Cara – cara Menabung Dengan Berjaya!! | QIMIE BLOG

You are here: » Cara – cara Menabung Dengan Berjaya!!

Cara – cara Menabung Dengan Berjaya!!

Nak simpan duit? Nak simpan duit sebenarnya tiada lah susah sangat sekiranya kita menyimpan dengan bijaksana, siapa yang tak nak bila ada duit kan? kalau rokok tu bolehlah katakan ‘tak nak’, tapi kalau duit percaya rasanya ramai yang akan katakan nak.. nak.. nak… kalau tanya bagi pihak qimie[dot]com pun mestilah qimie pun nak.

Nak cari duit, nak cari duit memang agak sukar sedikit, tapi kalau nak berbelanja pula semudah petik jari je, petik je beli, petik je beli, lama kelamaan, sedar tak sedar duit gaji pun habis, barang yang dikatakan dibeli tadi pun entah kemana, Kalau nak di ikutkan sebenarnya menabung ni seronok, ada macam – macam cara menabung bagi qimie[dot]com, bayangkan bila anda tengok penuh syiling dalam bekas mineral water , duit simpanan beribu – ribu ringgit, anda mampu tersenyum bukan.

Cara – cara menabung ini hanya cara yang dilakukan oleh qimie[dot]com kalau sekiranya anda rasa tak boleh ikut dan ada inisiatif lain yang lebih baik bolehlah kita berkongsi bersama – sama, kerana menabung adalah amalan yang mulia, kalau qimie, qimie tak galakan menyimpan duit dalam akaun yang sama dengan akaun gaji, bukan apa.. kalau duit yang kita simpan sama dalam akaun bank yang dapat gaji nanti susah pulak kita nak agak berapa sebulan yang dapat kita simpan, lagipun nanti bila dah habis duit di poket, asyik nak kena cucuk kat atm je, takde je cucuk, takde je cucuk, lama – lama yang simpan pun habis.

  • Jadi dekat ruangan yang tak seberapa ni qimie[dot]com ingin berkongsi cara – cara menabung yang mudah ,semudah itu….
  1. Keluarkan Dulu Duit Dari Dalam Bank Simpanan Untuk Gaji. Bila dah keluarkan semua senang untuk membuat perancangan perbelanjaan , bukan bermakna keluar semua belanja semua, buat perancangan yang terliti contohnya berapa ringgit perbelanjaan bagi setiap hari, bayar apa – apa bil dan perbelanjaan.
  2. Buka satu lagi akaun bank tanpa kad atm, biar susah sikit nak keluar , maklumlah kadang – kadang sesetengah orang tu suka cucuk, ada pun dia cucuk.. orang macam ni jenis yang suka tengok dompet atau beg duit dia sentiasa ada banyak duit.. senang nak belanja..
  3. Simpan duit anda dalam Sijil Simpanan Premium, kenapa? bagi qimie[dot]com cara yang ini paling digemari, sebabnya apabila kita menyimpan dengan sijil simpanan premium yang berharga rm10.00 satu unit kita memerlukan masa dalam 45 hari untuk tebus semula wang yang telah kita simpan dalamsijil simpanan itu tadi, dalam masa 45 hari, manakata kitapun dah dapat duit gaji yang lain.. jadi memang dah tak ganggu duit yang telah disimpan tadi, tapi dia punya dividen tak lah banyak sangat, kalau ada rezeki pula menyimpan dengan sijil simpanan premium ini boleh dapat kereta besar.. (kalau tak silap kereta yang dapat tu boleh jual balik, bank kenakan caj 25% ke apa- aku tak pasti sangat).
  4. Menyimpan dengan cara Pinjaman. Maksudnya menyimpan dengan cara membuat pinjaman, contohnya membuat pinjaman ASB, mengikut pengalaman qimie[dot]com yang membuat pinjaman sebanyak 50k, tahun pertama, memang akan terasa rugi, tahun kedua, rasa sikit je, tahun ketiga, rasa untung sikit, tahun ke empat rasa macam simpan atas angin je… tapi menyimpan dengan guna cara ni kena hati yang kuat dan tidak goyah.. kena ada target, sebabnya nak rasa macam untung atas angin kita tak perlu usik akaun asb bertahun – tahun.. masuk ni dah 4tahun tak usik ada dalam 15k dividen nanti dia campur dengan 50k pinjaman semua sekali ada 65 k.. kalau cantik nanti dapat lagi dividen paling rendah pun 7%. bayangkan dalam 16 tahun lagi dengan umur yang baru mencecah 44 tahun.. berapa agaknya simpanan ASB tadi.. huuuuuuuuuu…. Life Begin At 40.. hahaha..
  5. Kalau ada lebih top up je ASB.. Dapat bonus 4,5 bulan 2 bulan hantar kat asb, biar dia membesar disana.
  6. Last sekali apa yang qimie buat, duit syiling ada je dalam poket masuk botol, jumpa je dalam mesin basuh, masuk botol, jumpa je botol.. kang kalau buat tabung banyak sangat pulak.. abaikan botol tu. kalau rajin kumpul botol plastik boleh jugak, sekilo berapa sen tak ingat, manakata syiling yang banyak kadang ada atas peti ais, dekat sebelah tv, dalam kereta, kumpulkan dalam tabung.. pasti anda akan terkejut dengan hasilnya.. sebenarnya syiling tu je boleh dapat 2 atau 3 ratus.. cuba mulai sekarang cari syiling kat rumah dah kumpulkan.. pasti berbaloi…
  7. Ada juga menyimpan dengan saham macam public mutual, cimb wealth advisor tapi tak berapa suka sangat.. aritu masuk lepas tu kena potong cas apantah.. lagipun tak berapa pandai sangat bab yang ni..

