Cari Jalan Untuk Ketawa!!!
Bila kita sebut je ketawa, apa yang tergambar dan bermain di kepala kita adalah senyum dan melepaskan rasa lucu dengan suara yang agak sedikit kuat atau kuat sangat macam hahahaha tu.. berbanding dengan intonasi semasa kita bercakap seperti biasa…
Korang stress? atau tak reti nak ketawa? senyum pun taknak? kalau orang ngorat korang.. korang buat eksen dengan muncung 14.. taknak senyum sikit pun.. duit gaji abis belum cukup bulan? awek lari dengan kawan? nak cari duit banyak sampai tak boleh nak senyum? Jadi macam mana nak buat?, jangan risau.. ada jalan.. jalan banyak boleh pakai.. kalau sesat jalan, balik kepangkal jalan.. apa orang kata.. membujur lalu melintang pukang? hehehe..
5 Jalan yang aku bagi supaya dapat membuat korang tersenyum kepuasan untuk mengembalikan rasa humor yang mampu mengundang tawa…
- Menonton Filem Lucu dan Lawak.
Okay kalau korang suka sangat dengan filem yang aksi, serius, ramantik sampai korang pun nangis, tengok filem seram sampai tutup mata dengan batal intai sikit – sikit sebab takut.. apa kata bawak tengok cerita lawak pulak.. takde masa tengok kat panggung, beli dvd ke , vcd ke.. jangan tengok filem lucah dah.. nanti bertambah stress le pulekkkk… hehehe.. kan dah senyum sikit..
2. Bertemankan orang yang Lucu.
cari sahabat yang lucu, yang boleh membuat anda ketawa, bukan buat anda menyampah ye.. ini disebakan kerana seteruk mana pun keadaan anda, mungkin mereka boleh membuatkan anda ketawa dengan lawak – lawak atau stand komedi diaorang.. kalau ade badut pun ok kot.. ok ke?
3. Patah Balik Selangkah ke belakang
kena marah dengan bos.. asyik2 kena marah je.. pakwe buat hal, atau kita pulak yang buat hal.. macam – macam hal.. ape kehenye… so kalau macam tu elokle kita bertenang.. pergi bercuti dengan keluarga.. rilek secara santai boleh hilangkan stress.. mampu buat kita tersenyum…
4. Buat Game.
Okay.. kalau stress asyik kena marah dengan bos.. sampai dah jem kepala otak.. korang buat game dengan kawan2 satu opis.. caranya mudah.. lepas ni bos nak marah siapa? berapa kali bos marah, siapa yang suka kena marah dengan bos.. kutuk – kutuk sikit bos kat belakang.. jangan sampai bos tau pulak dah le.. kang stress ntah kemana, senyum ntah kemana… hahaha.
5. Buku Dan Internet..
Beli majalah atau novel lucu.. buat anda tersenyum.. ataupun google je… takpun buat blog.. lepaskan tekanan.. buat blog ni pasang pulak ads.. bila dah masyuk.. bukan lagi senyum.. sengih terus….
Okay.. bertemu kita di lain hari.. komen anda amat dihargai…
Filed Under: Personal














Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Ketawa,ubat terbaik di kala duka..still,mencari idea untuk wat stand comedy..kasik member2 gelak sampai terguling2..hik2..
.-= Anda Lucu´s last blog ..Lelaki,atau perempuan..Siapa yang patut diuji? =-.
laughter is the best medicine =)
.-= kenwooi´s last blog ..Welcome To London =-.
bila kita gelak, mmg akan wat kita lupa dunia, akan wat lupa mslh..hehe
.-= x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK =-.
gelak sampai lupa dunia… hahaha
kalau stress, ketawa sorang2 bleh tak?haha
.-= zihnun fatin´s last blog ..Psychology of Drawing =-.
ape pulak orang kata nanti.. ketawa sorang – sorang…
mkn coklat bnyk2~!!hehe..pas2 dok stu bulatan..gosip!~~mmg ketawa berdekah2..ngeee
.-= hana tantik´s last blog ..dilemma =-.
best tu,, makan sambil bergosip…
haha..tol2=)
.-= leeya´s last blog ..hari ini hari jumaat=) =-.
hehehe
kalau stress…
tido..
ketawa dalam mimpi =D
.-= Nina’´s last blog ..Tolong! perompak! =-.
kalau dapat mimpi yang best… kalau tak best camno? hehehe