut cerita sahabat aku ini tadi, rakan beliau tadi mengatakan perempuan macam tu kalau nak dibandingkan dengan sahabat ini tadi.. memang tak boleh blah.. takde harapan.

Dengan mengganggap ‘ kenyataan’ rakan tersebut sebagai satu provokasi untuk menjatuhkan beliau, maka sahabat aku ni mengatur strategi, percaturan dimulakan, dalam lembut sahabat aku ini mengiyakan kenyataan rakan dia tadi, lantas sahabat aku tadi memulakan percaturan, dengan lembut dia bertanya pada rakanya siapa nama gadis tersebut. Tanpa syak dan sebarang ragu – ragu rakannya memberitahu, belajar di mana, dan macam – macam lagi.

Rupanya – rupanya dalam diam sahabat aku ni pergi cilok nombor telefon awek yang dinyatakan tadi, patutlah beriya – iya sahabat aku ni bertanyakan namanya. Jadi disinilah di applikasikan Tips ini. Seterusnya berjaya menghubungi gadis tersebut. Tetapi sebenarnya masalah tak pernah selesai, apa yang sahabat aku lakukan itu cuma merumitkan keadaan dan menambahkan masalah. Siapa yang menjadi mangsa? Dalam kes ini sahabat aku boleh dikatakan turut menjadi mangsa, tapi gadis tersebut juga turut menjadi mangsa keadaan.

Setelah berjaya menghubungi gadis tersebut, maka bermulah perhubungan yang tak dijangkakan, tempoh perhubungan ini agak pendek aku rasa, tapi mengikut cerita sahabat aku ini, perhubungan ini meninggalkan kesan yang agak mendalam baginya, Mereka berhubung, saling terus menghubungi antara satu sama lain, kalau tak dapat dengar suara, sms pun boleh, dan ini mengenepikan spekulasi awal oleh rakan sahabat aku ini tadi dengan mengatakan sahabat aku ini tadi langsung tidak berpeluang.

Sahabat dan gadis tersebut berjumpa di Universiti gadis, saling besua, boleh digambarkan perhubungan mereka agak rapat, dan dapat dirasakan mungkin akan melangkah ke satu tahap lagi. Tapi kemuncaknya perhubungan ini putus sebelum sempat ianya mekar.  Setelah hampir tiga bulan. Semuanya terjadi apabila gadis bercerita pada rakan sahabat aku tadi yang dia ada berjumpa dengan seseorang yang boleh dipercayai, baik dan sanggup berkorban apapun untuknya..

Rupa – rupanya ada perkara yang tak terduga berlaku, sigadis telah menunjukan mesej – mesej yang diterima pada rakan sahabat aku tadi, lantas segala terbongkar, bagi aku cuma identiti sahaja yang dirahsiakan, yang lain semua diberitahu secara jujur. Selepas kejadian tersebut si gadis langsung tidak mahu menjawap sms atau telefon dari sahabat aku tadi. Mungkin apa yang diharapkan cuma kejujuran, tapi bila ada sedikit penipuan dalam perhubungan tiada lagi peluang untuk kali kedua.

Pesanan ringkas aku bagi sesiapa yang menipu dalam perhubungan , lebih baik berterus terang dulu, sebelum segalanya terbongkar, bagi rakan aku tu, memang dia ni seorang pencinta wanita yang sejati pernah aku jumpa, sepanjang persahabatan aku dengan beliau memang tak pernah sunyi dari kalangan wanita, tidak terlalu ‘hensem’ cuma pandai bermain kata bermulut manis. Mungkin itu yang menyebabkan dia disenangi.

Pada asalnya rakan aku ni cuma ingin mengenali gadis yang dikatakan tidak layak untuknya, cuba untuk menghampiri, bila hampir dalam genggaman terlepas dari pegangan. Cinta gadis tersebut bukan miliknya. Masih terngiang – ngiang ungkapan yang di ucapkan oleh gadis pada sahabat aku, katanya ” Dalam umur yang begini, kita tak boleh lari dari masalah, apa yang perlu dilakukan adalah menghadapi masalah dan cuba untuk diselesaikan”.

Aku tak paham kenapa dia ungkapkan begitu pada sahabat aku, emmm rupa – rupanya sigadis sebelum mengenali sahabat aku itu sedang mengalami krisis bersama teman lelaki beliau, mungkin disebabkan itu beliau cuba mencari jalan berkawan dengan sahabat aku, tetapi telah ditipu dan menyebabkan tiada lagi ruang untuk sahabat aku. Mungkin baginya semua lelaki adalah sama. Kini semuanya sudah berlalu, kali terakhir sahabat aku bertemu dengan gadis adalah di Tanjung Malim sewaktu sigadis berada di semester akhir, bulan Ramadhan.. berjumpa atas dasar seseorang yang mengenali dan pernah berkawan.  Itulah kali terakhir mereka berjumpa sebelum membawa diri ke haluan masing – masing..

Mungkin sekarang mereka bahagia bersama  dengan keluarga masing – masing. Melihat sahabat aku ada sinar kegembiraan, mungkin begitu juga pada gadis. Dalam tempoh beberapa tahun, macam – macam telah terjadi. Dalam proses untuk matang, seperti yang dikatakan oleh gadis “kita perlu menghadapi masalah, bukan lari dari masalah”…

Posted by 8 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

8 Comments to “Cinta Itu Perlu Ada Kejujuran!!”

  1. suhaili says:

    kejujuran adalah segalanya
    .-= suhaili´s last blog ..WAD BERSALIN,HOSPITAL KUALA LUMPUR =-.

  2. kenwooi says:

    it’s important to be honest, no matter in what situation =)

  3. JLean says:

    Dropping by ere dude. =)
    .-= JLean´s last blog ..Triple Axle H2 Hummer JET DOOR limo Limousine =-.

  4. ijai says:

    cinta perlukan pengorbanan…jgn terkorban kerana cinta plak.huu
    .-= ijai´s last blog ..tak tahan kena goda =-.

Leave your comment here:

May
14
2010
 
Facebook
Online