Akhir kata, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. bijaklah merancang masa depan anda… (macam iklan pulak) .

p/s : kalau anda rakan – rakan sana ada cara menabung yang lebih best, bagi tau dekat teman di ruangan komen ye.. kita kongsi sama – sama…

Posted by 34 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

34 Comments to “Cara – cara Menabung Dengan Berjaya!!”

  1. Bayu says:

    ASB tuk simpanan + akaun bank tanpa kad tuk simpanan kecemasan + emas. Gaji je trus masuk duit dlm asb + akaun bank tanpa kad siap2, tak perlu tunggu baki gaji ada baru nak simpan. Duit ‘tersepak’ /bonus beli emas. :) Awal tahun dah plan perbelanjaan untuk perbelanjaan wajib setahun seperti insuran kete, cukai pintu, raya, bercuti, fire insuran,maintenance kete etc. :)

  2. salam..

    saya sedang buat research nak buat artikel pasal menabung, terjumpa pulak blog ni..

    banyak langkah2 yang praktikal dan boleh di contohi ni

  3. ct says:

    thanks….betul 2,kdg2 org x pandang duit syiling ni…bsepah2 je..kat rmh,kat jln raye pun ada gak…tp klu d kmpul2 bole dpt hasil jg Bro….

  4. [...] ini kita ada sentuh mengenai cara – cara ingin menabung secara berjaya, sebenarnya apa yang ingin ditulis pada hari ini adalah berkait rapat dengan entri yang terdahulu, [...]

  5. tasha says:

    lalalalalalalla;alala

  6. [...] cinta.. tapi duit perlu untuk menjamin cinta… cintailah duit anda.. berbelanja dengan jimat.. amalkan sikap suka menabung.. peace!.. nuffnang_bid = [...]

  7. bob says:

    betul klu nak disiplin simpan duit sng je buat loan asb.sy prnah masa mula krja mybnk ofer loan sy buat 25k.kmudian sy masuk u dan akhir smster 1 sy kawin.alhamdulillah sy jual balik asb dpt 12k.lpas utk tmpung blja u n dpt kwin.klu x mgnkin bjg sampai ketua.tpi msa dulu hntrn blja 3k je.ingat sbb dah byk kali trkna, jimat sbb $ byk mna pun boleh habis.skrg sy truskan trdisi loan asb.sy 30k,istri 20k n anak 30k.setiap minggu ptma dpt div 5k – 6k.bleh le senyum lps utk blja sek aak @ anaksuk u.tq

  8. leha says:

    dulu slalu simpan dlm tabung, duit 50 sen skeping ngan 1 ringgit warna emas..asing kan…at last kena curi dek abang…huhuhu frust

  9. murnihati says:

    mula-mula menabung syiling.
    pastu tukarkan ke dirham (1 dirham =rm16-17)
    bila dah kumpul byk dirham, tukarkan ke dinar pulak
    satu dinar RM500++..
    kenapa dirham dan dinar emas?
    kerana tiada susut nilai :)
    .-= murnihati´s last blog ..Kek Yang Mengandungi Arak? =-.

  10. gadis says:

    if only i could turn back time, mmg nk start menabung dari kecik…tapi tak tercapai sebab kecik2 kedai kat umah ahkak asyik jual permainan best2, cekelat best2 je…tak tahan….hehe…skang ni, cuba2 jugak untuk menabung ;)
    .-= gadis´s last blog ..F.O.O.D.P.O.R.N.the series. =-.

  11. deqyalalink says:

    kalau aku, cara menabung biasa je. aku mmg mnbung duit syiling, duit ketas pon singgit2 je bleyla..aku pki botol air mineral 500ml je. target aku 1 sem mesti penuh tabung. kadang2 setahun 3 tabung ade la aku smpan.. seminggu sekali aku tabung syiling. sebab klu aku beli2 brg, aku pki duit kertas, balance duit syiling aku selerak je dlm beg. weekend aku kemas dlm beg aku tuh, semua syiling aku letak dlm tabung. mmg berkesan !!

  12. zik says:

    Kepelbagaian yang paling penting.. tak boleh mengharapkan dari asb semata-mata…. emas pun boleh tahan pulangan dia.. dan sebagainya..

  13. Maya says:

    simpanan utk ms depan..hehehe

  14. fyzal says:

    simpan dalam ASB bagus.. tabung haji pun bagus.. waktu ekonomi meleset ni memang wajar kita banyak menyimpan.. thanks for visiting fyzals territory bro.

  15. ziha says:

    gud info..de tabung monyet bawah katil…da nak penuh..he3

  16. ngexz says:

    duit tabungan ngexz simpan dlm bekas pringles je..recyle..hehhe

  17. arieza says:

    alamak baru teringat balik cita2 time darjah satu dlu, cita2 nk start menabung huhuhu

  18. posh76 says:

    bagusla info ni…me suker simpan duit syiling hehe

Leave your comment here:

Feb
25
2010
 
Facebook
Online