Berapa Hantaran?!

Seringkali kita mendengar mengenai wang hantaran perkahwinan, ada yang sampai rm 10’000. rm 15 ’000 dan beribu – ribu lagi. Bagi yang berkemampuan sememangnya tiada masalah. Semuanya boleh ditanggung beres.
Bagi seorang lelaki yang mempunyai kerja dengan pendapatan gaji yang tetap dan lumayan tidaklah menjadi masalah tentang perkara ini, bagi yang mempunyai pendapatan yang agak sederhana, mungkin terpaksa berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai matlamat yang di idamkan.
Sebenarnya mengenai perkara hantaran ini bolehlah dibawa berbincang bersama – sama dengan pasangan masing – masing, meletakkan hantaran berlandaskan kemampuan itu yang lebih baik.
Membuat perancangan mengenai perkahwinan memang dapat menjamin keselesaan pada masa akan datang, kadang kala hantaran perkahwinan ini boleh menjadi beban pada pasangan dan selalunya bagi pihak lelaki.
Ada sesetangah yang terpaksa melakukan pinjaman peribadi bagi mencukupkan kos untuk perkahwinan, majlis pertunangan dan seterusnya untuk majlis perkahwinan.
Sebenarnya bercerita mengenai pertunangan dan perkahwinan memang agak menyeronokan, siapa pula yang tak seronok ingin berkahwin? betul tak? semua orang seronok..
Jadi kos untuk menuju ke alam perkahwinan bukan semata – semata mengenai soal wang hantaran tetapi merangkumi soal kos untuk barang hantaran, majlis perkahwinan termasuk kos untuk kenduri walimatulurus tersebut.
Perancangan rapi memang diperlukan, bagi pihak lelaki perlu memikirkan bukan setakat wang hantaran tetapi termasuk untuk majlis kenduri perkahwinan sekali,
Nasihat bagi pihak lelaki jangannlah terlalu ego sekiranya tidak mampu, sebaliknya bawa berbincang, bukan kerana apa, terdapat juga lelaki kononya tiada masalah, tetapi bila hampir dengan waktu perkahwinan dan sampai masa untuk menghantar belanja perkahwinan wang pula tidak mencukupi sedangkan kenduri sudah hampir.
So kepada semua.. rancanglah perkahwinan anda untuk kedamaian akan datang.. Jangan Pinjam Ah long dah le..
Peace..
Filed Under: Personal














duet nak kawen xckp lg nie……tggl 4 bln je lg…..pening2…….
kumpul le yop.. sempat lagi tu…
[...] menyatakan yang Norman Hakim masih berhutang dengannya wang hantaran sebanyak Rm 11,111.11. Banyak tu, dalam keadaan ekonomi sekarang ni.. 11k adalah satu nilai yang [...]